UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Pengarang kreatif, Malim Ghozali Pk terkenal dalam genre cerpen dan novel yang kebanyakan ideanya terhasil semasa mengembara di luar negara. Sumbangannya diiktiraf hingga pernah menerima Anugerah SEA Write Award dari kerajaan Thailand. Bagaimanapun, karya kreatif Malim Ghozali Pk tidak diberi perhatian oleh mana-mana pengkaji untuk dianalisis secara ilmiah. Justeru, situasi ini menjadi permasalahan yang mendorong kepada kajian ini dibuat dan menggunakan Teori Sastera Perjalanan atau Pengembaraan dan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Kajian ini bertujuan mengkaji naluri kemasyarakatan disebabkan pengembaraan yang mendorong pengarang Malim Ghozali PK menghasilkan cerpen dalam Kumpulan Cerpen Songs of September. Kumpulan cerpen ini mengandungi 20 buah cerpen, namun hanya enam sahaja cerpen dianalisis. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kajian kepustakaan dan analisis teks melalui Teori Sastera Perjalanan atau Pengembaraan dan naluri kemasyarakatan berdasarkan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Malim Ghozali Pk adalah seorang pengarang kreatif yang memaparkan naluri kemasyarakatan dalam menghasilkan cerpen melalui pengalaman yang diperolehnya ketika melakukan pengembaraan. Cerpen yang bertajuk “Aku diSini, Sayang”, “?!”, “Tika Hujan di Bogor”, “Di Kantor Suryadi”, “Nyet” dan “Song Of September” menjadi fokus utama pengkaji untuk mencungkil naluri kemasyarakatan pengarang Malim Ghozali PK. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa cerpen Malim Ghozali PK ini mencerminkan kehidupan yang pernah dilalui ketika pengarang melakukan pengembaraan di luar negara.
|
References |
Abdul Rahman Embong (2011) “Pembinaan Teori Tempatan: Antara Teori Sosial Dengan Bidang Sastera”. dlm. Sastera dan manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ghazali Din (2013) , “Peranan Persatuan Penulis Membangunkan Kesusasteraan Di Negeri Perak” dlm Jurnal Rumpun/Jilid 1/2013, 220. Ghazali Din et.al (2015). ”Konsep Komunikasi Dan Kepengarangan Muhammad Haji Salleh Berasaskan Model Teksnaluri” dlm Jurnal Rumpun (1): 185. Jujun S. Suriasumantri. (2001). Ilmu Dalam Perspektif. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia. Mana Sikana. (2013). Berdiri Di Akar Diri: Kritikan Sastera Melayu Pascamoden. Kuala Lumpur: Institut Terjemhan & Buku Malaysia Berhad. Mana Sikana (2013). Dari barat ke timur Teori Kritikan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka) Malim Ghozali PK. (2017). Kumpulan Cerpen: Song of September. Kuala Lumpur: Institut Terjemhan & Buku Malaysia Berhad. Vishalache Balakrishnan. (2009.) Pendidikan Moral Untuk Universiti Dan Kolej. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn Bhd. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |