UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kepengarangan novel Naratif
Ogonshoto dan novel Penyeberang Sempadan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif
dengan kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Asas dan dasar kajian ini
dianalisis melalui empat prinsip teori Teksdealisme iaitu prinsip kehadiran, prinsip
pelanggaran, prinsip pengukuhan dan prinsip individualisme. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa,
keunggulan Anwar Ridhwan dalam prinsip kehadiran teori Teksdealisme telah berjaya
menghadirkan pengalaman melalui pengembaraan, pengalaman perkhidmatan, kehidupan masyarakat
dan penyelidikan yang dilakukan. Begitu juga prinsip pelanggaran yang membolehkan Anwar Rihdwan
berani mengemukakan pelanggaran tema dan persoalan, pelanggaran dari segi watak dan perwatakan
serta pelanggaran nilai kemanusiaan yang memberi pembaharuan idea dalam kepengarangan. Prinsip
pengukuhan pula, membuktikan kesungguhan Anwar Ridhwan meningkatkan kualiti kedua-dua novel
melalui pengukuhan nilai murni yang disampaikan dengan penuh perlambangan dan simbolisme. Prinsip
Individualisme pula telah mengangkat cita-cita dan personaliti Anwar Ridhwan melalui pemantapan
diri dan teks, keperibadian dari segi gaya bahasa serta membentuk stailistik dan persembahan novel
yang dipengaruhi ideologi realisme. Analisis terhadap empat prinsip teori Teksdealisme
turut menemukan konsep keunggulan baharu iaitu Citra Keunggulan Insan melalui tiga
prinsip iaitu prinsip hijrah, prinsip jati diri dan prinsip insaniah. Prinsip hijrah
diasosiasikan melalui prinsip kehadiran manakala prinsip jati diri diasosiasikan melalui
prinsip pelanggaran dan prinsip pengukuhan serta prinsip Insaniah telah diasosiasikan
melalui prinsip individualisme. Keunggulan kepengarangan Anwar Ridhwan
dibuktikan hadir melalui pengalaman yang mencetuskan idea dengan pembahaharuan serta
diperkukuh dengan nilai-nilai murni selain turut mempertingkat personaliti kepengarangan.
Justeru, kajian ini memberi implikasi kepada penyelidik sebagai asas memahami proses
kepengarangan dan membantu pembaca memilih karya yang unggul serta mendorong pengarang
kini mempertingkatkan karya dengan menampilkan elemen penting dalam proses
kepengarangan.
|
References |
Abd Razzaq, A.R., Md Yunos, J., Hashim, J., & Sawah. (2010). Penerapan Dan Penguasaan Kemahiran Generik Dalam Proses P&P Bagi Program Pengurusan Hotel Dan Katering Di Politeknik Ke Arah Keperluan Industri. Dalam Esa. A. & Mustafa, M.Z. Kemahiran Insaniah : Kajian di Institusi- institusi Pengajian. Batu Pahat: UTHM.
Abdul Aziz Rahman, Abdul Razaq Ahmad, Jalaluddin Abdul Malek dan Mohd
Abdul Halim Ali & Norazimah Zakaria. (2016). Pendidikan kesusasteraan Melayu dalam pelbagai isu dan perspektif. Shah Alam: NHA Resources.
Abdul Halim Ali. (2011). Proses kreativiti A.Samad Said berasaskan teori Teksdealisme. Jurnal Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (6) 153-168.
Abdul Halim Ali. (2013). Pengantar teori & kritikan sastera: Barat dan Malaysia. Persatuan Penulis Budiman Malaysia.
Abdul Halim Ali. (2015). Wacana teori dan kritikan sastera. Shah Alam: NHA Resources.
Abdullah Muhammad Zin. (2016) Hijrah membina negara. Kuala Lumpur: Sinar Harian. Dimuat turun pada 5 Februari 2019, daripada https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/5_Gallery/2Media/4_Stats@ media/1_General_Sinar_Harian_Hijrah_membina_negar a.pdf
Adilah Jusoh. (2015). Citra Busana dalam Naskhah Melayu syair agung . Tesis untuk Ijazah sarjana. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Ali Ahmad. (2004). Mengharung lautan zaman kesusasteraan dan keunggulan. Dalam Jelani Harun, Ilmu Kesusasteraan Abad Ke-21. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.
Al-Quran Al Karim Rasm Uthmani (2010) Terjemahan Bahasa Melayu Beserta Keterangan Ayat. Ipoh: Bumirestu Creative Sdn. Bhd.
Ani Omar. (2011). Apresiasi teori kesusasteraan Melayu. Tanjung Malim: Emeritus Publications.
Ani Omar. (2015). Kajian Sosiologi bahasa dalam puisi-puisi Dharmawijaya. Jurnal Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (10) 16-24.
Anwar Ridhwan. (2001). Naratif Ogonshoto. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anwar Ridhwan. (2001). Penyeberang Sempadan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Anwar Ridhwan. (2016). Budaya Sastera dan seni jilid III. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Che Abdullah Che Ya dan Hanapi Dollah. (2012). Persoalan Islam dalam karya Mana Sikana: analisis Syajar dan Apa-apa. Jurnal Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (9) 215-226.
Chew Fong Peng. (2014). Kertas Kerja Pendidikan kesusasteraan Melayu di Malaysia dan Permasaalahanya. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Creswell, J. W. (2009). Research design: qualitative, quantitative and mixed methods approaches (3rd ed.). United States of America: SAGE Publications.
Ghazali bin Din. (2016). Kepengarangan Muhammad Haji Salleh berasaskan model proses kreatif Teksnaluri. Tesis untuk Doktor Falsafah. Tanjung Malim: UPSI
Haifa Karimah Mufidah. (2015). Penelitian Kualitatif Deskriptif. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Halijah Jais. (2004). Novel-novel Anwar Ridhwan : penerapan terhadap teori Teksdealisme. Tesis Ijazah Sarjana, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu: Universiti Malaya.
Hanapiah Sudin. (1993). Pendidikan sastera dalam KBSM. Kuala Lumpur: Pustaka Jaya
Hashim Awang dan Hashim Ismail. (2016) Minda pengarang Melayu: hubungan antara Budaya Melayu-Jawa dalam Sulalat al Salatin. Jurnal MANU Universiti Malaysia Sabah, Bil 23, 1-20.
Hazam Jahari. (1992). Novel-novel Penulis Sarawak. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Jaafar Abdul Rahim. (2013). Pemikiran kreatif, penulisan kreatif, dan teknologi maklumat dalam alaf baru. Kuala Lumpur: Dewan Sastera.
Jelani Harun. (2004). Ilmu kesusasteraan abad ke-21. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.
Jhy Wee Sew. (2016). Analisis kajian sastera: semiotik dalam novel Anwar Ridhwan. Jurnal Akademika Universiti Kebangsaan Malaysia 86 (2) 145- 187.
Kamariah Kamarudin, Tengku Intan Marlina Tengku Mohamad Ali & Mawar Shafei.(2016). Takmilah Semiotik intertekstualiti dalam karya sastera Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Kamarudin Hj. Husin. (1988). Kaedah pengajaran kesusasteraan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamarudin Jeon (2017). Apresiasi sastera Naratif Ogonshoto. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kollmuss dan Agyeman. (2002). Mind the gap: why do People act environmentally and what are the barriers to prp-environmental behavior?. environmental Education Research 8 (3) 239-260.
M. Yoesoef. (2010). Nilai-nilai ideology dan sikap kepengarangan: sebuah kajian atas sastra drama karya N. Riantiarno. Yongyakarta: Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya Universitas Indonesia.
Mahzan Awang. (2016). Penglibatan sosial dan pembudayaan nilai murni melalui pembelajaran tidak formal dalam kalangan penduduk bandar Putrajaya. Jurnal Kajian Malaysia UKM Jilid 34 (2) 67-98.
Mana Sikana. (2005). Proses penulisan kreatif. Singapura: EDN Media Singapura.
Mana Sikana. (2006). Teori sastera Teksdealisme. Singapura: Pustaka karya.
Mana Sikana. (2013). Wacana sastera Melayu semasa. Selangor: Pustaka karya.
Mana Sikana. (2015). Sasterawan Negara di takhta keunggulan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku malaysia.
Mawar Shafei. (2010). Novel intertekstual Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamad Saleeh Rahamad (2005). Naratif Ogonshoto: Ibarat madu atau saringan. Jurnal Pengajian Media Malaysia (7). 91-99.
Mohammad Mokhtar Abu Hassan & Raja Rajeswari Seetha Raman. (2015). Konsep perjuangan Anwar Ridhwan dalam novel Penyeberang Sempadan. Jurnal Pengajian Melayu (26). 141-166.
Mohd Daud Ibrahim. (2015). Mesej pengarang:Satu penelitian terhadap novel Anak Titiwangsa karya Sasterawan Negara Keris Mas. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Putra Malaysia 3,17-25.
Mohd Nazri Zainuddin. (2015). Novel tengku menteri dan urih persisir analsis kepimpinan berkualiti dengan teori Teksdealisme. Tesis untuk Doktor Falsafah. Tanjung Malim: UPSI.
Mohd Salleh Abu, Meor Ibrahim Kamaruddin, Zainudin Abu bakar, Mohd Ali Ibrahim, Megat Aman Zahiri Megat Zakaria dan Muhammad Abu Hadi Bunyamin. (2010). Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan UTM. Kertas Institusi. Fakulti Pendidikan, UTM.
Mohd Yusof Hasan & Siti Khariah Mohd. Zubir. (2013). Ikon kesusasteraan: pemikiran global 11 Sasterawan negara Malaysia. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Muhammad Haji Salleh. (2005). Puitika sastera melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Haji Salleh. (2008). The poetics of Malay literature. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nazmi Yaakub. (2017). Penyeberang Sempadan angkat sikap mudah terpesona ideologi kiri. Kuala Lumpur: Berita Harian. Dimuat turun pada 21 Januari 2019,daripadahttps://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2017/08/31608/pe nyeberang-sempadan sikap-mudah-terpesona-ideologi-kiri
Norsaliza Mohd Shuhaini. (2013). Pemikiran dalam lirik lagu kanak-kanak satu tinjauan Teori Teksdealisme. Tesis untuk Ijazah Sarjana. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nur Wadiah dan Yasnur Asri. (2016). Representasi nilai-nilai pendidikan karakter dalam Novel Ayah karya Andrea Hirata. Tesis untuk Doktor Falsafah. Padang: Universitas Negeri Padang.
Nur’Ainy Ali. (2004). Kesusasteraan dan anda generasi muda dan penerusan tradisi. Dalam Jelani Harun, Ilmu kesusasteraan abad ke-21. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.
Othman Puteh. (2015). Proses penciptaan menulis untuk remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
pembentukan jati diri bangsa Melayu-Muslim. Jurnal Hadhari. 129-141.
Rahimah A.Hamid. (2000). Pengarang dan proses kreatifnya. Kuala Lumpur: Dewan Sastera.
Rahimah A.Hamid. (2017). Proses kreatif, sensitiviti dan kreativiti pengarang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahmant Aziz. (2009). Karekteristik pribadi kreatif dan kemampuan menulis kreatif. Tesis untuk Doktor Falsafah. Indonesia: Universiti Islam Malang.
Ramli Isin. (1994). Pengarang: antara idealisme, kebebasan dan rintangan dalam proses Penciptaan kesusasteraan di Nusantara. Dalam Sahlan Mohd. Saman, Pengarang, teks dan khalayak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rene Wellek dan Austin Warren. (1976). Theory of literature. Harmondsworth : Penguin.
Robson, C. (2011). Real world research: A resource for social-scientists and practitioner- researchers. 3rd edition. Oxford: Blackwell Publishing.
Ruslan Rosady. (2010). Manajemen Public Relations dan Media Komunikasi. Jakarta :Rajawali Pers.
Ruziwati Abu Samah. (2019). Teori Teksdealisme dalam Gaya Keibubapaan Novel Komsas Sukar Membawa Tuah dan Meremang Gelora. Tesis untuk Ijazah Sarjana. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
S.M Zakir. (2014). Karya dan kekuasaan pengarang: pemikiran dan gaya naratif mutakhir Anwar Ridhwan. Jurnal Melayu Vol 12 (1) 24-52.
Sahlan Mohd. Saman. (1994) pengarang, teks dan khalayak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Salbiah Mustafa. (2017). Analisis keunggulan novel Ratap Rabitah Dalam Kepengarangan Aminah Mokhtar berdasarkan teori Teksdealisme. Tesis untuk Ijazah Sarjana. Tanjung Malim: UPSI
Saleeh Rahamad. (2000) Novel Melayu 80-an: pematapan jati diri. Seminar Kolokium Kesusasteraan Melayu Moden IV, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saleeh Rahamad. (2001) Naratif Ogonshoto: Persoalan Genre dan Pemikiran Machiavellianisme. Kertas Kerja Diskusi Buku, Sudut Penulis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Khairah Mohd Zubir. (2012). Penulisan kreatif dalam menjana minda dan sumber pendapatan belia. Jurnal Institut Penyelidikan Belia Malaysia Vol 7 (12) 157- 167.
Siti Khairiah Mohd Zubir dan Ruzila Mohamed. (2016). Pembelajaran sastera dan hubungannya terhadap pembentukan jati diri remaja. Dalam A. Halim Ali dan Norazimah Zakaria, Pendidikan kesusasteraan Melayu dalam pelbagai isu dan perspektif. Shah Alam: NHA Resources.
Sohaimi Abdul Aziz. (2003). Teori & kritikan sastera Modenisme. Pascamodenisme. Pascakolonialisme. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sohaimi Abdul Aziz. (2016). Kesusasteraan dan pendidikan kepentingan kesusasteraan dalam industri kreatif. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Solehah Yaacob dan Baharuddin Yaacob. (2014). Penjelasan Al-Quran tentang manusia kajian tatabahasa Arab dan pentafsiran terhadap ayat-ayat yang dipilih. E-Journal of the Language Practice & Information Technology, (1) 139-166.
Sulaiman Salleh. (2014). Keberkesanan komunikasi kepengarangan. Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Talib Samat. (2014). Kepengarangan dan biografi tiga belas orang Sasterawan Felda. Tanjong malim: Mentari.
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali, Madiawati mamat@Mustaffa & Fauzi Hasan. (2017). Novel-novel Faisal Tehrani dari perspektif Teksdealisme. Jurnal Melayu (28) 262-287.
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali. (2014). Semiotik dalam novel Anwar Ridhwan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Mohd Yusof Wan Chik Hasanulddin Mohd Basri Ibrahim Rohaizan Baru. (2009). Hijrah Rasulullah s.a.w: suatu sorotan dari sudut siasah modal insan. Jurnal Islam dan masyarakat kontemporari. (2) 3-20.
Zainul Rijal Abu Bakar. (2010). Undang-undang Islam di Malaysia: Ke arah pembentukan jati diri kebangsaan. Bangi: Institut Islam Hadhari, UKM
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |