UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan membina instrumen penilaian pembelajaran asas pembezaan dalam
kalangan pelajar kejuruteraan di politeknik Sultan Azlan Shah. Instrumen yang dibina adalah
berbentuk rubrik dua lapis bagi menilai domain kognitif dan afektif pelajar. Domain
kognitif terdiri daripada dua konstruk iaitu, pengetahuan sedia ada asas matematik dan
pengetahuan teknik asas pembezaan. Konstruk pengetahuan sedia ada asas matematik melibatkan
pengetahuan asas pelajar dalam aspek operasi bercampur, pecahan, indeks dan persamaan kuadratik.
Manakala konstruk pengetahuan teknik asas pembezaan pula dalam aspek kaedah pembezaan fungsi
polinomial, hasil tambah, tolak, darab dan bahagi, dan fungsi gubahan. Domain afektif pula
melibatkan konstruk penerimaan pelajar terhadap pembezaan dalam aspek minat, sikap, kebimbangan
dan tabiat pembelajaran pelajar. Semua panel pakar mengesahkan dan bersetuju untuk
mengekalkan kesemua 38 item dengan penambahbaikan. Bagi menentukan
kebolehpercayaan instrumen, seramai 215 pelajar semester dua bidang kejuruteraan iaitu
Kejuruteraan Mekanikal (n=94), Kejuruteraan Elektrik (n=50) dan Kejuruteraan Awam (n=71) telah
dipilih sebagai responden. Dapatan kajian menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan Alfa
Cronbach adalah tinggi bagi ke semua konstruk iaitu antara 0.811 hingga 0.857.
Kesimpulannya, instrumen penilaian yang dihasilkan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan
yang tinggi. Implikasinya, instrumen penilaian ini sesuai dijadikan instrumen alternatif untuk
mengenal pasti pembelajaran
asas pembezaan dalam kalangan pelajar kejuruteraan di politeknik Malaysia.
|
References |
Abdul Aziz Abdul Rahman, Abdul Razaq Ahmad, Mohd Mahzan Awang & Jamil Ahmad. (November, 2015). Pembinaan Dan Pengesahan Instrumen Bagi Mengukur Amalan Patriotisme Dan Toleransi Kaum Belia Pelbagai Kaum. Kertas yang dibentang di 7?? International Seminar on Regional Education, pada 5-7 November 2015.
Abdul Halim, Lilia Halim, T. Subahan Meerah & Kamisah Osman. (2010). Pembangunan Instrumen Penyelesaian Masalah Sains. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35, 35-39.
Abu Bakar Musa. (2000). Kalkulus Awalan Untuk Pelajar Sains dan Kejuruteraan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Abu Bakar Nordin. (1995). Penilaian Afektif. Selangor: Masa Enterprise.
Abu Bakar Nordin & Bhasah Abu Bakar. (2008). Penaksiran dalam Pendidikan & Sains Sosial. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Alfie Kohn. (2004). Inilah Sekolah Idaman Pelajar. Kuala Lumpur: Institusi Terjemahan Negara Malaysia.
Arsaythamby, V. & Arumugam. R. (2013). Kaedah Analisis & Interpretasi Data. Kedah: Universiti Utara Malaysia.
Arsaythamby, V. & Rosna Awang. (2009). Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Ukur Orientasi Pemebelajaran Matematik (OPM). International Journal of Molecular Sciences, 16, 57-73.
Arsaythamby, V. (2010). Hubungan Di Antara Orientasi Pembelajaran Matematik (Opm) Dengan Pencapaian Matematik. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 25, 33–51.
Azizi Ahmad. (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Baxter, H. N. (1997). Workshop Calculus: Guided Exploration With Review. New York: Sringger-Verlag.
Bhasah Abu Bakar. (2003) Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim: Quantum Books.
Black, P. J., & William, D. (2004). The Formative Purpose: Assessment Must First Promote Learning. In M.Wilson (Ed.) Towards Coherence between Classroom Assessment and Accountability: 103?? yearbook of the National Society for the Study of Education (part 2) (pp. 20-50). Chicago: University of Chicago Press.
Chua, Y. P. (2011). Buku Satu: Kaedah Penyelidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia)
Clymer, J. B. & William, D. (2007). Standards-based Grading Systems Can Improve How We Communicate Learning Expectation To Students, Best of Educational Leadership, 36-42.
Davies, A. Herbiest, S., & Reynolds, B. P. (2008). Leading the way to Making Classroom Assesement Work. Coutenay, BC: Connections Publishing.
Dasar dan Prinsip Pentaksiran Politeknik (2011). Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. http://www.mypoliteknik.edu.my/index.php/muat-turun/72-dasar-dan-prinsip- pentaksiran-pengajian/file.html. (2 May 2014)
Earl, L. (2003). Assessment As Learning: Using Classroom Assesmentto Maximize Students Learning. Thousand Oaks, CA:Corwin Press.
Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin & Sabri Ahmad. (2007). Trend Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Eee, A. M. (1997). Pedagogi II: Psikologi Pendidikan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Fauzi Hussin, Jamal Ali & Mohd Saifoul Zamzuri Noor. (2014). Kaedah Penyelidikan dan Analisis Data SPSS. Kedah: Universiti Utara Malaysia.
Fazliana Othman. (2006). Hubungan Status Sosioekonomi Keluarga Dengan Pencapaian Pelajara Bumiputera Dan Bukan Bumiputera Dalam Mata Pelajaran Matematik di Dua Buah Sekolah Daerah Johor Baru. (Sarjana Tesis). Universiti Teknologi Malaysia.
Fuad Mohamed Berawi. (2017). Metodologi Penyelidikan Panduan Menulis Tesis. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Hilezan Zainal, Parimalarani. S. & Tan. K. L. (2014). Amalan Pentaksiran Dalam Matematik. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Ismail Alias (2013). Satu Kajian Kes: Persepsi Pelajar Gagal Sesi Jun 2012, Terhadap Kursus BA 201-Engineering Mathematics 2. Kertas yang di bentang di Prosiding Seminar Penyelidikan Matematik, Sains dan Komputer Peringkat Kebangsaan (ms 14-23). Merlimau, Melaka. Politeknik Merlimau.
Ismail Kailani & Ruslina Ismai @ Nawi. (2010). Diagnosis Penguasaan Dan Kesalahan Lazim Dalam Tajuk Pembezaan Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah Johor Baru. (PP 1-9) Penulisan tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia.
Jamaludin Badusah, Rosna Awang Hashim, Mohd Majid Konting, Turiman Suandi, Maria Salih & Norhafezah Yusof. (2009). Pembangunan Pelajar Memperkasakan Kokurikulum Institusi Pengajian Tinggi. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
James, M., & Pedder, D. (2006). Beyond Method: Assessmant and Learning Practices and Values. The Curriculum Journal, 17(2), 109-138.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kuala Lumpur.
Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determinig sample size for research activities dlm. Educational Psycology Measurement, 30,607-610.
Leow, T.W. (2015). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Untuk Menilai Pembelajaran Geometri Tingkatan 1. (Sarjana Tesis). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.
Lim, C.H. (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitif dan Kualitatif. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill (Malysia)
Low, C.P. (2015). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Penilaian Kendiri Pembelajaran Algebra Tingkatan Empat. (Sarjana Tesis). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.
Marks, S.U., & Maniates, H. (2003). Formative Evaluation of Proffesional Development: How Will We Know Success? (Report no.SP041719). Northern Arizona University. (ERIC Document Reproduction Service no. ED479642). Retrieved February 5, 2007, from ERIC database.
McMillan, J. (2003). Understanding and Improving Teachers’ Classroom Decision- Making: Implications for Theory and Practice. Educational Measurement: Issues and Practice, 22(4), 34-43.
Moenikia, M & Zahed-Babelan, A. (2010). A study of simple and multiple relations between mathematics attitude, academic motivation and intelligence quotient with mathematics achievement. Innovation And Creativity In Education, 2(2), 1537– 1542.
Mohamad Abdillah Royo & Haleefa Mahmood. (2010). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Cemerlang Pelajar Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta di Tiga Buah Sekolah Menengah Akademik di Daerah Johor Baru. Johor: Universiti Teknologi Malaysia (Tidak Diterbitkan).
Mohamed Nor Azhari Azman & Ramlee Mustapha. (2015). Pendidikan Teknikal Vokasional: Pendekatan Penyelidikan, Analisis & Interpretasi. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohammadpour, E. (2012). Factors Accounting for Mathematics Achievement of Singaporean Eighth-Graders. Asia-Pacific Education Researcher, 21(3), 507– 518.
Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Mohd Sahandri Gani Hamzah, Che Nidzam Che Ahmad, Mazlini Adnan & Noraini Mohamed Noh. (2015). Pembinaan dan Pengesahan Instrumen Penilaian Amalan Pentaksiran Guru Matematik Sekolah Menengah. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Hafiz Abdul Kadir, Rohani Ahmad Tarmizi & Sharifah Kartini Syed Hussain. (2015). Impak Tingkah Laku dan Kepercayaan Semasa Penyelesaian Masalah Matematik Terhadap Pencapaian Penyelesaian Masalah Matematik. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 5, 2.
Mohri Idris. (1995). Kalkulus Konsep Asas dan Kegunaan. Serdang: Universiti Pertanian Malaysia
Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi ke-5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Mohd Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Najib Abdul Ghafar. (2011). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Edisi Ke-2. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Sahandri Gani Hamzah, Roselan Baki dan Saifuddin Kumar Abdullah. (2012). Amalan Penilaian Guru. Kuala Lumpur: Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mohd Sahandri Gani Hamzah, Laily Paim, Sharifah Azizah Haron & Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah. (2013a). Buku panduan pembinaan instrumen “Anda dan Kepenggunaan”. Tanjung Malim, Perak: Emeritus Publications.
Mohd Sahandri Gani Hamzah, Noor Shah Saad, Hsuni Zaim Khairun Nasri & Nur Nazurah Mat Yusof. (2013b, September). Transformasi pembinaan instrumen kajian terhadap pengurusan pengajaran guru. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan kali ke IV Majlis Dekan Pendidikan IPTA, Kuala Lumpur Malaysia.
Mohini Mohamed, Mohamad Hasanul & Ilmi Mohd Shukri. (2012). Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan Pencapaian Pelajar Prestasi Rendah Bagi Matapelajaran Matematik Tambahan. In Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012.
Mok Soon Sang. (2011). Pedagogi Untuk Pengajaran & Pembelajaran Edisi Kedua. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan Edisis Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhazian Md. Noor. (2000). Factors Affecting the Performance of PMR Students. The Degree of Master of Management, University Malaya.
Nik Azis Nik Pa. (2014). Penghasilan Disertasi Berkualiti Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Noor Erma Abu, Leong, K. E. (2014). Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru Dan Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Tambahan Tingkatan 4. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 1–10.
Norafiza Akma Shamsudin. (Mac, 2017). Analisis Kesilapan Pelajar bagi Topik Pembezaan di Politeknik Sultan Idris Shah. Kertas yang dibentang di National Innovation and Invention Competition through Exhibition (iCompex’17), pada 21-23 Mac 2017, Jitra Kedah.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Malaysia.
Nor Hashimah Abu Bakar dan Zulkifley Mohamed. (2013). Pembinaan model pencapaian matematik berasaskan komponen afektif di Institusi Pendidikan Guru (IPG). J. Sci. Math. Lett. UPSI, 1, 47-53.
Norlia Abd. Aziz, T. Subahan M. Meerah, Lilia Halim & Kamisah Osman. (2006). Hubungan Antara Motivasi , Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Tambahan Pelajar Tingkatan 4. Jurnal Pendidikan, 31, 123–141.
Norsaleha Mohd Salleh, Ab. Halim & Salleh Mat. (2013). Kesahan dam Kebolehpercayaan Instrumen Penghayatan Akidah.International Journal of Islamic Thought, 3, 71-80.
Ocak, G. & Yamac, A. (2013). Examination of the Relationships between Fifth Graders’ Self-Regulated Learning Strategies, Motivational Beliefs, Attitudes, and Achievement. Kuram Ve Uygulamada Egitim Bilimleri, 13(1), 380–387.
Othman Mohamed. (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Serdang: Universiti Putera Malaysia.
Othaman Talib. (2016). SPSS: Analisis Data Kuantitatif untuk Penyelidikan Muda. Bangi: MPWS Rich Publication.
Popham, W. J. (2006). Defining and Enhancing Formative Assessment. Paper Presented at The Annual Large-Scale Assesment Conference, Coucil of Chief State Scholl Officers, San Francisco, CA.
Rahil Mahyuddin & Habibah Elyas. (2008). Psikologi Penididikan Untuk Perguruan Edisi Kedua. Shah Alam: Karisma Pubilcations Sdn. Bhd.
Rieck, W. A., & Wadsworth, D.E. (2005). Assesmant accommodations: Helping Students with Exceptional Learning Needs. Intervention In School and Clinic, 41(2), 105-109
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan.Kuala Lumpur: Freemind Horizons
Ryan, M. (2014). Calculus For Dummies. New Jersey: John Wiley & Sons
Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal dan Aziz Omar. (2006). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Saifuddin Kumar Abdullah. (2015). Penilaian Kemahiran Kebolehdapatan Kerja Dalam Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Politeknik. (PhD. Thesis). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.
Salina Hamed, Peridah Bahari & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2008). Korelasi Antara Persekitaran Pembelajaran Matematik, Sikap Pelajar Terhadap Matematik, dan Pencapaian Pelajar dalam Matematik: Satu Kajian Kes. ESTEEM, 4(2), 91–103.
Siti Marlina Mohammad Amin, Noor Azilla Mohamed Nor & Nor Adila Ahmad (2013). System Approach Dalam Pengajaran Pembezaan Untuk Kursus Matematik Kejuruteraan 2 Di Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer Politeknik Sultan Azlan Shah. Kertas yang di bentang di Prosiding Seminar Penyelidikan Matematik, Sains dan Komputer Peringkat Kebangsaan (ms 53- 63). Merlimau, Melaka. Politeknik Merlimau.
Smith, Robert.T. & Minton, Roland.B. (2012). Calculus: Early Transcendental Functions. New York: Mc Graw Hill
Stewart. J. (2010). Calculus: Concepts & Context. USA: Brooks/Cole
Stiggins, R.J. (1993). Two disciplines of Educational Assessment. Measuremnet and Evaluational in Counseling and Development, 26, 93-104.
Stiggins, R., & Chappuis, J. (2005). Using Student-Involved Classroom Assesmemt to Close Achievement Gaps. Theory Into Practice, 44, 11-18
Tan, H. L. (1996). Penilaian Dalam Proses Pendidikan. Selangor: Fajar Bakti.
Tan, S.T. (2006). Calculus for the managerial, life and social sciences. USA: Thomson Brooks/Cole
Tilestone, D. W. (2004) What Every Teacher Should Know About Student Motivation. California.Corwin Press.
TUNG, L. N. (2009). Kampus Rajang Bintangor , Sarawak Seminar Penyelidikan Zon Sarawak 2009 Tema Persamaan Kuadratik Di Kalangan Pelajar. Seminar Penyelidikan Zon Sarawak, 42.
Peng, Y. H. (1997). Kalkulus Permulaan. Serdang: Universiti Putera Malaysia
Zaidah Abd. Umar, Zulkifli Senin. (2008). Perkaitan Antara Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Prestasi Matapelajaran Matematik Kejuruteraan 1. In Seminar Kebangsaan Matematik & Masyarakat, 485–495.
Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P Dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |