UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :L Education (General)
Main Author :Nor Azira Kamarudin
Additional Authors :Siti Shamsiah Sani
Title :Pembinaan manual pembelajaran berasaskan pemikiran: “Jom Fikir KdK” bagi Kegunaan guru pelatih
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2019
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dilaksanakan bagi membina sebuah manual pembelajaran berasaskan pemikiran yang dikenali sebagai ‘Jom Fikir KdK’ dan mengenal pasti persepsi guru pelatih mengenai manual yang telah dihasilkan. Pembinaan manual ‘Jom Fikir KdK’ ini dikategorikan sebagai kajian reka bentuk dan pembinaan yang berteraskan model ADDIE. Kajian tinjauan pula dijalankan bagi mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap manual 'Jom Fikir KdK' dari aspek kandungan, reka bentuk dan penggunaan. Kajian tinjuan ini dijalankan di sebuah universiti di negeri Perak yang melibatkan seramai 80 orang guru pelatih yang berada di semester 8 dari program Sarjana Muda Pendidikan Sains, Biologi, Fizik dan Kimia. Manual 'Jom Fikir KdK' yang dibina ini mempunyai nilai kesahan 96% persetujuan pakar dan nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha 0.960. Kajian tinjauan terhadap persepsi guru pelatih menunjukkan bahawa manual ini berada pada tahap yang baik bagi ketiga-tiga aspek iaitu kandungan (min=4.42), reka bentuk (min=4.31) dan penggunaan (min=4.77). Guru pelatih memberikan respon yang positif terhadap Manual ‘Jom Fikir KdK’ yang dibina. Melalui penghasilan manual ini, guru pelatih dapat memahami, menggunakan dan mengaplikasikan teknik kemahiran berfikir kepada pelajar mereka pada masa akan datang. Justeru manual Jom Fikir KdK boleh digunakan oleh guru pelatih dalam memupuk Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

References

Abu Bakar Nordin. (1995). Penilaian asas dalam pendidikan. Petaling Jaya: Longman.

Alias Baba. (1999). Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aminatul Khatijah Mohd Razali@Busu. (2013). Pembinaan dan penggunaan modul nutrisi tingkatan empat berkonsepkan pemakanan lestari. Tanjung Malim: Tesis Sarjana Pendidikan Sains (Biologi).

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Buku panduan program I-Think. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Choong L. K. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku untuk program ijazah sarjana muda perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

De witt, D. (2010). Development of collaborative Learning module on nutrition for form two students. Tesis PhD. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Dick, W., & Carey, L. (2001). The systematic design of instruction (6th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Gagne, M. R., Wager, W. W., Golas, K. C., & Keller, J. M. (2005). Principles of instructional design (5th ed). Belmont, CA : Wadsworth.

Jailani Mohd Yunus, Baharom Mohamad, Widad Othman, Yee Mei Heong, & Tee Tze Kiong. (2009). Pengintegrasian kemahiran berfikir aras tinggi menerusi peta minda bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi , (hlm. 114-121).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Pusat Pembangunan Kurikulum.

Kruse, K. (2006). Introduction to instructional design and the ADDIE Model. Journal of Instructional Development 2(3), 19-29.

Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia

Molenda, M. (2003). The ADDIE Model. dalam A. Kovalchick, & K. Dawson. Didapatkan dari Educational technology: An Encyclopedia:http://www.indiana.edu/.molpage/In%20Search%20of%Elusive%ADDIE. pdf#search=%22ADDIE%20Model%2Bhistory%22

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2012). Penerapan kemahiran berfikir dan strategi berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Richey, R. C., & Klein, J. D. (2007). Design and developmental research . New York: Routledge.

Rosnidar Mansor. (2015). Keberkesanan penggunaan I-Think terhadap pencapaian dan minat murid dalam tajuk sifat bahan, Sains tahun 4. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik, 99-100.

Rusell, J. D. (1974). Modular instruction: A guide to the design, selection, Utilization and Evaluation of Modular Materlials. New York: Burgess Publishing Company.

Sidek Mohd Noah, & Jamaludin Ahmad. (2005). Pembinaan modul: Bagaimana membina modul latihan dan modul akademik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Strickland, A. W. (2006, April 26). ADDIE Indaho State University College of Education Science, Math & Technology Education. Didapatkan dari http://ed.isu.edu./addie/index.html


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.