UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Interaksi guru dengan kanak-kanak merupakan faktor penting dalam kejayaan
proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Melalui interaksi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di prasekolah, kanak-kanak boleh melibatkan diri dalam aktiviti
yang dijalankan dan membantu kanak-kanak berfikir. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk
mengkaji amalan interaksi guru dengan kanak-kanak yang berlaku semasa aktiviti bercerita
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian yang berbentuk kualitatif ini
menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual dan dokumen. Sesi rakaman video telah
dijalankan sebanyak empat sesi yang berdurasi 30 minit setiap sesi di kelas prasekolah
sewaktu aktiviti bercerita. Kemudian video tersebut dianalisis untuk mengenalpasti amalan
interaksi antara guru dengan kanak-kanak menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Sesi
temu bual juga turut dijalankan bersama seorang guru sebagai sokongan kepada dapatan
kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru menggunakan kemahiran berfikir aras rendah
sahaja. Melalui hasil kajian yang dijalankan, para guru perlu mencari jalan untuk
mengenalpasti penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi dan dapat menjana daya pemikiran
kanak-kanak dengan lebih baik
|
References |
Abdullah, A.H., Aris, B., Saud, M.S., Boon, Y. & Awang Ali, S.A. (2015). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT): Isu Dan Cabaran Dalam Aspek Kurikulum, Pedagogi Dan Pentaksiran. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam, 14-15 September, P. 77-88. Anderson, L.W., & Krathwohl D.R. (Eds.) (2001). A Taxonomy For Learning, Teaching And Accessing: A Revision Of Bloom’s Taxonomy Of Educational Objective. New York: Longman Carin, A.A. & Sund R.B. (1971). Developing Question Techniques: A Self-Concept Approach. Columbus, OH: Charles E. Merrill. Conklin, W. (2012). Strategies For Developing Higher Order Thinking Skills. California: Shell Education Creswell, J. W. (2012) Education Research: Planning, Conducting, And Evaluating Quantitative And Qualitative Research 4 Th Edition University Of Nebraska– Lincoln. Fullan (2011). Makna Baharu Perubahan Pendidikan. Terjemahan. Mastuti Isa & Asia Salleh. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia. Guvercin, S., & Verbovskiy, V. (2014). The Effect of Problem Posing Tasks Used in Mathematics Instruction to Mathematics Academic Achievement and Attitudes Toward Mathematics. International Online Journal of Primary Education, 3(2), 59- 65. Kassim, N., & Zakaria, E. (2015). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik: Analisis Keperluan Guru. Proceeding Book Education Gradute Regional. Conference In Counseling Centre Profesional Counselor Education Laboratory In The State University Of Medan. P. 60-67. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2013a) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 (Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah). Putrajaya. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2013b). Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Putrajaya; Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Bahagian Perkembangan Kurikulum. Mohamad Nurul Azmi Mat Nor & Nurzatulshima Kamarudin (2016) Penyebatian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Institut
Pendidikan Guru (IPG), Malaysian Journal Of Higher Order Thinking Skills In Education, 2, 199-214 Mohd Nazri Hassan, Ramlee Mustapha, Nik Azimah Nik Yusuff & Rosnidar Mansor (2017) Pembangunan Modul Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Di Dalam Mata Pelajaran Sains Sekolah Rendah: Analisis Keperluan Guru. Sains Humanika, 9, 119-125 Muhammad Yaumi. (2014). Action Research: Teori, Model Dan Aplikasinya. Indonesia: Kencana Prenadamedia Group. Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh, Mahizer Hamzah & Nik Azmah Nik Yusuf (2014). Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 4(1), 81-96 Palinscar, A. S. (1998). Social constructivist perspectives on teaching and learning. Annual Review Psychology 49: 345- 375. Sukiman Saad, Noor Shah Saad, & Mohd Uzi Dollah (2012). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Persepsi Dan Amalan Guru Matematik Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 2(1), 18-36. Suppiah Nachiappan. (2015). Panduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Teori, Model, Kaedah dan Aktiviti ke Arah Perkembangan Kognisi. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Vygotsky, L.S. (1978). Mind in Society: The Development of Higher Mental Process. Cambridge: Harvard University Press. Williams, R.B. (2015). Higher Order Thinking Skills: Challenging All Students To Achieve. New York: Skyhorse Publishing. Zamri Mahmood &Nor Razah Lim (2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, ISSN: 2180-4842, Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011): 51-65
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |