UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Keindahan sesuatu karya itu dapat dilihat pada penggunaan kata yang menyimpang daripada makna sebenar. Personifikasi adalah antara gaya bahasa yang mendukung konsep penggunaan kata yang menyimpang daripada makna asal. Fungsi personifikasi ini mirip dengan gaya bahasa isticarah yang terdapat dalam kesusasteraan Arab. Ia mendukung fungsi yang sama dengan gaya bahasa personifikasi dalam kesusasteraan Melayu. Gaya bahasa personifikasi merupakan pemberian atau penyerapan sifat manusia kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak untuk mendapatkan kesan seni. Oleh itu, makalah ini menganalisis konsep personifikasi dalam kesusasteraan Arab dan kesusasteraan Melayu. Selain itu, makalah ini turut menganalisis persamaan dan perbezaan konsep tersebut dalam ‘Wasf Al-Layl’ Bait Puisi Imru’ Al-Qays dan ‘Duhai Malam’ lirik ciptaan Ad Samad. Didapati pendekatan kepustakaan dan pendekatan bandingan. Kajian ini mendapati bahawa fungsi gaya bahasa ist’arah dalam kesusasteraan Arab adalah sama dengan gaya bahasa personifikasi dalam kesusasteraan Melayu. Daripada kedua-dua teks ini, jelas menunjukkan bahawa kedua-dua pengkarya memberikan sifat manusia kepada ‘malam.’ Penggunaan konsep personifikasi pada kedua-dua teks bertujuan untuk menjelaskan makna dan menjadikan karya mempunyai nilai keindahan. Dari sudut lain, Imru’u al-Qays dalam bait puisinya mengungkapkan ‘malam’ dengan pelbagai gambaran, manakala Ad Samad dalam lirik lagu ‘Duhai Malam’ hanya menggambarkan ‘malam’ seperti manusia. |
References |
‘Abbas, Fadl Hassan. (2000). Al-Balaghah fununuha wa afnanuha. ‘Amman: Dar al-Furqan. Ad. Samad (2002). Duhai malam. Dlm. Intan Sarafina (ed.). Dua. Runut Bunyi 1. Kuala Lumpur: Warner Music Malaysia. Al-‘Askariyy & Abu Hilal al-Hasan bin ‘Abd ALlah. (1952). Kitab al-sina‘atayn. Beirut: Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah. al-Fakhuri, Hanna. (2002). Al-Jami‘fi tarikh al-adab al-‘Arabiyy: al-adab al-qadim. Beirut: Dar al-Jil. al-Hashimiyy, Ahmad. (1960). Jawahir al-balaghah. Indonesia: Maktabah Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah Glosari Istilah Kesusasteraan. (1988). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Imru’u al-Qays. (2004). Diwan Imru’u al-Qays. al-Mustawiyy, ‘Abd al-Rahman (Pngr.). Beirut: Dar al-Ma‘rifah. Keris Mas. (1988). Perbincangan gaya bahasa sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mu‘jam al-mustalahat al-balaghiyyah wa tatawwuriha. (2007). Beirut: Maktabah Lunan Nashirun. Nazri Atoh. (2015). Deskripsi malam Imru’ al-Qays. Dlm. Muhammad Bukhari Lubis & Nazri Atoh (Pnyt.). Puisi-puisi Pelangi Antologi Puisi Pelbagai Bahasa, 14–15. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nazri Atoh, Zamri Arifin & Zubir Idris. (2014). Ungkapan perbandingan dalam puisi Arab dan puisi Melayu: Satu tinjauan awal. Dlm. Sanat Md. Nasir, Siti Saniah Abu Bakar & Zulkifli Osman (Pnyt.). Jaringan Pengajian Bahasa Melayu, 133– 149. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2005). Pengajaran gaya bahasa dalam bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 16, 37–54. Pradopo, Rachmat Djoko. (1995). Pengkajian puisi. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press. Shamsudin Othman. (2012). Apresiasi sastera antologi madu ilmu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siqal, Dizirah. (1997). Ilm al-bayan bayna al-nazariyyat wa al-usul. Beirut: Dar al-Fikral-‘Arabiyy. Za‘ba. (2002). Ilmu mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaidan, Abdul Rozak, Rustapa, Anita, K. & Hani’ah. (2007). Kamus istilah sastra. Jakarta: Balai Pustaka. Zurinah Hassan. (2012). Puisi Melayu tradisional: Pantun, syair, gurindam, nazam, seloka. Ampang, Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |