Tuan guru Haji Aabdul Latif bin Abdul Rahman (1938 –2010 ): Sumbangan kepada masyarakat Pengkalan Hulu Perak
Type
Article
Main Author
Ismail bin Ibrahim
Additional Authors
Abd. Rahman bin Abd. Ghani
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2019
Degree Type
Others
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti sumbangan Tuan Guru Haji Abdul Latif pada masyarakat Pengkalan Hulu. Beliau merupakan anak tempatan yang berbakti kepada penduduk terutama dalam bidang pendidikan. Oleh kerana jasanya yang besar kepada penduduk Pengkalan Hulu maka beliau dipilih sebagai tokoh Maal Hijrah 1414 peringkat negeri Perak. Terdapat dua objektif utama dalam kajian ini iaitu pertama untuk mengetahui sumbangan beliau kepada masyarakat setempat dan yang kedua pula ialah untuk mengetahui metode dakwah nya di Pengkalan Hulu. Selain itu, kajian ini jug bertujuan untuk mengetahui pendekatan yang diguna pakai oleh beliau ketika menjalankan aktiviti dakwah nya. Dalam menyelesaikan dan menyempurnakan kajian ini, dua metode digunakan iaitu metode perpustakaan dan temu bual bagi memperoleh maklumat berkaitan tajuk yang sedang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa beliau berjaya dalam usaha dakwah nya dengan menggunakan pendekatan secara lembut terutama ketika berdakwah kepada kumpulan ajaran sesat yang dikenali sebagai Islam Jamaah. Kajian terhadap beliau amat penting kerana sikap dan keperibadian yang ditunjukkannya amat susah untuk dicontohi kecuali kepada mereka yang benar-benar ikhlas dalam mempelajari ilmu beramal dengannya. Implikasi daripada kajian ini, bagi mereka yang menceburkan diri dalam ilmu dan dakwah amat perlu mencontohi sikap, keperibadian dan pendekatan yang digunakannya malahan pendekatan tersebut bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.