UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti manfaat rangkuman kewangan (ketercapaian kemudahan kewangan, penggunaan akaun simpanan, dan penggunaan kemudahan kredit) terhadap prestasi perniagaan mikro di negeri Terengganu. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif dipilih untuk menjawab dua hipotesis kajian. Tiga pembolehubah digunakan untuk mengukur manfaat rangkuman kewangan iaitu ketercapaian kemudahan kewangan, penggunaan akaun simpanan, dan penggunaan kemudahan kredit. Manakala dua pembolehubah lain digunakan untuk mengukur prestasi perniagaan mikro iaitu pulangan modal dan pulangan jualan. Kajian ini melibatkan 350 responden yang mewakili pertubuhan perniagaan mikro di sekitar negeri Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan kewujudan manfaat rangkuman kewangan antara penggunaan akaun simpanan dan pulangan jualan. Ini membuktikan bahawa responden lebih memilih peningkatan prestasi jangka masa pendek kerana mereka mendapatkan pulangan jualan tanpa mengambil kira pulangan modal yang merupakan peningkatan prestasi jangka masa panjang. Selain itu, dapatan kajian lain menunjukkan bahawa terdapat manfaat rangkuman kewangan antara penggunaan kemudahan kredit dan pulangan jualan dan pulangan modal. Sebagai implikasi, responden mempunyai risiko perniagaan yang tinggi dalam usaha meningkatkan prestasi perniagaan kerana dalam hal ini, kemudahan kewangan dalam bentuk kredit lebih diberikan keutamaan berbanding penggunaan akaun simpanan. Namun begitu, kajian itu bersetuju bahawa terdapat faktor-faktor lain yang mendorong prestasi perniagaan mikro selain daripada dimensi rangkuman kewangan. Oleh itu, kajian lanjut yang lebih terperinci terhadap faktorfaktor lain dalam mengukur manfaat rangkuman kewangan dan prestasi perniagaan mikro perlu dipertimbangkan sewajarnya.
|
References |
Abebe, G., Tekle, B., & Mano, Y. (2016). Changing saving and investment behavior: The impact of financial literacy training and reminders on micro-businesses. CSAE Working Paper WPS/2016-08. U. K. Abdul Suki, H. (2015). Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil dan sederhana: Pengurusan strategik dan faktor utama kejayaan sebagai pengantara. Tesis Master. Universiti Malaysia Kelantan. Abu Bakar, M.R. (2008). Tahap kesampaian bantuan kewangan dan kredit kerajaan (BKKK) terhadap prestasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera di Kedah (Unpublished Master’s Dissertation), Universiti Sains Malaysia, Penang. Ahmad Sazmy, A.A. (2007). Pembiayaan Perniagaan Kecil dan Sederhana. Kuala Lumpur: PTS Professional. Azmi, A. M., Nik Hairi, O., & Lee, Y. K. (2012). Faktor kritikal kejayaan usahawan dalam Perniagaan. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 34-35. Azizi, H. & Syed Mazlan, S.M.D. (2011). Peranan kompetensi peluang dan struktur organisasi terhadap prestasi PKS di Utara Malaysia. Academic Journal UiTM Johor, 10. Bank Negara Malaysia. (2016). Pembangunan sektor kewangan. Di petik daripada http://w2.bnm.gov.my, pada 23 Jun 2016 Bank Negara Malaysia. (2015). Laporan kestabilan kewangan dan sistem pembayaran 2015. Di petik daripada http://www.bnm.gov.my, pada 23 Jun 2016. Basu, A. & Parker, S. (2001). Family finance and new business start-ups. Oxford Bulletin Of Economics And Statistics, 63(3), 333-358. Bekmann, E. (2013). Financial literacy and household savings in Romania. Advancing Education in Quantitative Literacy, 6(2), 1-22. Buerah, T., & Hussin, S. (2014). Perubahan sikap keusahawanan usahawan Melayu di Malaysia. Journal of Sciences and Humanities, 98-116. Camara, N. & Tuesta, D. (2014). Measuring financial inclusion: A mulitdimensional index. Working paper, 14/26. Madrid. Carpenter, R.E. & Petersen, B.C. (2002). Is the growth of small firms constrained by internal finance? Review of Economics and Statistics, 84(2), 298-309. Clamara, N., Pena X., & Tuesta, D. (2014). Factors that matter for financial inclusion: Evidence from Peru. Working Paper no. 14/09. Collins, D., Morduch, J., Rutherford, S., & Ruthven, O. (2009). Portfolios of the poor: How the world’s poor live on $2 a day. Princeton, NJ: Princeton University Press. Deakins, D., Morrison, A., & Galloway, L. (2002). Evolution, financial management and learning in the small firm. Journal of Small Business and Enterprise Development, 9(1), 7-16. Dupas, P. & Robinson, J. (2013). Savings constraints and microenterprise development: Evidence from a field experiment in Kenya. American Economic Journal: Applied Economics, 5(1), 163–192. Ermi, L.J. & Lim, K. (2001). The motivation of women entrepreneurs in Singapore. International Journal of Entrepreneurial Behaviour and Research, 3, 93-110. Haas, S., Plyler, M.G., & Nagarajan, G. (2010). Community-level oconomic effects of MPESA in Kenya: Initial findings. Financial services assessment. Iris Center, University of Maryland Hasnah, A., Norhafizah, A.R., & Sanep, A. (2010). Faktor mempengaruhi kejayaan usahawan peruncitan Melayu: Satu kajian kes. Prosiding PERKEM IV, 2, 141-151 Idris, J. & Rahmah, I. (2006). Technical efficiency, technological change and total factor productivity growth in Malaysian manufacturing sector. MPRS Paper, no. 1956. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2011). Bancian ekonomi 2010: Profil perusahaan kecil dan sederhana. Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya, Malaysia. Johan, W. & Shephard, D. (2003). Knowledge-based resources, entrepreneurial orientation, and the performance of small and medium-sized businesses. Strategic management, 24(13), 1307-1314. Joshi, K., Rana, H., & Glenita, A. (2009). Surveys of informal sector enterprises - Some measurement issues. Asian Development bank Economics Working Paper Series No. 183. Kementerian Kewangan Malaysia. (2016). Ucapan bajet 2016. Dipetik daripada http://www.jkkn.gov.my, pada 2 Nov 2017. Krejcie & Morgan (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610. Lusardi, A. (2008). Financial literacy: An essential tool for informed consumer choice? CFS Working Paper No. 2008/19. Mat Rashid, K., Che Ngah, H., Mohamed, Z., & Mansor, N. (2015). Success factors among women entrepreneur in Malaysia. International Academic ResearchJournal of Business and Technology, 1(2), 28-36 Mbogo, M. (2010). The impact of mobile payments on the success and growth of microbusiness: The case of M-PESA in Kenya. The Journal of Language, Technology and Entrepreneurship in Africa, 2(1), 998-1279. Md. Mohar, M., Mior Razman, M. Y., Muhammad Fakhrurazy, M. A., Noorazimah, M. N., Chen, T. C., & Hong, T. N. (2010). Kajian perbandingan keusahawanan bangsa Melayu dan Cina di Johor Bahru. Persidangan Kebangsaan Pertama Keusahawanan dan Perniagaan Kecil, Universiti Utara Malaysia. Mohamad, M., & Bakar, M. S. (2017). Does work-family conflict affect women entrepreneurial success? International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(3), 566-571. Mohd Nor, M. S. (2003). An evalution of a government lacked loan scheme in Malaysia. Sintok: Universiti Utara Malaysia Mohd Nor Hidayat, H. (2011). Faktor bantuan kerajaan yang meningkatkan kejayaan usahawan industri kecil dan sederhana bumiputera di Sabak Bernam, Selangor (Tesis Sarjana Muda), Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Rosli, M. (2000). Industri kecil dan sederhana : Landasan pembangunan usahawan. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Mori, K., Kasim, M., Dullah, M., & Wilson, A. (2009). Industri kecil dan sederhana (IKS) dan pinjaman kewangan di Sabah: Satu analisis empirikal. Prosiding PERKEM IV, 2, 185-198. Muhd Rashid, R., & Fazlee, A. (2010). Tahap pengurusan perniagaan dalam industri kecil dan sederhana (IKS) pengusaha batik di daerah Kota Bharu. Fakulti Pendidikan. Nadzri, S., Md Shamsudin, S., & Muhammad Sabri, M. F. (2014). Faktor-faktor penyumbang kepada kejayaan dan kegagalan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera di Malaysia. Synergizing Knowledge on Management and Muamalah. Nikina, A., Shelton, L. M., & LeLoarne, S. (2015) . An examination of how husbands, as key stakeholders, impact the success of women entrepreneurs. Journal of Small Business and Enterprise Development, 22(1), 38-62. Norasmah, O. (2002). Keberkesanan program keusahawanan remaja di sekolah menengah, (Tesis Doktor Falsafah), Serdang. Universiti Putra Malaysia. Rahmah, I. (2006). Daya saing usahawan dan syarikat Melayu dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rosli, M. S., Abdullah, A.G., & Shuhymee, A. (2014). Kesan sumber pembiayaan ekuiti dan hutang ke atas prestasi perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia. Sains Humanik, 2(1), 151-157. Sahay, R., Cihak, M., N’Diaye, P., Barajas, A., Mitra, S., Kyobe, A., Mooi, Y. N., & Yousefi, S. R., (2015). Financial inclusion: Can it meet multiple macroeconomic goals? SDN/15/17. Shuhymee, A., & Abdullah, A. G. (2013). Orientasi keusahawanan dan prestasi perniagaan: Pengaruh penyederhana gaya kepimpinan transformasi. Jurnal Pengurusan, 37(2013), 115 –123. Siti Nor Wardatulaina, M.Y. (2011). Success factors in enterpreneurship: The case study of Malaysia. Pilot Research Work (Phd Thesis), Department D’Economia De L’Empresa, Universitat Autonoma de Barcelona. Sulaiman, N. & Mohd Saukan, M. N. (2007). Modal sosial dalam mempertingkat daya saing firma perusahaan kecil dan sederhana (PKS). IJMS, 14(2), 93-111. Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (2017). Dipetik daripada https://www.ypu.com.my/sejarah-ypu/, pada 11 Oktober 2017.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |