UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :P Language and Literature
Main Author :Intan Zahariah Gaisun
Additional Authors :Arba’ie Sujud
Title :Beriman kepada Allah SWT sebagai fitrah manusia dalam skrip drama ‘Tiang Seri Tegak Berlima’ karya Noordin Hassan
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2019
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Model teater fitrah merupakan satu kerangka dalam menentukan fitrah sesebuah teater. Dalam hal ini, model teater fitrah merupakan acuan daripada prinsip teater fitrah yang dikemukakan Noordin Hassan. Ironinya, model teater fitrah merupakan satu model yang telah dikembangkan bersandarkan kepada prinsip teater fitrah. Walau bagaimanapun, kedua-duanya (model dan prinsip) tetap menyalurkan konsep pementasan yang jitu berasaskan agama Islam. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan mengaplikasikan model teater fitrah terhadap drama “Tiang Seri Tegak Berlima” karya Noordin Hassan. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya melihat berdasarkan kepada prinsip yang pertama sahaja iaitu beriman kepada Allah SWT dengan melihat watak dan perwatakan yang terdapat dalam skrip drama tersebut. Berdasarkan kajian lepas, kajian mengenai teater fitrah banyak dilakukan terhadap teater Noordin Hassan selepas munculnya konsep teater fitrah. Kebanyakannya menyentuh soal konsep teater fitrah tanpa mengaitkan dengan prinsip teater fitrah yang sebenarnya. Hal ini menurut Siti Jasmina Ibrahim (2012) menyatakan perjuangan teater fitrah tidak menyeluruh disambut oleh semua pengkarya, sebaliknya masih ramai yang samar pemahaman. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan menganalisis prinsip beriman kepada Allah SWT sebagai fitrah manusia terhadap drama ‘Tiang Seri Tegak Berlima’ karya Noordin Hassan. Kewajaran pemilihan ini dibuat memandangkan Rahmah Bujang (2002) menyatakan bahawa pertama kali Noordin Hassan menimbulkan kesan keislaman dalam arena teater tanah air adalah melalui drama ‘Bukan Lalang Ditiup Angin’. Kajian ini merupakan kajian analisis teks tanpa menyentuh aspek pementasan. Hasil kajian mendapati teks ‘Tiang Seri Tegak Berlima’ merupakan teks yang mengaplikasikan prinsip beriman kepada Allah SWT di mana kemenangan berpihak kepada watak protagonis manakala watak antagonis tidak dimenangkan. Dalam hal ini, penyelesaian telah berpihak kepada kebaikan bagimemenangkan ‘amal makruf nahi mungkar’.  

References

Abdul Mujib (1999). Fitrah dan Keperibadian Islam Sebuah Pendekatan Psikologis. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada.

Abdul Mujid dan Jusuf Mudzajir (2002). Nuansa-Nuansa Psikologi Islami. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada. Farra Humairah Mohd dan Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi. Pemikiran Kerohanian dalam Cerpen Kanakkanak Pilihan Mutakhir dan Kesan Positif kepada Kanak-kanak. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature. Jilid 7, No.5. (2016): 35-51)

Noordin Hassan. Teater Fitrah. Dewan Sastera. Jilid XIII Bil. 9. September 1983: 3-6 Noordin Hassan (2006). Tiang Seri Tegak Berlima. Noordin Hassan (Ed.) Edisi Khas sasterawan Negara “…demi Zaitun…” Kumpulan Drama Pilihan. Hlm. 216-261.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahmah Bujang (2002). Kandungan Semantik Keislaman dalam Drama Malaysia. Halilah Haji Khalid (Ed.). Edisi Khas Sasterawan Negara Teater Fitrah dan Esei Pilihan. Hlm. 3-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Salman Al-Farisi. Perempuan Melayu dalam Tiang Seri Tegak Berlima karya Noordin Hassan. Malay Literature. Volume 30, No. 2. (2017): 277-296

Siti Jasmina Ibrahim. (2012). “Titir Kolam Fikir Noordin Hassan” Gambaran Kepengaruhan Positif Karya dan Keperibadiannya kepada Pengarang muda. Kertas kerja Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Noordin Hassan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 22-23 Mei 2012

SM Zakir. ‘Konsep Teater Fitrah dalam Teater Noordin Hassan’. Pentas. Jilid 2 Bil.3. 2007: 16-23

SM Zakir. ‘Fitrah dalam Mitos Mana Setangginya dan Intan yang Tercanai’. Pentas. Jilid 4 Bil. 2. 2009: 17-25

Solehah Ishak. ‘Aesthetics of Modern Malay Theatre Productions Which are Predominantly Islamic in Themes’. Malay literature. Vol. 5 No.3 (1989)

Solehah Ishak. ‘Theater Fitrah and “1400” *. Malay Literature. Vol. 8 Num. 2 (1995): 14-25

Solehah Ishak. (1996). “Kata Pengantar”. Bukan lalang ditiup angin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (2010). Islam dan Sekularisme. Indonesia: Institut Pemikiran Islam dan Pembangunan Insan.

Taimiyah, Ibnu, Majmu’. Fatawa, Jilid I, Dar Kutub Al-Ilmiyah. Beirut: Libanon

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.