UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan bahan multimedia interaktif 3D animasi (‘Scratch’) dalam kaedah pembelajaran teradun terhadap minat dan pencapaian murid Tahun 5 bagi mata pelajaran Sains. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pencapaian murid yang rendah disebabkan kaedah pengajaran tanpa menggunakan bahan multimedia dan berpusatkan guru. Kajian ini dijalankan di daerah Seberang Perai Selatan. Populasi penyelidikan ini dipilih daripada sekolah jenis kebangsaan Tamil di Seberang Perai Selatan. Seramai 60 murid daripada dua buah sekolah jenis kebangsaan Tamil telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca, temu bual dan soal selidik. Penyelidik menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) Versi 22.0 untuk menganalisis data yang diperolehi. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif min, sisihan piawai dan peratus kekerapan. Analisis korelasi pearson juga digunakan untuk menguji hubungan antara penggunaan, pencapaian dan minat murid terhadap bahan multimedia 3D yang digunakan. Hasil analisis data mendapati bahawa skor min 3.67 hingga 5.00 menunjukan penggunaan bahan multimedia interaktif berada dalam tahap tinggi dalam kalangan responden yang diuji. Melalui perbandingan ujian pra dan pasca dapat dianalisis bahawa 23.4 % kelulusan murid meningkat setelah menggunakan aplikasi ‘Scratch’ dalam matapelajaran sains. Soal selidik dengan skor min 3.67 hingga 5.00 yang tinggi ini menunjukan minat murid terhadap penggunaan bahan multimedia interaktif 3D animasi berada dalam tahap yang tinggi. Nilai korelasi adalah 1.00 iaitu nilai skor yang sempurna bermaksud mempunyai hubungan antara penggunaan bahan multimedia interaktif 3D animasi dan minat dalam mata pelajaran Sains murid Tahun 5. Data analisis Korelasi Pearson menunjukan hubungan yang sangat lemah antara minat dan pencapaian murid dalam mata pelajaran sains. Ini bermaksud, minat tidak mempengaruhi pencapaian murid sepenuhnya. Pencapaian murid juga bergantung kepada faktor-faktor yang lain. Keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan multimedia interaktif 3D animasi ‘Scratch’ dalam mata pelajaran sains dapat memberi kesan yang positif dari segi penggunaannya.
|
References |
Alessi, S.M dan Trollip, S.R (2003), Multimedia for Learning : Methods and Development. Third Edition. Boston : Allyn & Bacon. Allen, E & Seaman J. Class differences: Online Education in the United States, 2010. Babson Survey Research Group: Sloan Consortium, USA Anis.(2012). Re:Pembelajaran yang menyeronokan. Retrieved from www.academia.edu/ proposal-penyelidikantindakan. Arip Febrianto, Program Aplikasi Scratch pada Mata Pelajaran Agama Islam Bagi Peserta Didik, 2015 Azimah Binti Yusoff, Elemen-Elemen Dalam Multimedia, 2009 Azura Ishak.(2009). Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsan Malaysia, Selangor. Baharuddin Aris et al. (2003). Sains Komputer: Teknik Dan Teknologi. Batu Caves: Venton Publishing (M) Sdn. Bhd. Elaine England dan Andy Finney Managing Multimedia: Project Management For Interactive Media (2nd Edition) 2nd Edition, 2011 Fatin Aliah Phanga*, Mohd Salleh Abua, Mohammad Bilal Alia, Salmiza Sallehb, Faktor Penyumbang Kepada Kemerosotan Penyertaan Pelajar dalam Aliran Sains: Satu Analisis Sorotan Tesis, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Pulau Pinang, Malaysia Fauziah Hashim, Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 2002 Fensham, Science Education Policy-making Eleven emerging issues, Commissioned By UNESCO, Section For Science, Technical And Vocational Education, 2008 Fred T. Hofstetter. (1995). Multimedia Literacy. London: McGraw-Hill. Hadi Susanto, Blog Pembelajaran. 2017 Haniff Asyraf, Cabaran Dan Pendekatan Pengajaran Dalam Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas Dan Berbakat , 2015. Hannay & Newvine, Perceptions of distance learning: A comparison of online and traditional learning, 2006 Harding, A., Kaczynski, D., & Wood, L. (2005). Evaluation of blended learning: Analysis of qualitative data. Paper presented at the Uniserve Science Blended Learning Symposium (pp-56-61). The University of Sydney. Ilham Eka Putra, S.Kom., M.Hum , Teknologi media pembelajaran sejarah melalui pemanfaatan multimedia animasi interaktif, 2013 Ismail Bin Basiron, Kesan Kaedah Pengajaran Multimedia Interaktif Dalam Pengajaran Seni Visual, Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Julai 2012.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |