UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini merupakan satu tinjuan terhadap persediaan pelajar Teknologi Maklumat dan Komunikasi(FTMK) yang telah menjalankan Latihan Mengajar (praktikum) pada pertengahan 2003. Terdapat lima aspek yang akan ditinjau iaitu persediaan bahan pengajaran dan pembelajaran, persediaan ilmu dan kaedah yang hendak diajar, persediaan sosial atau persediaan tempat praktikum, persediaan sikap dan akhirnya kesedaran pelajar tentang tugas seorang guru. Sejumlah 303 pelajar semester 5 dan 6 FTMK 200212003 telah dijadikan sampel kajian ini.Kajian ini menggunakan borang soal-selidik yang telah diuji pakai keberkesanannya. Data-data dianalisa menggunakan SPSS dengan tumpuan kepada peratus dan kekerapan (frekuensi). Dapatan dari kajian menunjukkan pelajar FTMK telah bersedia untuk menjalankan latihan mengajar walaupun persediaan mereka sederhana sahaja (58.68%). Persediaan yang paling lemah ialah dalam penyediaan sosial iaitu 42.96 %. Untuk itu Fakulti mencadangkan satu perancangan yang lebih teratur untuk membolehkan pelajar bersedia dari semua aspek terutamanya kepada pelajar sesi yang berikutnya. Untuk memperbaiki mutu paktikum, kajian lanjut harus dilakukan antara lain mengkaji kesan daripada persediaan yang kurang baik. Aktiviti sosial harus diperbanyakan bagi membolehkan pelajar membentuk perwatakan diri seorang guru yang dapat bertindak dengan baik disituasi yang sebenarnya. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |