UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kanak-kanak sering berhadapan dengan masalah untuk mengurus dan mengawal emosi dengan baik. Isu ini kurang mendapat perhatian dalam kalangan orang dewasa yang menyebabkan kanak-kanak sering menunjukkan tingkah laku tidak terkawal, tekanan, dan kemurungan. Melalui pengajaran berasaskan aktiviti muzik, emosi kanak-kanak dapat dibentuk dengan baik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perkembangan emosi kanak-kanak menggunakan kaedah pengajaran berasaskan aktiviti muzik di sebuah tadika di Puncak Alam, Selangor. Reka bentuk kajian ini adalah penyelidikan secara kualitatif yang berbentuk kajian kes. Sampel kajian melibatkan enam orang kanak-kanak yang terdiri daripada tiga orang kanak-kanak lelaki dan tiga orang kanakkanak perempuan yang berumur lima tahun, dan seorang guru tadika. Instrumen kajian ialah borang senarai semak untuk mengenal pasti perkembangan emosi kanak-kanak sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan aktiviti pengajaran muzik, dan soalan temu bual untuk mendapatkan pandangan guru terhadap perkembangan emosi kanak-kanak menggunakan kaedah pengajaran berasaskan aktiviti muzik. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan kaedah pengajaran berasaskan aktiviti muzik memberi impak yang positif dalam membantu perkembangan emosi kanak-kanak. Oleh itu, kaedah pengajaran berasaskan aktiviti muzik wajar digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi membantu kanak-kanak mencapai perkembangan emosi yang memuaskan. |
References |
Arba'ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, Nurul Azimah Abdull Sedik, & Intan Zahariah Gaisun. (2014). Ekspresi emosi melalui bahan bacaan sastera kanak-kanak. Jurnal Melayu, 13(1), 72-84. Azadeh, O. P. (2015). Children's perception of emotion in music: a cross-cultural study. Tesis Sarjana Music, Mind and Technology, University Jyväskylä. Azli Ariffin. (2013). Pembinaan modul pedagogi MK2K berasaskan muzik untuk kurikulum prasekolah. Tesis Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim, Perak. Azli Ariffin. (2018). Reka bentuk model aktiviti penggunaan lagu kanak-kanak Melayu tradisional untuk peningkatan imaginasi kreatif prasekolah. PhD thesis, University of Malaya. Clark, l., P., & Creswell, J., W. (2015). Understanding research. New Jersey: Pearson Education. Fulvia, A., C. (2015). Emotional effects of music therapy on children wih special needs. Journal Plus Education, 12(1), 178-183. Hamidah Sulaiman. (2013). Kecerdasan emosi menurut Al-Quran dan al-sunnah: Aplikasinya dalam membentuk akhlak remaja. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 1(2). 51-57. Loy, C. L. (2017). Boneka sebagai alat pedagogi dalam perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 6, 45-56. Maguire, L. K., Niens, U., MccCannc, M. & Connolly, P. (2016). Emotional development among early schoolage children: Gender differences in the role of problem behaviours. Educational psychology, 36(8), 1408-1428. Marziyeh Alivandi Vafa & Khaidzir Ismail. (2017). Filial therapy work best for preschooler's children with challenging behavior. e-bangi, 3(3). 1-13. Mawuse, A. (2015). Folk song in early childhood music education: A study in some selected schools in Afadjato- South District. Unpublished Phd‘s Thesis. University Of Education, Winabe. Md. Jais. (2017). The effectiveness of dalcroze music approach in enhancing musical coordination skill among year 4 students in urban area. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 2(1), 54-65. Rafiza Abdul Razak. (2017). Strategi pembelajaran aktif secara kolaboratif atas talian dalam analisis novel Bahasa Melayu. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(3), 34-46 Reinhard, P., & Lisa, L. G. (2014). International handbook of emotions in education. New york and london: Routledge Taylor and Francis Group. Reney Pantun. (2017). Penggunaan teknik nyanyian dalam meningkatkan kefahaman murid tahun dua dalam topik pembundaran. Proceedings of the ICECRS, 1(1), 677-686. Siti Norhidayah Mohd Sufie & Roziah Sidik. (2017). What is medical music therapy in Islamic civilization? International Journal of Business and Social Science, 8(3). Zaharah Osman. (2016). Perkembangan emosi kanak-kanak menggunakan lagu Didi & Friends. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 5, 49-60. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |