UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kertas kerja ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang jelas secara teoretikal dalam disiplin seni catan tentang apresiasi seni ke atas karya Siri Dungun berunsurkan tradisional Melayu menerusi pemikiran etnomatematik. Fokus utama kajian adalah mengkaji faktor yang menyokong perhubungan antara aspek formalistik seni bagi menghuraikan konsep simetri yang wujud melalui keindahan reka bentuk corak dalam karya catan yang menampilkan imej-imej tradisional Melayu. Kajian ini melibatkan analisis pengkaryaan melalui pendekatan kualitatif dengan pelaksanaan inter-disiplin secara deskriptif. Penelitian ciri simetri dijalankan bagi mengklasifikasikan reka bentuk corak karya catan menerusi proses transformasi yang merangkumi empat asas pengulangan iaitu translasi, putaran, pantulan dan pantulan gelangsar. Proses ini membentuk satu struktur yang dikenali sebagai kumpulan simetri frieze. Pola frieze merupakan corak permukaan dua dimensi yang berulang pada satu arah. Pengumpulan data secara bertulis dan visual melalui kaedah dokumentasi, visual rakaman, dan pemerhatian bagi mendapatkan maklumat mengenai subjek, reka bentuk dan makna karya catan yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan karya siri dungun telah menerapkan elemen binaan tradisional Melayu yang menampilkan reka bentuk simetri. Pemetaan kerangka konsep yang digunakan dalam penyelidikan mendasari reka bentuk subjek dan makna estetika bagi mengklasifikasikan reka corak karya catan menggunakan proses transformasi simetri. Implikasi penyelidikan menunjukkan karya catan bukan sahaja boleh dilihat daripada sudut formalistik seni sahaja, malahan boleh diperlihatkan dari konteks etnomatematik menerusi penerapan ciri-ciri simetri dalam penghasilan karya. |
References |
Abd Rasid Ismail. (2014). Kesenian dan fabrik melayu: Alam sebagai motif kraf tangan fabric melayu tradisi. Shah Alam: Penerbit Universiti Teknologi Mara. Abdul Razak Salleh. (2009). Matematik dalam budaya melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Adnan Jusoh,Yunus Sauman & Zuliskandar Ramli. (2011). Gendang gangsa di Asia Tenggara:Tinjauan terhadap motif berunsur geometri. SARI: Jurnal alam dan tamadun melayu, 29 (2).pp. 21-44. ISSN 0127-2721. Alicia, S. & Jessica, M. (2006). Friezes Pattern. Minnesota State University Moorhead.P.3-5. Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris. (1996). Ukiran melayu.Petaling Jaya: Penerbit Pinang. Joseph Gallian. (1998). Contemporary abstract algebra.Boston: Houghton Mifflin,467. Mat Rofa Ismail,Rohani Tarmizi,Fauzi Ayub,Norbaizura Yusof & Sharifah Kartini. (2012). Seni warisan melayu: suatu manifestasi etnomatematik. Rampaian etnomatematik. Universiti Putra Malaysia: Institut Penyelidikan Matematik. Mat Rofa Ismail. (2004). Etnomatematik. Matematik merentas tamadun. Falsafah pengajian sejarah matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Sabrizaa Abd Rashid. (2009). Cadangan kaedah kod āsā bagi penamaan dan penentuan motif bunga ukiran melayu dalam proses inventori. Kertas kerja ini telah dibentangkan di persidangan antarabangsa kesenian 2009 - Seni Dekorasi : Pelestarian & Pembangunan, Anjuran Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.P.1-13. Mat Rofa Ismail & Kamel Ariffin Atan. (2010). Mathematics in the malay world prior to the arrival of western mathematics. International conference on mathematics education research (ICMER). P.729ā734. Nor Maizan Abdul Aziz, Rokiah Embong. (2016). Mathematical transformations and songket patterns.European Science publishing Ltd. Poh Kim Muay & Helmer Asklasen. (2002). Symmetry group in art and architecture frieze pattern on ming porcelain. NUROP Congress paper symmetry group in art and architecture. Singapore.P.1-4. Ruzaika Omar Basaree. (2016). Simbiosis: Keharmonian seni tradisional dan seni digital kontemporari. Balai Seni Visual Negara. Kuala Lumpur Ruzaika Omar Basaree. (2008). The frieze pattern in malay wood carving. Jurnal perintis pendidikan. Shah Alam: Universiti Teknologi, 43-47. Sheppard, M. (1980). Mekarnya seni pertukangan malaysia. Eastern Universiti Press Sdn.Bhd. Kuala Lumpur. Patterns. European Science publishing Ltd. Tarmizi Anuwar. (2013). Falsafah etnomatematik. Makalah dibentangkan di seminar ethnosains Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) Ke-2. Pusat Dialog Peradaban. Petaling Jaya: Universiti Malaya. P.1-4. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |