UPSI Digital Repository (UDRep)

Curatorslab : program kurator muda di Asia Tenggara

AVAILABLE Article 939 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Curatorslab : program kurator muda di Asia Tenggara
Type
Article
Main Author
Mohamad Faizuan Mat
Subject
JS Local government Municipal government
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2019
Degree Type
Others
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Makalah ini adalah satu semakan terhadap program CuratorsLAB yang pernah dijalankan pada 2015 sehingga 2017. Ianya dianjurkan oleh Goethe Institut Indonesia, Institut Teknologi Bandung dan Portikus Am Main, Frankfurt, Jerman yang menemukan kurator-kurator muda dari Asia Tenggara. Tujuannya adalah untuk mencari kesefahaman dan melihat permasalahan yang terdapat di Asia Tenggara. Kaedah pengumpulan data termasuk temuduga, pemerhatian dan penglibatan secara langsung selama dua tahun mengikut fasa-fasa tertentu bermula dari Fasa 1: Bandung, Fasa 2: Lawatan ke galeri-galeri di Jerman, Fasa 3: Ribut Akal di Bangkok, Thailand dan Fasa 4: Mutual Unknown- pameran kontemporari Asia Tenggara di Jakarta, Indonesia. Kepentingan program ini adalah ianya mendedahkan para kurator muda di Asia Tenggara tentang ilmu kuratorial, memahami budaya di setiap negara-negara yang mengambil bahagian dan akhirnya mengetahui apa permasalahan sebenar yang terdapat di Asia Tenggara. Persoalan yang terdapat pada Asia Tenggara ialah adakah kita di rantau ini benar-benar memahami atau mengetahui tentang satu sama lain. Oleh itu, hasil daripada CuratorsLAB ini tercetusnya pameran Mutual Unknown dan Mutual Learning bagi melihat dan membincangkan samada kita di rantau ini mempunyai matlamat yang sama untuk memajukan seni di rantau ini.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.