UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah terbukti sejak sekian lama dan tidak perlu diragui lagi. Makalah ini meneliti peranan dan kedudukan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan, pada ketika Malaysia melaksanakan dasar bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk mata pelajaran Sains dan Matematik. Kajian dijalankan secara kualitatif di dua buah sekolah menengah di negeri Melaka, melibatkan kaedah rakaman video dalam kelas, temu bual separa berstruktur dengan guru dan kumpulan pelajar terpilih, serta pemerhatian dalam kelas. Data dianalisis menggunakan perisian penganalisis kualitatif data Transana, melalui prosedur pengekodan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bahasa Melayu digunakan dalam majoriti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirakam, melibatkan interaksi formal dan tidak formal guru dan pelajar. Bahasa Inggeris pula, hanya digunakan dalam perbualan formal, apabila disertai oleh bahan-bahan sokongan seperti buku teks, video, dan nota di papan putih sahaja. Keterhadan penggunaan bahasa Inggeris menggambarkan bahawa bahasa tersebut tidak sesuai dijadikan bahasa pengantar dalam konteks pendidikan di sekolah di Malaysia. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu dilihat berwibawa dan berkebolehan untuk mengungkapkan ilmu sains dan matematik, sama ada secara formal mahupun tidak formal.
|
References |
Awang Sariyan. (2005). Membitarakan bahasa dan budaya Melayu dalam konteks peneguhan tamadun negara dalam Suara Pejuang Bahasa. Abdul Rahim Bakar dan Awang Sariyan (Ed.). Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia. Alis Puteh.(2006). Language and nation building: A study of the language medium policy in Malaysia. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre. Sopia Md Yassin, David Marsh, Ong Eng Tek, & Lai Ying Ying (2009). Learners’ perceptions towards the teaching of science through English in Malaysia: A quantitative analysis. International CLIL Research Journal, 1(2), 54-69. Zuraini Ramli. (2014). Teaching and Learning Mathematics and Science in a Second or Third Language. (Disertasi Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan). Deakin University, Australia. Zuraini Ramli. (2016). Kepelbagaian modaliti dalam pengajaran dan pembelajaran dwibahasa. Jurnal Pendeta, Jilid 7,156-169.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |