UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Terdapat beberapa kemahiran yang boleh dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti kemahiran menyoal, kemahiran menerang atau demonstrasi dari guru dan demonstrasi dari pelajar. Kemahiran menyoal merupakan soalan-soalan yang digunakan untuk mengetahui penguasaan pelajar terhadap pelajaran yang dipelajarinya dan kemahiran menyoal ini juga digunakan untuk melihat masalah yang dialami oleh pelajar dalam pelajaran. Menyoal tidak hanya tertumpu kepada soalan-soalan yang berfokus satu perkara sahaja akan tetapi boleh dijadikan soalan bercambah dan melalui kemahiran menyoal ini dapat meningkat kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Tanpa kemahiran menyoal, guru tidak akan mengetahui tahap pemahaman pelajar mengenai maklumat yang disampaikan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian tindakan ini menfokuskan kepada kemahiran menyoal dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan di dalam kelas makro pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran menyoal adalah penting bagi guru untuk melihat tahap penguasaan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan itu, kemahiran menyoal juga dapat mewujudkan komunikasi dua hala antara guru pelatih dengan pelajar dan menyebabkan proses pengajaran lebih berkesan.
|
References |
Chew Fong Peng & Zul Hazmi Hamad. (2018). Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu melalui teknik penyoalan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 8 Bil.(1): (1-12). Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria, Australia: Deakin University Press. Maznah Abd. Samad, Boon Pong Ying, Rafidah Ruhani, Lee Hah, Chuah Kim Hwa & Noriati Ab. Rashid (2006). Kursus diploma penguruan Malaysia. Ilmu pendidikan modul 3/3, unit 2/2 - Refleksi pasca praktikum dan penyelidikan tindakan. Kuala Lumpur:Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. (2017). Pelaksanaan amalan pengajaran guru pendidikan Islam sekolah menerusi kaedah penyoalan berdasarkan kemahiran berfikir aras tinggi. Jurnal Tinta Artikulasi Membina Ummah. Vol 3(1):(42 - 53). Roselan Baki. (2003). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publishing
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |