UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan pembelajaran “Flipped Classroom” terhadap
pencapaian akademik murid Tahun 5 dalam mata pelajaran Sejarah. Kajian ini juga bertujuan
untuk mengenal pasti tahap motivasi dan kepuasan belajar murid dalam pembelajaran Sejarah.
Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuasi eksperimen yang telah dijalankan di sebuah
sekolah dalam daerah Kuala Selangor. Seramai 210 orang murid Tahun 5 telah dipilih secara
rawak sebagai sampel kajian. Sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
kawalan seramai 105 orang murid dan kumpulan rawatan juga seramai 105 orang murid.
Instrumen kajian seperti ujian pra, ujian pos, serta soal selidik motivasi dan kepuasan belajar
telah digunakan dalam kajian ini. Ujian-t digunakan untuk menentukan perbezaan Min skor
antara pengajaran menggunakan “Flipped Classroom” dan Kaedah Konvensional. Dapatan
kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan {t(208)=30.8, p < 0.05} antara kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan. Pencapaian akademik kumpulan rawatan lebih tinggi
berbanding kumpulan kawalan. Dapatan kajian juga menunjukkan kumpulan rawatan telah
mencapai skor Min motivasi (M=4.2; SP=0.12) dan kepuasan (M=4.6, SP=0.1) yang tinggi.
Hasil kajian ini telah menunjukkan murid dalam kumpulan rawatan sangat komited dalam
semua aktiviti pembelajaran dan sentiasa seronok sepanjang pembelajaran Sejarah yang
dilaksanakan melalui kaedah “Flipped Classroom”. Implikasi kajian menunjukkan bahawa
penggunaan kaedah “Flipped Classroom” dapat memberi kesan yang positif terhadap
pencapaian akademik, motivasi dan kepuasan murid dalam pembelajaran dan pengajaran mata
pelajaran Sejarah. |
References |
11 Anjakan Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. (2012). Kuala Lumpur:
Abdullah Abdul Rahman. (2013). Sejarah Diajar di Sekolah Rendah. Negeri Sembilan: Utusan Online.
Abu Bakar. (2013). Kurikulum Ke Arah Penghasilan Kemahiran Berfikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif.
Ahamad Rahim, R. (2016). Persepsi Guru-Guru Terhadap Pelaksanaan Kurikulum Sejarah di Daerah Kuala Berang. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Pendidik Guru.
Anuar Ahmad, S. N. (2009). Tahap Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1)(2009), 53-66
Azlina Abdul Rahman, B. H. (2014). Flipped Classroom Dalam Konteks Malaysia. Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik.
Azwan Ahmad, A. M. (2005). Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 7 , 15-24.
Baker, W. (2000). The Classroom Flip Using Web Course Managment Tools Too Become The Guide By The SIde.
Chua, Y.P. (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan Buku 1 Kaedah Penyelidikan . Mc Graw Hill Education.
Davi Sinnasamy. (2017). Keberkesanan Penggunaan Perisian Pembelajaran Interaktif Berbanding Dengan Perisian Konvensional Terhadap Pencapaian Dan Motivasi di Kalangan Pelajar Berpencapaian Rendah. Tanjong Malim: UPSI
Habids Muhamad. (2010). Penggunaan ICT Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah.
Halimi. (2016, Mac 25). Apa itu Flipped Classroom. Retrieved Mac 13, 2017,
Johnson, G. B. (2013). Student Preceptions Of The Flipped Classroom Columbia. The University Of British Columbia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Darjah 4. Kuala Lumpur; Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Darjah 5. Kuala Lumpur; Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Darjah 6. Kuala Lumpur; Pusat Perkembangan Kurikulum
Khairuddin Ahmad. (2011). Keberkesanan Kaedah Peta Konsep Terhadap Pencapaian Sikap dan Kemahiran Memahami Kronologi dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Tesis Sarjana Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Knowles, M. (1980). The Modern Practice of Adult Education. Chicago: Follett.
Kotler, P. (1997). Marketing Managment Analys, Planning Implementation and Control. New Jersery: Prentice Hall Inc.
Mohamad Johdi Salleh, A. (2009). Transformasi Pengajaran Sejarah Berasaskan Multimedia. Fakulti Pendidian Universiti Kebangsaan Malaysia, 113-126.
Mohd Afiq. (2015, September 27). Pedagogi Abad ke 21 : Flipped Classroom. Retrieved April 23, 2017,
Mohd Mahzan Awang, A. M. (2014). Penggunaan Peta Minda oleh Pelajar Pintar Cerdas dalam Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidikan Malaysia 39(2), 95- 100.
Mohd Ramzan Awang, M. (2016). Persepsi Pelajar PISMP Matematik Semester Dua Terhadap Amalan Flipped Classroom Bagi Subjek EDUP3033 di IPGKSM. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Pendidik Guru .
Mohd Samsudin, S. (2012). Pendidikan Dan Pengajaran Mata Pelajaran Sejarah di Sekolah di Malaysia. Malaysian Journal of History, Politics And Strategy Vol 39(2), 116-141.
Muhammad Kholik. (2011, November 8). Metod Pembelajaran Konvensional. Retrieved April 1, 2017,
Muhammad Yusri YUsof. (2014, November 30). Flipped Classroom. Retrieved May 28, 2017,
Muhammad Yusri Yusof. (n.d.). Flipped Classroom. Retrieved April 1, 2017, from Catatan @ Guru Besar:
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.
Nurul Huda Ngasiman. (2008). Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Matematik.
Omardin Ashaari. (1999). Pembelajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2004). Bahan Intervensi Sejarah. Kuala Lumpur.
Roehl, A. S. (2013). The Flipped Classroom An Opportunity To Engage Millennial Students Through Active Learning Strategies . Texas Christian Jurnal Antarabangsa Vol 105 No 2.
Roslina Mohamed Usop. (2015). Penggunaan Perisian Pendidikan Pembelajaran Interaktif Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tanjong Malim: UPSI.
Rossafri Mohamad, W. (2007). Impak Bahan Multimedia ke atas Mata Pelajaran Berbentuk Naratif : Satu Kajian Terhadap Mata Pelajaran Sejarah. 1st International Malaysia Educational Technology Convention, 920-929.
Sang, M. S. (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Shimamoto, D. N. (2012). Implemting A Flipped Classroom An Instructional Module Department Technology.
Subadrah Nair, M. M. (2005). Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Dalam Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan Jilid 20, 21 - 41.
Surambi. (2011, March 12). Interaksi - Pedagogi. Retrieved March 21, 2017, from Ilham di Surambi: https://surambi.wordpress.com/2011/03/12/interaksi- pedagogi/ TaidinSuhaimin. (2015, Februari 11). Definisi, Pengertian, Makna, Maksud Motivasi. WahindahSuhari, W. (2015). Flipped Classroom Dalam Pengajaran Karangan. ML Seminar 2015.
ZaharaAziz, N. (2007). Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah kepada Para Pelajar. Jurnal Pendidikan 32, 119- 137.
ZaharaAziz, N. (2009). Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1), 3-15.
ZamriMahamaod, N. (2011). Persepsi Guru Tentang Penggunaan Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran Komponen Sastera Melayu . Gema Online Tm Journal Of Language Studies 11 (3), 163-177.
ZamzaniZainuddin, S. (2016). Flipped Classroom Research And Trends From Different Fields Of Study. International Review Of Research In Open And Distributed Learning Volume 17, Number 3.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |