UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kebolehgunaan draf modul PENDEMIK bagi
mata pelajaran Matematik Tambahan Tingkatan 4 bagi topik persamaan serentak,
penyelesaian segi tiga dan sukatan membulat. Pembangunan draf modul ini
melibatkan kaedah konstruktivisme untuk tajuk persamaan serentak, pembelajaran
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk tajuk penyelesaian
segi tiga dan pengajaran masteri untuk tajuk sukatan membulat. Penilaian
kebolehgunaan draf modul PENDEMIK melibatkan seramai 30 orang guru
matematik tambahan daripada sekolah harian biasa di Kedah dan Pulau Pinang telah
dipilih sebagai sampel kajian. Kesahan instrumen kajian diperoleh melalui semakan
tiga orang pakar yang mendapati instrumen adalah baik. Manakala nilai
kebolehpercayaan instrumen diperolehi melalui kajian rintis dengan nilai alfa
Cronbach sebanyak α = 0.681. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah
pembangunan modul di mana borang soal selidik digunakan untuk menilai
kebolehgunaan draf modul. Data kuantitatif dianalisa menggunakan analisis kesahan
dan statistik deskriptif yang terdapat dalam perisian Statistic Package For The Social
Science (SPSS). Kebolehgunaan draf modul PENDEMIK diukur dalam aspek
keberkesanan, kecekapan dan kepuasan. Dapatan kajian menunjukkan draf modul
PENDEMIK mempunyai nilai skor min keberkesanan (4.18), min kecekapan (4.21)
dan min kepuasan (4.08) yang tinggi untuk digunakan sebagai satu bahan pengajaran
dan pembelajaran. Kesimpulan kajian ini menunjukkan penggunaan modul
PENDEMIK ini diterima baik oleh guru berdasarkan nilai min yang diperolehi.
Implikasi kajian menunjukkan draf modul ini boleh digunakan oleh guru-guru
matematik tambahan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Matematik Tambahan Tingkatan 4 bagi topik persamaan serentak, penyelesaian
segi tiga dan sukatan membulat. |
References |
Abdul Razak Bin Idris & Nor Asmah Binti Salleh. (2011). Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Journal of Science and Mathematics Educational, volume 3 Sept 2011, Pages 134-149
Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidik, Jil.31 , 3-19
Arsaythamby Veloo & Shamsuddin Muhammad. (2011). Hubungan Sikap, Kebimbangan Dan Tabiat Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Tambahan. Universiti Sains Malaysia
Azizi Yahaya & Nurfaizah Abd. Majid. (2011). Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah Dan Gaya Pembelajaran Pelajar Sekolah Menengah. Journal of Educational Psychology and Counseling, volume 2 June 2011, Pages 78-112
Christopher Bowring-Carr, John West-Burnham. 2010. Belajar Secara Berkesan Di Sekolah. Terj. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Penyelidikan. Malaysia: Mc Graw Hill Education.
Elenchothy Darrajoo, Rohani Ahmad Tarmizi, Mokhtar Nawawi & Aminuddin Hassan. (2010). Enhancing Algebraic Conceptual Knowledge With Aid of Module Using Mastery Learning Approach. Penerbit Universiti Putra Malaysia
Ismail Sulaiman (2018). Pembinaan Dan Pengujian Kebolehgunaan Modul Pengajaran Berasaskan Peta Pemikiran Bagi Topik Nisbah, Kadar Dan Kadaran. Universiti Pendidikan Sultan Idris
Jamaludin Ahmad (2002). Kebolehpercayaan Modul Program Maju Diri (PMD) Jabatan Pendidikan Selangor. http://www.fp.utm.my/medc/journals/vol3/1
Kamarul Azmi Jasmi (2012). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Dalam Kajian Kualitatif. Universiti Teknologi Malaysia
Kamsani Md Saad (2012). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi Di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah. Universiti Utara Malaysia
Meor Ibrahim Kamaruddin & Assaadah Mohamad. (2011). Kajian Gaya
Mohammad Hasan Omar & Nurul Ezzati Azizi. (2012). Sumbangan Sikap Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Matematik: Sejauhmanakah Hubungan Ini Relevan? Journal of Science and Mathematics Education, volume 5 March 2012, Pages 11-18
Mohd Azli Bin Yeop. (2012). Kesan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek Berteraskan Teknologi Terhadap Pencapaian Dan Penerimaan Pelajar. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Najib Abdul Aziz & Nor Shafrin Ahmad. (2008). Kemahiran Belajar Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik: Kajian Di Daerah Kerian Perak. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan, Jil.23 , 29-47.
Mohini Mohamed & Esmawahida Multar. (2012). Modul Pembelajaran Geometri Berasaskan Web Bagi Pelajar Tingkatan 4 Dan 5 Menggunakan Geogebra. Journal of Science and Mathematics Education, volume 6 June 2012, Pages 62-76
Mizan Kamalina Binti Assin. (2013). Amalan Penggunaan Modul Pengajaran Berasaskan Modul Multimedia Interaktif (MMI) Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV). Universiti Tun Hussein Onn
Nor Aishah Buang & Yap Poh Moi. (2002). Kesediaan Guru-guru Perdagangan Di Wilayah Persekutuan Dari Aspek Pengetahuan Kaedah Pengajaran Dan Sikap Terhadap Pengajaran Subjek Pengajian Keusahawanan. Jurnal Teknologi, 37(5): 1-16.
Nor Azian Aini Mat, Muhammad Isa Harun & Norabiatul Adawiah. (2002). Kegagalan Penguasaan Konsep Matematik Di Kalangan Pelajar. Di Mana Silapnya? Satu Kajian Kes. Kertas Kerja dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris 2002. Tanjong Malim: Malaysia.
Noorazlin Azlan Hadi Tan (2012). Pembangunan Modul Akademik “Modul Basic Of Electric And Electronic – Capasitor” . Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Noor Erma Abu & Leong Kwan Eu (2002). Kebolehpercayaan Modul Program Maju Diri (PMD) Jabatan Pendidikan Selangor. http://www.fp.utm.my/medc/journals/vol3/1
Norlia Abd. Aziz, T. Subahan M. Meerah, Lilia Halim & Kamisah Osman. (2006). Hubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Tambahan Pelajar Tingkatan 4. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): 61-69 Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar UTM. Journal of Educational Psychology and Counseling, volume 2, Jun 2011, Pages 51-77
Nurul Ain Hamsari & Azizi Yahaya. (2012). Peranan Motivasi Pembelajaran, Gaya Keibubapaan Dan Sikap Dengan Pencapaian Akademik. Journal of Educational Psychology and Counseling, volume 5, March 2012, Pages 30- 57
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan Tingkatan 4. Kementerian Pendidikan Malaysia
Raja Sulaiman Raja Hassan. (2002). Memaujud Konsep Matematik. Kertas Kerja dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris 2002. Tanjong Malim: Malaysia. report/final-report.pdf
Robert F. Mager. 2010. Teknik Mendorong Pelajar Belajar. Terj. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak. (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar? Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 26, No. 1, 15–32, 2011
Roslina Radzali, T. Subahan Mohd Meerah & Effandi Zakaria. (2010). Hubungan antara Kepercayaan Matematik, Metakognisi dan Perwakilan Masalah dengan Kejayaan Penyelesaian Masalah Matematik. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): 1-7
Sabri Ahmad, Norlia Abd. Aziz & Effendi Zakaria. (2002). Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Murid. Kertas Kerja dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris 2002. Tanjong Malim: Malaysia.
Saemah Kiwal. (2013). Hubungan Di Antara Komitmen Dan Tahap Kepuasan Kerja Guru Dalam Meningkatkan Prestasi Pencapaian Akademik Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Kawasan Pendalaman Daerah Kota Marudu. Penerbit Universiti Malaysia Sabah.
Saheed Ahmad Rufai. (2010). Educational Excellence And Learner Diversity: Can the teacher achieve excellent in all students? Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): 71-76
Sarimah Ismail & Abreza Atan. (2011). Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah Dalam pengajaran Mata Pelajaran Teknikal dan Vokasional di Fakulti Pendidikan UTM. Journal of Educational Psychology and Counseling,volume 2: 113-144
Shaharuddin Md Salleh & Halimatun Saadiah Hell Mee. (2008). Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri Keelektromagnetan, Fizik Tingkatan Lima Berasaskan Pendekatan Konseptual Melalui Visual. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad. (2005). Pembinaan Modul, Bagaimana Membina Modul Latihan dan Modul Akademik. Terbitan : Universiti Utara Malaysia
Tee Tze Kiong, Jailani Md Yunos, Widad Othman, Baharom Mohammad, Yee Mei Heong & Mimi Mohaffyza Mohamad. (2011). Pembangunan Dan Penilaian Kualiti Modul Pembelajaran Kendiri Kemahiran Berfikir & Peta Minda Buzan. Seminar Pasca Ijazah Dalam Pendidikan, Brunei
Thulasimani Munohsamy. (2014). Integrasi Teknologi Maklumat Dan komunikasi Dalam Pendidikan. Journal IPA Bil.23
Yahaya, Azizi & Elanggovan. (2008). Kepentingan Kefahaman Konsep Dalam Matematik. Permasalahan Dalam Pendidikan Sains Dan Matematik. Penerbit Universiti Utara Malaysia
Yeo Kee Jiar. (2011). Hubungan Antara Minat, Galakan Ibu Bapa Dan Pengajaran Guru Dengan Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Yusrizal, Abdul Halim. (2009). Development & Validation of An Instrument To Access The Lecturers’ Performance In The Education and Teaching Duties. Jurnal Pendidik Malaysia, 34(2) : 33-47
Zaidatun. (2011). Hubungan Antara Persepsi Pelajar Terhadap Matematik Dengan Tahap Kemahiran Metakognitif Dalam Menyelesaikan Masalah Matematik. Universiti Teknologi Malaysia.
Zainal Abidin Zainudin & Afrinaleni Suardi. (2010). Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Zaleha Ismail & Norasliza Hassan. (2008). Pengetahuan Pedagogi Kandungan Dalam Pendidikan Guru. Isu pendidikan sains dan matematik ke arah meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, Universiti Teknologi Malaysia. Seminar Kebangsaan Sains Dan Matematik. Johor
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |