UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Artikel ini bertujuan untuk meneliti perbezaan kualiti hidup penduduk dalam daerah Muallim dari berdasarkan tiga petunjuk sosial yang berbeza iaitu segi jantina, etnik dan tahap pendidikan. Dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian, sejumlah 500 orang ketua isi rumah dari lima buah pusat petempatan kecil dalam daerah Muallim telah dipilih sebagai responden dengan menggunakan persampelan rawak bertujuan. Pemboleh ubah kualiti hidup penduduk yang dikaji adalah ekonomi, sosial dan alam sekitar. Analisis inferensi ujian-t digunakan bagi menganalisis sama ada terdapat perbezaan kualiti hidup dari segi jantina dan lokasi tempat tinggal penduduk manakala analisis ANOVA digunakan bagi menganalsis sama ada terdapat perbezaan kualiti hidup dari segi etnik dan tahap pendidikan tertinggi dalam setiap pemboleh ubah. Dapatan analisis ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan kualiti hidup yang signifikan antara jantina dari segi sosial dan alam sekitar manakala bagi lokasi pula terdapat perbezaan yang signifikan bagi ketiga-tiga pemboleh ubah kajian. Dapatan ANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan kualiti hidup bagi ketiga-tiga pemboleh ubah dari segi etnik dan tahap pendidikan tertinggi bagi ketiga-tiga pemboleh ubah kajian. Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa lokasi, etnik dan tahap pendidikan memberi peranan kepada kualiti hidup penduduk di Muallim namun tidak bagi jantina. Penemuan ini menunjukkan bahawa elemen jantina tidak memainkan peranan dalam mempengaruhi kualiti hidup penduduk di sesebuah kawasan. |
References |
Abdul Samad, H, Shaharudin, I dan Abdul Hadi (2004). Persekitaran Bandar Lestari untuk Kesejahteraan Komuniti. Malaysian Journal of Environmental Management. Vol. 5 (2004): 3 - 29 Ahmad Shukri, M. N. & Rosman, M.Y. (2003). Konsep, teori, dimensi & isu pembangunan. Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Fatimah, Y., Katiman, R. & Zikri, M. (2008). Bandar berdaya saing vis-a-vis pembangunan bandar Lestari: Satu wacana tentang pembangunan bandar di Malaysia. Jurnal Masyarakat dan Ruangan di Malaysia, 4(3) 85-98. Garau, C. & Pavan, V.M. (2018). Evaluating Urban Quality: Indicators and Assessment Tools for Smart Sustainable Cities. Sustainability 10, 575. Habibah, L. & Punitha, M. (2012). Amalan pengajaran pendidikan alam sekitar di Institut Pendidikan Guru, Kampus Pulau Pinang. GEOGRAFIA Malaysia Journal of Society and Space, 8(2), 1 – 6. Hasnah, A., Luqman, A., Sanep, A. & Noraziah, A. (2009). Keperluan, kepentingan dan sumbangan perancangan pendidikan dalam pembangunan ekonomi Malaysia. Jurnal e-Bangi, 4(1), 13-29. Johari, H. & Pusphavalli, R. (2010). Hubungan di antara konsep kendiri dan kualiti hidup di kalangan remaja akhir. Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Kartini, A. T. (2016). Konsep, dasar dan perlaksanaan Bandar Sejahtera dengan rujukan khas kepada Malaysia. GEOGRAFIA Malaysian Journal of Society and Space, 12(7), 26 – 33. Katiman Rostam (2002). Pengantar geografi bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasan dan Pustaka. Knox, P.L. & Mayer, H. (2009). Small town sustainability: Economic, sosial and environment innovation. Berlin: Birkhauser Verlag AG. Mohamad Shaharudin, S., Mohd Yusof, H., Azima, A. M., Rosniza, A., Novel, L. & Mohd Fuad, M.J. (2012). Isu keselamatan dalam kesejahteraan komuniti ‘kampung dalam bandar’ di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman. GEOGRAFIA Malaysia Journal of Society and Space, 8(8), 112 – 120. Mohd Yusof, H., Mohamad Shaharudin, S., Suraiya, I. & Abd. Hair, A. (2011). Hubungan kejiranan dalam membentuk kualiti hidup masyarakat ‘kampung bandar’: Kes Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Malaysia. GEOGRAFIA Malaysian Journal of Society and Space, 7(3), 36 – 44. Noralina. (2018). Ekologi keluarga dan kualiti hidup kanak-kanak miskin di Malaysia. (Tesis PhD). Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Nor-Ina, K., Norizan, M.N. & Ruslan, R. (2010). Jenayah dan perbandaran: Satu kajian di Daerah Timur Laut Pulau Pinang. Dalam: Yazid S, Fauziah CL, Mazdi M (eds) Isu-isu semasa alam sekitar manusia di Malaysia, ms 43-60. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak Darul Rizduan. Norizan, E., Nordin, A. R., & Mohd Ali, S. (2010). Kajian tinjauan (secara kuantitatif). Dlm Noraini, I. (ed.) Penyelidikan dalam Pendidikan, ms 196–214. Kuala Lumpur: McGraw-Hill. Nurasyikin, M. & Haryati, S. (2013). Tranformasi pembangunan luar bandar: Kesan ke atas kualiti hidup masyarakat. Johor Bahru: Universiti tun Hussein Onn. Rosmin, T. (2007). Pembangunan pusat perkhidmatan hierarki rendah: Kes Pusat Pertumbuhan Desa (PPD), di Negeri Kedah, Malaysia (Tesis PhD). Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tidak diterbitkan). Tiwi, K. (2006). Perkaitan antara pengetahuan dan sikap terhadap alam sekitar di kalangan guru pelatih Maktab Perguruan Batu Lintang. Jurnal Penyelidikan IPBL, 7, 61-77. Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. (2015). Rancangan Malaysia pertama hingga kesebelas. Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Diperoleh daripada http://epu.gov.my/ms/rmk/rancangan-malaysia-pertama. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (2011). Indeks Kualiti Hidup Malaysia 2011. Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Wan Maznah, W. H., Azahan, A. & Shamsuddin, M. (2016). Kualiti hidup dan tahap pendidikan isi rumah di pinggir bandar di Malaysia: Satu penerokaan isi rumah di Mukim Rawang II, Selangor. GEOGRAFIA Malaysian Journal of Society and Space, 12(9), 92 – 103. Wan Rozali, W. H. (2003). Kualiti hidup sosial dan proses perbandaran di Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. White, R. & Whitney, J. (1992). Cities and environment: an over- view. In Sustainable Cities: urbanization and the environment in international perspective (eds). Stren, R, White, R. & Whitney, D. ms 8-52. Westview, Boulder, CO. Yazid, S., Hanifah, M., Mohmadisa, H. & Nasir, N. (2015). Kelestarian pusat penempatan kecil Wilayah Lembah Bernam dari perspektif kesejahteraan penduduk. Geografi, 3(2), 28-36. Zaimah, R., Sarmila, M.S., Azima, A.M., Suhana, S., Mohd Yusof, H. & Lyndon, N. (2012). Kualiti hidup dan kesejahteraan belia: Kajian ke atas pekerja sektor awam Malaysia. GEOGRAFIA Malaysia Journal of Society and Space, 8(6), 150 – 156. Zaini, U. (2009). Minda lestari: Pembangunan negara dan pemuliharaan alam sekitar. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |