UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu yang perlu dikuasai oleh setiap murid di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu murid bukan penutur jati di Bintulu, Sarawak dengan memberikan fokus terhadap asas pembacaan Bahasa Melayu murid bukan penutur jati, tahap kefahaman membaca murid bukan penutur jati terhadap teks naratif dan strategi pengajaran yang dapat membantu murid bukan penutur jati untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Responden kajian terdiri daripada 10 orang murid bukan penutur jati di salah sebuah sekolah menengah luar bandar yang terletak di Bintulu, Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah kajian kes. Pengutipan data menerusi kajian lapangan dengan menggunakan teknik temu bual dan teknik pemerhatian digunakan untuk proses mengutip data. Dapatan kajian menunjukkan terdapat masalah dalam diri murid bukan penutur jati ini untuk menguasai kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu, misalnya salah membunyikan huruf-huruf tertentu, tidak memahami petikan naratif yang diberikan dan tidak mengetahui kepentingan kemahiran membaca Bahasa Melayu. Tujuh daripada sepuluh responden kurang menguasai asas bacaan dengan baik manakala dua daripada sepuluh responden tidak memahami petikan naratif yang diberikan. Selain itu, tiga daripada sepuluh responden menunjukkan mereka tidak pasti tentang kepentingan kemahiran membaca terhadap diri mereka. Pendekatan pengajaran berpusatkan murid merupakan satu kaedah yang dilihat dapat membantu meningkatkan potensi murid-murid bukan penutur jati yang mengalami masalah dalam kemahiran membaca. Implikasi kajian menunjukkan bahawa guru bukan sahaja perlu mengajar murid agar mereka dapat menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan dengan baik malah perlu mengajar murid berkaitan dengan kefahaman bacaan supaya mereka dapat memahami teks yang dibaca. |
References |
Abbas Pourhosein Gilakjani. (2016). How Can Students Improve Their Reading Comprehension Skill. Journal of Studies in Education, Vol. 6(2), 229-240. Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1-12. Chew Fong Peng. (2016). Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10-22. Ilangko Subramaniam, Noorulafiza Abdul Muthalib & Siti Nor Hamahida Zaina (2013). Penggunaan Bahasa Ibunda Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Peribumi Di Sekolah Pedalaman Sarawak. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol 2, m/s 65-74. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Khairul Nizam bin Mohamed Zuki. (2017). Penerimaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua Dalam Kalangan Murid Berbangsa Bajau. International Journal of Humanities and Social Science Invention, 2319-7722. Merriam, S. B., & Associates (2002). Qualitative research in practice: Examples for discussion and analysis. San Francisco, CA: Jossey-Bass. Mohd Hafiz bin Mohamad Tarmizi. (2016). Tahap Kefahaman Membaca antara Murid Pasca LINUS dan Murid Arus Perdana. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Morgan Anak Indam. (2015). Peranan Sekolah Mempengaruhi Kemahiran Membaca Murid-murid Iban Tahap 1 di Sekolah Pedalaman Daerah Kapit, Sarawak. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020. (2015). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Sii Kiong Ming. (2014). Tahap Pencapaian Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur dalam Kalangan Pelajar di Sebuah Sekolah Menengah di Bintulu, Sarawak , Master Dissertation. Tanjung Malim:Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tay Meng Guat & Wong Shia Ho. (2016). Minat Pelajar Bukan Penutur Natif terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Penyelidikan IPGK, 53-63. Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |