UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk meneroka perubahan dalam kurikulum Pendidikan Moral tahun 2000 dan pelaksanaannya pada tabun 2003 di sekolahsekolah menengah kebangsaan. Kajian ini juga mengkaji rnasalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan perubah an kurikulum. Perubahan dalam kurikulum Pendidikan Moral dianalisis berdasarkan fokus kurikulum, kandungan kurikulum yang disemak semula, pengajaran dan kaedah pembelajaran serta sistem pentaksiran. Kajian ini juga menganalisis perubahan kurikulum yang dilaksanakan mengikut model perubahan dan strategi yang digunakan dalam menyebarkan kurikulum ini. Data ini dikumpul melalui analisis dokumen dan temubual. Data yang dikumpulkan melalui kaedah temubual ini melibatkan tujuh guru Pendidikan Moral, enam ketua panitia Pendidikan Moral, seorang pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan seorang pegawai dari Pusat Perkembangan Kurikulum. Guru-guru dan Ketua-ketua Panitia adalah dari sekolahsekolah di daerah Kinta Utara. Temubual ini telah dianalisis secara kritis. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru mengetahui tentang perubahan kurikulum yang digubal, walau bagaimanapun, guru-guru menghadapi beberapa masalah dalam melaksanakan kurikulum. Masalah yang dihadapi adalah kekeliruan tentang nilai-nilai baru yang diperkenalkan, kekurangan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan yang tidak mencukupi tentang sistem pentaksiran. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |