UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB2361 Curriculum
Main Author :Kogindran Solumuthu
Title :Satu penilaian kritis tentang perubahan kurikulum Pendidikan Moral dan strategi pelaksanaannya
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2014
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk meneroka perubahan dalam kurikulum Pendidikan Moral tahun 2000 dan pelaksanaannya pada tabun 2003 di sekolahsekolah menengah kebangsaan. Kajian ini juga mengkaji rnasalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan perubah an kurikulum. Perubahan dalam kurikulum Pendidikan Moral dianalisis berdasarkan fokus kurikulum, kandungan kurikulum yang disemak semula, pengajaran dan kaedah pembelajaran serta sistem pentaksiran. Kajian ini juga menganalisis perubahan kurikulum yang dilaksanakan mengikut model perubahan dan strategi yang digunakan dalam menyebarkan kurikulum ini. Data ini dikumpul melalui analisis dokumen dan temubual. Data yang dikumpulkan melalui kaedah temubual ini melibatkan tujuh guru Pendidikan Moral, enam ketua panitia Pendidikan Moral, seorang pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan seorang pegawai dari Pusat Perkembangan Kurikulum. Guru-guru dan Ketua-ketua Panitia adalah dari sekolahsekolah di daerah Kinta Utara. Temubual ini telah dianalisis secara kritis. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru mengetahui tentang perubahan kurikulum yang digubal, walau bagaimanapun, guru-guru menghadapi beberapa masalah dalam melaksanakan kurikulum. Masalah yang dihadapi adalah kekeliruan tentang nilai-nilai baru yang diperkenalkan, kekurangan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan yang tidak mencukupi tentang sistem pentaksiran.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.