UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Dalam kajian reka bentuk dan pembangunan, analisis keperluan perlu dijalankan untuk memastikan modul pembelajaran bagi pengekalan pengetahuan konseptual dan prosedural yang akan dibangunkan dapat memenuhi keperluan sasaran kajian. Analisis keperluan telah dijalankan untuk mengenal pasti topik-topik Tingkatan 1 yang murid rasa sukar, sederhana sukar dan yang paling sukar dipelajari, mengkaji persepsi murid terhadap kesukaran yang mereka hadapi dalam pembelajaran matematik dan mengkaji persepsi murid terhadap ciri-ciri modul yang mereka hasratkan bagi mengekalkan pengetahuan konseptual dan prosedural topik Matematik Tingkatan 1 yang dipelajari. Responden kajian ini terdiri daripada 150 orang murid Tingkatan 1 dan 150 orang murid Tingkatan 2. Pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik. Hasil dapatan analisis statistik deskriptif menunjukkan topik Persamaan Linear sebagai topik paling sukar, Ungkapan Algebra sebagai topik sederhana sukar dan Ketaksamaan Linear sebagai topik sukar dipelajari dalam Matematik Tingkatan 1. Bagi kesukaran murid dalam pembelajaran Matematik pula, hasil analisis deskriptif mendapati murid menghadapi kesukaran dari segi penguasaan pengetahuan prosedural dan konseptual, mengingati dan mengingati semula. Selain itu, ciri-ciri modul yang murid hasratkan bagi mengekalkan pengetahuan konseptual dan prosedural topik Matematik Tingkatan 1 yang dipelajari menunjukkan tahap persetujuan responden berada di tahap Sangat Tinggi bagi kebanyakan ciri-ciri modul yang dicadangkan. Implikasi kajian ini dapat memberi maklumat kepada pengkaji perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa membangunkan sebuah modul pembelajaran bagi mengekalkan pengetahuan konseptual dan prosedural topik Matematik Tingkatan 1. |
References |
Ausubel, D. P. (1968). Educational psychology: A cognitive view. New York: Holt, Rineheart & Winston Inc. Baroody, A. J., Feil, Y., & Johnson, A. R. (2007). An alternative reconceptualization of procedural and conceptual knowledge. Journal for Research in Mathematics Education, 38(2), 115-131. Canzian, S., Nanni, J., McFarlan, A., Chalklin, K., Sorvari, A., Barratt, L., Blanchette, S. A., Li, Y. & Topolovec- Vranic, J. (2016). Application and evaluation of knowledge retention related to Advanced Trauma Care for Nurses (ATCN) Course content: a preliminary study. Journal of Trauma Nursing, 23(4), 202-209. Driscoll, M. P. (2000). Psychology of learning for instruction (2nd ed.). Needham Heights, MA: Allyn and Bacon. Gravemeijer, K., Stephan, M., Julie, C., Lin, F. L., & Ohtani, M. (2017). What mathematics education may prepare students for the society of the future? International Journal of Science and Mathematics Education, 15(1), 105-123. Haapasalo, L. & Kadijevich, D. (2000). Two types of mathematical knowledge and their relation. Journal für Mathematik-Didaktik, 21(2), 139-157. Hiebert, J., & Lefevre, P. (1986). Conceptual and procedural knowledge in mathematics: An introductory analysis. In J. Hiebert (Ed.), Conceptual and procedural knowledge: The case of mathematics (p. 1–27). New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates, Inc. Kannan, B., & Visuvarasam, A. (2017). Hubungan komitmen dan emosi dengan pencapaian akademik pelajar ambilan khas Januari 2012 di IPG kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 13, 96-116. Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610. Kwon, O. N., Rasmussen, C., & Allen, K. (2005). Students' retention of mathematical knowledge and skills in differential equations. School science and mathematics, 105(5), 227-239. Moidunny, K. (2009). The effectiveness of the National Professional Qualifications For Educational Leaders (NPQEL) (Tesis PhD yang tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor. Pallant, J. (2013). SPSS survival manual. New York: McGraw-Hill Education. Rittle-Johnson, B., Fyfe, E. R. & Loehr, A. M. (2016). Improving conceptual and procedural knowledge: The impact of instructional content within a mathematics lesson. British Journal of Educational Psychology, 86(4), 576-591. Rittle-Johnson, B. & Schneider, M. (2015). Developing conceptual and procedural knowledge of mathematics. In The Oxford handbook of numerical cognition (pp. 1118-1134). Oxford University Press. Sakilah, N. I., Rini, C. P., Magdalena, I., & Unaenah, E. (2018). Analysis of difficulties in mathematics learning in second grade of elementary school (case study in one of south Jakarta elementary schools). The 1st PGSD UST International Conference on Education (pp 97-102). PGSD Universitas Sarjanawiyata Tamansiswa. Sousa, D. A. (2016). How the brain learns. Thousand Oaks: Corwin Press. St Clair, S. W. (2004). Assessment of the long-term effects of technology use in the engineering classroom on learning and knowledge retention (Tesis PhD yang tidak diterbitkan). Georgia Institute of Technology. Tan, K. M. (2018). Creating a Modified Monopoly game for promoting students’ higher-order thinking skills and knowledge retention (Tesis PhD yang tidak diterbitkan). University of Otago. Teng, K. W., Mohd Tajudin, N., & Masri, R. (2017). Pembinaan item dalam bidang perkaitan bagi mata pelajaran Matematik tingkatan empat berdasarkan model taksonomi pemprosesan maklumat. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia (JPSMM UPSI), 7(2), 1-18. Wawan, W., Talib, A., & Djam’an, N. (2019). Analisis pemahaman konseptual dan prosedural siswa dalam menyelesaikan soal Matematika berdasarkan gaya belajar. Issues in Mathematics Education (IMED), 1(2), 101-106. Zainal, T. Z. T. (2005). Pengetahuan pedagogi isi kandungan bagi tajuk pecahan di kalangan guru matematik sekolah rendah (Tidak diterbitkan Tesis PhD). Universiti Kebangsaan Malaysia. Zakaria, E. (2007). Trend pengajaran dan pembelajaran matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |