UPSI Digital Repository (UDRep)

Begendang Sarawak: kajian rekonstruksi kreatif dalam aspek bertandak

AVAILABLE Thesis 3933 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Begendang Sarawak: kajian rekonstruksi kreatif dalam aspek bertandak
Type
Thesis
Main Author
Nurulakmal Abdul Wahid
Subject
M Music
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tesis ini mengkaji seni persembahan tradisi Begendang Sarawak. Persembahan gendang Sarawak merupakan persembahan tradisi rakyat khususnya bagi masyarakat Melayu di Sarawak. Kajian ini meneliti proses perubahan yang berlaku antara persembahan begendang tradisi dengan yang baharu. Proses perubahan yang berlaku melalui kajian ini menunjukkan persembahan ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dalam konstruk struktumya. Persembahan tradisi telah diamalkan sejak sebelum zaman British di kampung-kampung di Sarawak sebagai hiburan untuk memeriahkan keraian majlis-majlis terutamanya majlis perkahwinan. Hakikatnya persembahan tradisi ini perlu digerakkan oleh generasi muda sebagai menggantikan aktivis budaya yang telah tua dan tidak upaya untuk bergerak aktif lagi. Tesis ini mengkaji proses perubahan yang berlaku dalam konstruk struktur persembahan secara perbandingan antara kumpulan Indera Samudera Kenyalang di Kampung Tabuan Hilir, Kuching dengan Kampung Budaya Sarawak, (sebuah muzium budaya) di Santubong. Pendekatan rekonstruksi menjadi panduan kajian dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang diaplikasikan berbentuk kualitatif melalui teknik kajian etnografi secara temu bual dan pemerhatian ikut serta melalui kajian lapangan. Dapat dirumuskan daripada tesis ini bahawa persembahan tradisi mengalami perubahan secara berterusan untuk berkembang dan bertahan dalam masyarakat. Hakikatnya persembahan di Kampung Budaya Sarawak bahkan melalui proses rekonstruksi yang lebih nyata dan setelah di struktur semula, persembahan yang baharu itu menjadi repertoir utama persembahan

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.