UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian berkaitan Covid-19 merupakan kajian yang baharu dan mula dikaji oleh para penyelidik pelbagai bidang di seluruh dunia bermula pada tahun 2020. Sehubungan itu, bidang sosiologi yang merangkumi aspek kemasyarakatan menjadi wadah kajian dalam penulisan ini. Kaedah kualitatif dimanfaatkan untuk membincangkan dan menganalisis isu penularan wabak pandemik Covid-19 dalam lingkungan sosiologi masyarakat Malaysia bersandarkan Teori Interaksionisme oleh George Herbert Mead (1939) yang mementingkan proses interaksi sosial manusia. Teori ini telah mengenal pasti dua bentuk atau tahap interaksi sosial iaitu, interaksi tidak simbolik dan interaksi simbolik. Interaksi tidak simbolik ialah interaksi manusia yang bertindak secara langsung terhadap gerak isyarat atau tindakan orang lain, manakala interaksi simbolik ialah manusia mentafsir setiap gerak isyarat dan bertindak berasaskan hasil makna tafsiran tersebut. Sehubungan itu, kajian ini adalah untuk menganalisis perangkaan data kes Covid-19 dan membincangkan kes Covid-19 dari sudut interaksi sosial dalam sosiologi masyarakat Malaysia mengikut PKP Fasa 1 hingga PKP Fasa 3 berasaskan Teori Interaksionisme. Hasil analisis melalui data kes yang diperoleh melalui aplikasi Telegram, Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang PKP Fasa 1 hingga PKP Fasa 3 menunjukkan tingkah laku sosial masyarakat Malaysia mempengaruhi kadar kes Covid-19 di Malaysia. Kejayaan melawan Covid-19 dalam masyarakat Malaysia mula dapat dilihat pada PKP Fasa 3 yang menunjukkan kadar positif iaitu dapat dilihat melalui keluk graf yang baik hasil penurunan kes Covid-19. Hasil dapatan ini jelas menunjukkan penurunan kadar kes Covid- 19 di Malaysia dipengaruhi oleh tingkah laku sosial masyarakat Malaysia terhadap pematuhan sepanjang PKP ini dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.
|
References |
Abramson, Harold J. (1994). Assimilation and Pluralism. In Stephan. Thernstorn. Harvard encyclopedia of American ethnic groups. (p.150-160) Cambridge: Belknap Press of Harvard University Press. Achmad Taofik (2015). Studi Deskriptif Pemaknaan Wanita Pedagang Asongan Di Pasar Hewan Desa Banjarjo Padangan Bojonegoro, Jurnal Uniair Universitas Airlangga 3(2). Adnan, R.A., Ramli, M.F., Othman, H.F., Asha'ri, Z.H., Syed Ismail, S.N., Samsudin, S. (2018) Environmental and Sociology Factors Associated with Dengue Cases in Kuala Lumpur, Malaysia. Preprints 2018, 2018100212 (doi: 10.20944/preprints201810.0212.v1). Amir Hasan Dawi. (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim: Quantum Books. Coser & Rosenberg. (1976). Sociological Theory: A Book of Readings. Edition: 4th Edition. Er, A. C., & Abdullah, W. (2017). Menangani wabak Denggi di Malaysia: Satu tinjauan kaedah rawatan dan pencegahan. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 12(9). Eril (13 March 2020). Pengertian Big Data dan Seberapa Pentingnya Saat Ini. Diakses pada 30 April 2020. Khamis. Jam 2.30 petang. https://qwords.com/blog/big-data-adalah/ Fauzi Suhaimi (12 Mac 2020. Fahami perbezaan epidemik, endemic dan pandemik. Diakses pada 17 April 2020. Jumaat. Jam 12.10 pagi. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/fahami-perbezaanepidemik-endemik-dan-pandemik-233401 Fornace, K. M., Brock, P. M., Abidin, T. R., Grignard, L., Herman, L. S., Chua, T. H., & Grigg, M. J. (2019). Environmental risk factors and exposure to the zoonotic malaria parasite Plasmodium knowlesi across northern Sabah, Malaysia: a population-based cross-sectional survey. The Lancet Planetary Health, 3(4), e179-e186. Grady Nagara (28 Feb 2020) Memahami Manusia dari "Big Data" – detikNews. Diakses pada 30 April 2020. Khamis. Jam 2.00 petang. https://news.detik.com/kolom/d-4918395/memahami-manusia-dari-bigdata. "WHO Director-General's opening remarks at the media briefing on COVID-19 – 11 March 2020". Dicapai pada 11 March 2020. https://www.who.int/dg/speeches/detail/who-director-general-s-openingremarks-at-the-media-briefing-on-covid-19---11-march-2020 Gidden (1993). New Rules of Sociological Method: A Positive Critique of Interpretative Sociologies: Second Edition. Polity Press 65 Bridge Street, Cambridge CB2 IUR,UK. Hassan, S. H. (2015). Effects of Religious Behavior on Health-Related Lifestyles of Muslims in Malaysia. Journal of religion and health, 54(4), 1238-1248. https://doi.org/10.1007/s10943-014-9861-z. Jessica dan Abdul Hamid (2019, April). Asimilasi Budaya Melayu dalam Masyarakat Malabari Muslim di Malaysia. Paper presented E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. E-ISBN 978-967-2122-71-5 Mead, G.H. (1934). Mind, Self and Society, Chicago: University of Chicago. Md. Idris, M. R. (2019). Teori Falsafah Bahasa Asas Kesempurnaan Berbahasa. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 2, 21-33. Muda, M. (2019). Pandangan pesakit wanita HIV terhadap kematian (The perception of HIV women patients on death). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 15(4). Najeemah Mohd Yusof (2004). Implikasi Sosiologi Pemikiran George Herbert Mead. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 19,139-157. Ritzer (1992). Modern Sociological Theory. McGraw-Hill College. Ting Chew Peh (1979). Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Vander Zanden, James W (James Wilfrid) (1990). Sociology: The Core. Publisher: New York: McGrow-Hill. Edition: 2nd ed. Zakri (Oktober 2014). Apa Itu Big Data. Diakses pada 18 April 2020. Jam 11.15 pagi. Zhulkarnain Abdul Rahim (2020) KOMENTAR: Cabaran virus korona COVID-19; banyak juga peluang kukuhkan perpaduan https://berita.mediacorp.sg/mobilem/commentary/komentar-cabaran-viruskorona- covid-19-banyak-juga-peluang/4401810.html. Diakses pada 19 Mei 2020. Jam 10.30 pagi.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |