UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Jurai kesusasteraan tanah air tidak terlepas daripada melalui proses pengembangan yang panjang. Teks sastera sejarah seperti Sejarah Melayu lahir dalam memerihalkan kehidupan serta kebudayaan masyarakat di samping mendokumentasikan peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku pada masa lampau. Marcapada, novel berunsur sejarah pula lahir dalam memerihalkan peristiwa sejarah dari perspektif pengarang pada zaman semasa. Makalah ini menumpukan penelitian terhadap hubungan antara peristiwa yang terkandung dalam hipoteks sejarah sebagai pembinaan naratif dalam penulisan novel. Novel berunsur sejarah Tun Tuah karya Affifuddin Omar dan naskhah Sejarah Melayu edisi Shellabear dibataskan sebagai teks kajian bagi memperkhususkan penelitian dan memberi fokus pada objektif penelitian yang hendak dicapai. Penelitian ini bersifat pendekatan kualitatif yang memerlukan pembacaan rapi terhadap kedua-dua buah naskhah yang terlibat sebelum menjalankan analisis kandungan dan dihuraikan secara deskriptif. Tuntasnya, sebagai sebuah novel berunsur sejarah, novel Tun Tuah menyerap peristiwa-peristiwa yang pernah dikisahkan dalam naskhah hipoteks sejarah, iaitu Sejarah Melayu, namun dengan sentuhan baharu oleh pengarang. Pengarang menjadikan teks Sejarah Melayu sebagai sumber pembinaan naratif dalam novel Tun Tuah. Penelitian terhadap novel Tun Tuah menemukan kecenderungan Affifuddin Omar sebagai pengarang dalam menggembleng teks Sejarah Melayu sebagai strategi kepengarangannya.
|
References |
A. Rahim Abdullah. (2008). Novelis Nusantara: Idealogi dan pemikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Napiah. (2003). Membina keunggulan tradisi sastera. Singapura: Pustaka Nasional. Affifuddin Omar. (2016). Tun Tuah. Kuala Lumpur: Afif Books Sdn. Bhd. Auni Ismail, Zairul Anuar Md. Dawan & Sim Chee Cheang. (2017). Subteks dan kejayaan naratif filem: Analisis filem The Journey (2014). Gendang Alam, 7, 115-136. Azhar Ibrahim. (2017). Kemanusiaan sastera. Kuala Lumpur: Pustaka Obscura. Boulton, M. (1975). The anatomy of the novel. London and Boston: Routledge & Kegan Paul. Fatimah Muhd Shukri & Nur Afifah Vanitha Abdullah. (2016). Ruang, masa dan sebab akibat dalam naratiffilem animasi Geng Pengembaraan Bermula. Jurnal Melayu, 15(2), 237-249. Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail & Mastura Mohamed Berawi. (2014). Sejarah perkembangan BahasaMelayu, perkamusan & terjemahan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |