UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :PN Literature (General)
Main Author :Rosmah Derak
Title :Pemikiran dalam novel-Drama Bila Tuhan Berbicara karya Faisal Tehrani
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2020
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Novel-drama Bila Tuhan Berbicara (BTB) karya Faisal Tehrani telah diterbitkan oleh Al-Ameen Serve Holdings pada tahun 2007. Novel ini sangat unik kerana menggabungkan dua genre iaitu novel dan drama yang dikenali sebagai novel-drama. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek pemikiran yang terdapat dalam novel-drama ini. Kaedah analisis kandungan dan kajian kepustakaan digunakan untuk mencapai objektif kajian. Justeru, pembacaan rapi atau pembacaan secara mendalam digunakan untuk mengesan pemikiran dan seterusnya menganalisis pemikiran yang terdapat di dalam novel-drama BTB. Hasil kajian mendapati, Faisal Tehrani telah menonjolkan pemikiran yang berkaitan dengan pementasan drama atau teater Islam, pemikiran keagamaan, pemikiran tentang kepentingan ilmu pengetahuan, pemikiran tentang ilmu perubatan serta pemikiran yang berkaitan dengan politik. Berdasarkan kepada pemikiran ini menunjukkan bahawa novel-drama ini membawa wacana penting terutama yang berkaitan dengan penghasilan teater dan drama Islam. Pementasan drama dan teater Islam wajar meletakkan ajaran Islam sebagai paksi utama untuk memberi pengajaran kepada penonton. Oleh itu, novel-drama ini wajar dibaca oleh penggiat drama dan teater Islam sebagai panduan untuk menghasilkan drama dan teater berunsur Islam. Hal ini kerana pementasan Islam boleh digunakan sebagai medium dakwah dan tarbiah kepada penonton selain memberi hiburan.  

References

Arba’ie Sujud, Liliy Salwani Razali & Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi. (2011). Fenomena sosial dalam cerita rakyat kanak-Kanak. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 2, 138-151.

A. Rahim Abdullah. (1995). Pemikiran sasterawan nusantara: Suatu kajian perbandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Faisal Tehrani. (2007). Bila Tuhan Berbicara. Kuala Lumpur: Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.

Fauzi Hasan, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali & Madiawati Mamat @ Mustaffa. (2019). Pemikiran Faisal Tehrani berdasarkan novel-novel pilihan. Jurnal Melayu Sedunia, 2, (1), 193-233.

Maimunah Hj. Omar. (1992). Panduan menganalisa aspek-aspek di dalam cereka: Penganalisisan novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur karya Keris Mas. Shah Alam: Institut Teknologi MARA.

Marzalina Mansor, Nor Hafidah Ibrahim & Hasmawati Hassan. (2016, Oktober). Pemikiran dalam novel Sebalik Yamashita dan Percivel. Dibentangkan di International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA di Universiti Utara Malaysia.

Masrizayu Mustafa. (2006). Pemikiran dalam novel-novel Khadijah Hashim. Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia.

Noordin Hassan. (1983). Teater fitrah. Dewan Sastera, September, 3-6.

Noraini Ibrahim & Ani Omar. (2017). Analisis pengarang dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Bin Talib. Sains Humanika, 9 (3), 17-35.

Siti Khariah Mohd Zubir & Norol Nizam Sarkawi (2011). Pemikiran pengarang dalam novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abdul Rashid. Jurnal MANU, 17, 147-169.

Siti Khariah Mohd Zubir & Mohd Izwan Mohd Ali. (2012). Pemikiran pengarang dalam novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid bin Hamzah. Singapore International Journal of Language and Literature (SIJLL), 2, 118-136.

Siti Khariah Mohd Zubir & Nur Aisyah Abdullah. (2014). Pemikiran Khadijah Hashim dalam novel Badai Semalam dan Laila Azwa Gadisku untuk membangunkan sahsiah belia. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 5, 145-174.

Zabidin Hj. Ismail. (2010). Pemikiran Politik Dalam Novel Ahmad Boestamam. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan. (2011). Bahasa dan pemikiran dalam Peribahasa Melayu. Gema onlineTM Journal of Language Studies, 11 (3), 31-51.

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.