UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Sistem penerbitan moden yang menyediakan perkhidmatan indeks makalah penyelidikan dalam pangkalan data Scopus pada dasarnya memberi cabaran besar kepada perkembangan bahasa Melayu. Dengan adanya sistem ini, penerbitan jurnal yang diindeks Scopus semakin didominasi oleh makalah berbahasa Inggeris. Kajian bibliometrik ini dijalankan untuk menganalisis pola penerbitan makalah berbahasa Melayu dalam Scopus bagi tempoh lima tahun, (2013-2018) dan mengenal pasti potensi penerbitan makalah berbahasa Melayu dalam Scopus melalui jumlah petikan sitasi dan H-Indeks. Data dimuat turun daripada pangkalan data indeks Scopus menggunakan carian bahasa (Malay Language). Kajian bibliometrik ini menggunakan keputusan analisis yang dipaparkan dalam laman sesawang Scopus. Dapatan memperlihatkan dalam tempoh lima tahun, penerbitan makalah berbahasa Melayu dalam jurnal yang diindeks Scopus menunjukkan peningkatan dari aspek bilangan penerbitan, iaitu 803 makalah berbanding jumlah keseluruhan makalah, iaitu 1063 makalah. Manakala analisis prestasi IPT di Malaysia memperlihatkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan antara IPT yang terlibat aktif dalam usaha menggalakkan penerbitan makalah berbahasa Melayu, iaitu sebanyak 503 makalah telah diterbitkan dan diindeks Scopus berbanding dengan IPT lain di negara ini. Selain itu, kajian ini juga membuktikan bahawa penerbitan makalah berbahasa Melayu dalam Scopus mencakupi semua disiplin ilmu dan tidak terhad kepada bidang sains sosial semata-mata tetapi merentasi juga bidang sains dan teknologi. Analisis prestasi penerbitan juga menunjukkan potensi penerbitan makalah berbahasa Melayu yang memberangsangkan melalui peningkatan jumlah petikan sitasi dan H-Indeks dalam tempoh lima tahun tersebut. Kajian ini diharap dapat memberikan gambaran sebenar tentang penerbitan makalah berbahasa Melayu dalam Scopus dan dapat membina kesedaran dari pihak penerbit dan penulis untuk meningkatkan penerbitan makalah berbahasa Melayu agar bahasa Melayu dapat berada di persada antarabangsa setanding dengan penerbitan dalam lain-lain bahasa terutamanya bahasa Inggeris. |
References |
Abu Bakar Maidin, Shahruddin Shafri, & Shamsudin Ibrahim. (2009). Perkembangan dan kemajuan penerbitan jurnal Malaysia: Strategi ke persada antarabangsa. Dlm. Prosiding Persidangan Kebangsaan Penerbitan Ilmiah, Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific. (tidak diterbitkan). Yusof, A. (2011). Perluasan Makna Perkataan Bahasa Melayu Berasaskan Korpus Digital. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 2, 47-70. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1087 Altbach, P. G. (2012). The globalization of college and university rankings. Change: The Magazine of Higher Learning, 44(1), 26–31. doi: 10.1080/00091383.2012.636001 Bastedo, M. N., & Bowman, N. A. (2011). College rankings as an interorganizational dependency: Establishing the foundation for strategic and institutional accounts. Research in Higher Education, 52(1), 3–23. doi:10.1007/s11162-010-9185-0 Bontis, N., & Serenko, A. (2009). A follow-up ranking of academic journals. Journal of Knowledge Management. 13(1), 16-26. doi: 10.1108 /136732 709 109 31134 Coe, R., & Weinstock, I. (1984). Evaluating the management journals: A second look. Academy of Management Journal, 27(3), 660-666. Extejt, M., & Smith, J. E. (1990). The behavioral sciences and management: An evaluation of relevant journals. Journal of Management, 16, 539-551. Fraenkel, N. E., & Wallen, J. R. (2006). How to design & evaluate research in education (6th ed.). New York: McGraw-Hill Companies Inc. Harter, S. P. (1996). The impact of electronic journals on scholarly communication: A citation analysis. The Public-Access Computer System Review, 7(5). Hazelkorn, E. (2014). Reflections on a decade of global rankings: What we've learned and outstanding issues. European Journal of Education, 49(1), 12–28. doi: 10.1111/ejed.12059 Hertzel, D.H. (2003), “Bibliometrics history” dalam Drake, Miriam A. (ed) Encyclopaedia of Library and Information Science, 1, New York : Marcel Dekker, 2003, h. 288-328. Hou, Y., & Jacob, W. J. (2017). What contributes more to the ranking of higher education institutions? A comparison of three world university rankings. The International Education Journal: Comparative Perspectives, 16(4), 29-46. Dicapai daripada https://openjournals.library.sydney.edu.au/index.php/IEJ Huang, M. H. (2011). A comparison of three major academic rankings for world universities: From a research evaluation perspective. Journal of Library and Information Studies, 9(1),1-25. Khadher Ahmad, Mohd Yakub@ Zulkifli Mohd Yusoff, Monika@Munirah Abd Razzak, Mohd Asmadi Yakob, Nurulwhidah Fauzi, Khalijah Awang, Rozana Othman, Mohd Farha Md. Ariffin. (2016). Kajian bibliometric terhadap bahan penerbitan penyelidikan berkaitam delima: Ke arah penyelidikan terkini dalam bidang pengajian Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. 12 (Julai) ms 1-31. Koh, A. P. (2014). UMExpert dan pengurusan penerbitan. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Keusahawanan: Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti. Dicapai daripada http://www.cais.unimas.my /media/media/pkma/Seminar /Seminar2014/S2P4.pdf Mazmin Mat Akhir, & Md Nizam Azid. (2010). Penerbitan berimpak: Pencapaian & strategi. Perlis: Universiti Malaysia Perlis. Md Sidin Ahmad Ishak. (1997). Penerbitan jurnal ilmiah di Malaysia. Dlm Md Sidin Ahmad Ishak (Ed.) Prosiding MAPIM 1: Penerbitan jurnal ilmiah di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Mohd. Zubir, S. K. (2011). Bahasa Melayu dan Sastera Mempunyai Hubungan Simbiosis dalam Membina Jati Diri Generasi Moden. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 2, 86-98. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1108 Monther, M. Elaish, Nor Liyana Mohd Shuib , Norjihan Abdul Ghani, Ghulam Mujtaba Shaikh, Nader Ale Ebrahim. (2019) A bibliometric analysis of m-learning from topic inception to 2015. International Journal of Mobile Learning and Organisation, 13 (1). pp. 91-112. https://doi.org/10.1504/IJMLO.2019.096470 Nisonger, T. E. (2004). Citation autobiography: An investigation of ISI database coverage in determining author citedness, College and Research Libraries, 65(2), 152-63. Norazian Sharuddin, Md. Razib Karno & Yahya Buntat (2016). Analisa penerbitan ilmiah malaysia dalam bidang pengajian islam yang diindeks di scopus dari tahun 2010 – 2015 Regional Islamic Libraries Seminar 2016 (RELieS) Pitchard, A., “Statistical bibliography or bibliometrics?” dalam Journal of Documentation, Vol. 25(4), 1969, h.348-349. Roosfa Hashim, & Salmah Zainal Abidin. (2009). Strategi peningkatan mutu jurnal Universiti Kebangsaan Malaysia ke arah memantapkan kedudukannya dalam SCOPUS. Dlm Prosiding Pengantarabangsaan Penerbitan Ilmiah Malaysia, 18-19 April, Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur. Roosfa Hashim. (2010). Pembangunan jurnal ilmiah Malaysia, 1847-2007. (Disertasi doktor falsafah yang tidak diterbitkan). Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Rosiah Hamzah. (2011). Trend penerbitan penyelidikan dalam Journal of Tropical Agricultural and Food Science. Economic and Technology Management Review, 6, 93-104. Selina Khoo, Chunxiao Li,& Payam Ansari (2018). The top 50 most cited publications in disability sport: A bibliometric analysis. Perceptual and Motor Skills, 125 (3), https://doi.org/10.1177/0031512518760350 Sharplin, A. D., & Mabry, R. H. (1985). The relative importance of journal used in management research: An alternative ranking. Human Relations, 38, 139-148. Sowter, B. (2007). THES-QS world university rankings: Symposium on international trends in university rankings and classifications. Griffith University, Brisbane. Dicapai daripada http://www.giffth.edu.au/conference/university-ranking/ Stahl, M. J., Leap, T. L., & Wei, Z. (1988). The publication in leading management journals as a measure of institutional research productivity. Academy of Management Journal. 31, 707-720. Sulistyo Basuki, Bibliometrics, Scientometrics dan Informetrics. Kumpulan Makalah Kursus Bibliometrik. Depok: Pusat Studi Jepang, 2002, h.13-15. Tiew, W. S. (1998). History of Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS) 1878- 1997: An overview. Malaysian Journal of Library & Information Science, 3(1), 43-60. Tiew, W. S. (1999). Some scholarly English periodicals in pre-independent Malaysia: An historical overview. Malaysian Journal of Library & Information Science, 4(1), 27-40. Yeong, J. C., & Tan, B. (2009). James Richardson Logan. Dicapai daripada http://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_1146_2009-10-27.html Zainab Awang Ngah. (2008). Internationalization of Malaysian journals. Kertas kerja dibentangkan dalam Workshop on Managing Scholarly Journal, Langkawi.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |