UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan mendeskripsi peranan dua ikon dalam menentukan hala tuju kehidupan Arena Wati dalam teks memoir berjudul `Enda Gulingku` (1991). Analisis ini adalah sebuah kajian kepustakaan. Data dari sumber utama dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dan dideskripsikan menggunakan kaedah analisis deskriptif bersandar kepada konsep tanda ikon dalam teori Semiotik Charles Sander Pierce. Dua ikon yang dikenal pasti dalam kajian ini ialah Abd Biang (ayah kepada Arena Wati) dan Halimah (isteri kepada Arena Wati). Hasil analisis dapat menunjukkan bahawa peranan dua ikon ini mempengaruhi dan membentuk sikap dan haluan kehidupan Arena Wati selama 61 tahun. Pengaruh hubungan kekeluargaan dan keyakinan diri adalah dua unsur ikonik atau kemiripan yang kuat mempengaruhipembentukan sikap dan hala tujuan kehidupan Arena Wati. Analisis ini merumuskan, dua orang watak inidapat dikatakan sebagai tanda ikonik yang dirujuk langsung pada fizikal diri dan keperibadian Arena Watisesuai dengan makna dan peranan kemudi dalam teks `Enda Gulingku`.
|
References |
Abdul Aziz, S. (2014). Dashyatnya Kesusasteraan Memerihalkan Kehidupan, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Abdul Aziz, S. (2014). Teori dan Kritikan Sastera, (Edisi Kedua) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Aziz, S. (2017). Novel dan Puisi dalam Kritikan Sastera. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia Ali, A. H. (2019). Proses Kreatif A. Samad Said dalam Penghasilan Karya Kreatif. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 3, 155 - 180. Retrieved from http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1121 Ali, A. H. (2011). 'Proses Kreativiti A.Samad Said Berasaskan Teori Teksdealisme Jurnal Melayu. UKM. (6) 2011, 153-168 Ali, A. H. (2011). Konsep Keindahan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 2, 99-117. Retrieved from http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1109 Ali, A. H.(2018). Inti Sari Teori Sastera Barat dan Malaysia. Shah Alam: NHA Excell Resources Crystal, D. (2008). A dictionary of linguistics and phonetics. (Sixth edition). United Kingdom: Blackwell. Din, G., & Ali, A. (2020). Naluri Kemasyarakatan Mengangkat Keunggulan Kpengarangan Muhammad Hj Salleh Terhadap Pembangunan Minda Bangsa Melayu. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu,8(1), 26 - 41. Retrieved from http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/5 Eagelton, T. (1986). Teori Kesusasteraan Inggeris (Edisi Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://klikweb.dbp.my. Dimuatturun pada 21 Mac 2019 Kamus Dewan. (2005). Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |