UPSI Digital Repository (UDRep)

Keunggulan kepengarangan novel-novel terpilih Anwar Ridhwan

AVAILABLE Article 1986 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
General Information
Title
Keunggulan kepengarangan novel-novel terpilih Anwar Ridhwan
Type
Article
Main Author
Mohamad Rosmizi Mahamad
Additional Authors
  • Ghazali Din
  • Jehwae, Phaosan
Subject
PN Literature (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2020
Degree Type
Others
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan meneliti keunggulan kepengarangan novel Naratif Ogonshoto dan novel Penyeberang Sempadan yang akan dianalisis menggunakan teori Teksdealisme melalui empat prinsip iaitu kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan keindividualan. Secara khusus, kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kedua-dua novel tersebut yang menjadi kekuatan kepada kepengarangan pengarangnya.  Novel Naratif Ogonshoto dan novel Penyeberang Sempadan dikarang oleh Anwar Ridhwan yang merupakan tokoh Sasterawan Negara ke-10.  Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Secara holistiknya, kajian ini mengaplikasikan empat prinsip yang mendukung teori Teksdealisme yang menampilkan keunggulan kepengarangan Anwar Ridhwan dan menemukan konsep keunggulan baharu iaitu Citra Keunggulan Insan melalui tiga prinsip utama iaitu prinsip Hijrah, prinsip Jati Diri dan prinsip Insaniah. Kajian ini merumuskan secara keseluruhan dari segala aspek bagi mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kepengarangan Anwar Ridhwan. Akhir sekali, kajian ini memberi implikasi kepada pengkaji atau penyelidik sebagai asas memahami proses kepengarangan selain turut membantu pembaca memilih karya yang benar-benar  unggul serta mendorong pengarang mempertingkatkan karya bagi mencapai tahap unggul.  

References

Abdul Halim Ali. (2011). Proses kreativiti A.Samad Said berasaskan teori Teksdealisme. Jurnal Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (6) 153-168.

Abdul Halim Ali. (2015). Wacana teori dan kritikan sastera. Shah Alam: NHA Resources.

Ani Omar. (2011). Apresiasi teori kesusasteraan Melayu. Tanjung Malim: Emeritus Publications.

Anwar Ridhwan. (2001). Naratif Ogonshoto. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anwar Ridhwan. (2001). Penyeberang Sempadan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anwar Ridhwan. (2016). Budaya Sastera dan seni jilid III. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Ghazali Din. (2016). Kepengarangan Muhammad Haji Salleh berasaskan model proses kreatif Teksnaluri. Tesis untuk Doktor Falsafah. Tanjung Malim: UPSI

Halijah Jais. (2004). Novel-novel Anwar Ridhwan : penerapan terhadap teori Teksdealisme. Tesis Ijazah Sarjana, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu:Universiti Malaya.

Kamarudin Jeon (2017). Apresiasi sastera Naratif Ogonshoto. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. (2006). Teori sastera Teksdealisme. Singapura: Pustaka karya.

Mana Sikana. (2013). Wacana sastera Melayu semasa. Selangor: Pustaka karya.

Mana Sikana. (2015). Sasterawan Negara di takhta keunggulan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku malaysia.

Mawar Shafei. (2010). Novel intertekstual Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Saleeh Rahamad (2005). Naratif Ogonshoto: Ibarat madu atau saringan. Jurnal Pengajian Media Malaysia (7). 91-99.

Muhammad Haji Salleh. (2005). Puitika sastera melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Nazri Zainuddin. (2015). Novel tengku menteri dan urih persisir analsis kepimpinan berkualiti dengan teori Teksdealisme. Tesis untuk Doktor Falsafah. Tanjung Malim: UPSI.

Mohd Yusof Hasan & Siti Khariah Mohd. Zubir. (2013). Ikon kesusasteraan: pemikiran global 11 Sasterawan Negara Malaysia. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Muhammad Haji Salleh. (2005). Puitika sastera melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Puteh. (2015). Proses penciptaan menulis untuk remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahimah A.Hamid. (2017). Proses kreatif, sensitiviti dan kreativiti pengarang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Salbiah Mustafa. (2017). Analisis keunggulan novel Ratap Rabitah Dalam Kepengarangan Aminah Mokhtar berdasarkan teori Teksdealisme. Tesis untuk Ijazah Sarjana. Tanjung Malim: UPSI

S.M Zakir. (2014). Karya dan kekuasaan pengarang: pemikiran dan gaya naratif mutakhir Anwar Ridhwan. Jurnal Melayu Vol 12 (1) 24-52.

Sulaiman Salleh. (2014). Keberkesanan komunikasi kepengarangan. Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali. (2014). Semiotik dalam novel Anwar Ridhwan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.