UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :L Education (General)
Main Author :Hassan Iberahim, Hj.Arshad Mohd Zaihidee, Ibrahim Md.Nasir, Omar Jamilah,
Title :Kajian keberkesanan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2014
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran guru dalam bidang pendidikan seni visual dalam usaha untuk berfungsi secara berkesan. Kajian ini juga melihat perbezaan antara tahap kompetensi berdasarkan ciri-ciri latar belakang dan hubungan antara keperluan dan tahap kompetensi. Keutamaan kompetensi mengikut persepsi guru-guru pendidikan seni juga dilihat. Di samping itu, kajian juga melihat sikap murid-murid terhadap pendidikan seni visual. Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik ke atas guru-guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan seni visual dan murid-murid tahun enam di sekolah rendah di kawasan Batang Padang, Manjung, Kinta, Shah Alam dan Wilayah Persekutuan. Jumlah sekolah yang dilibatkan adalah 41 buah dengan sejumlah 67 orang guru dan 1088 murid tahun enam. Kompetensi yang dikaji meliputi empat kategori iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan hubungan interpersonal. Kaedah deskriptif (kekerapan dan min) serta inferential (ujian-t, ANOVA Sehala, dan Korelasi Pearson) telah digunakan untuk menganalisis data. Analisis kajian ini mendapati (a) sebahagian besar responden beranggapan keempat-empat kategori kompetensi yang telah dikenalpasti sangat diperlukan oleh guru-guru pendidikan seni visual; (b) sebahagian besar responden menganggap mereka memiliki tahap kompetensi sederhana tinggi sebagai guru pendidikan seni visual dalam setiap kompetensi; (c) terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kompetensi dalam keempat-empat kategori yang ditetapkan di antara kumpulan responden berasaskan ciri-ciri latar belakang seperti kelulusan, pengalaman, jantina, gred dan lokasi sekolah; (d) wujud hubungan signifikan di antara kompetensi yang dianggap perlu dan tahap kompetensi yang dimiliki dalam kategori perancangan pengajaran; (e) kompetensi dalam kategori pelaksanaan P&P dianggap oleh responden sebagai yang paling tinggi. Kajian mencadangkan agar kursus dan latihan sebelum perkhidmatan dan dalam perkhidmatan ditingkatkan supaya kompetensi mereka dalam bidang tersebut dapat dipertingkatkan. Senarai kompetensi yang telah dikaji boleh digunakan sebagai kriteria atau panduan dalam melatih guru-guru pendidikan seni visual yang option dan juga yang bukan opsyen. Akhir sekali, kurikulum pendidikan seni visual visual perlu disemak semula untuk merealisasikan hasrat untuk melihat mata pelajaran pendidikan seni visual seiring dengan tuntutan globalisasi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.