UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Seni Dikir Barat merupakan salah satu muzik tradisional yang dikenali umumnya dalam masyarakat
Malaysia walaupun seni budaya ini bertapak asalnya dari negeri Kelantan. Seni ini semakin mendapat
tempat dijiwa rakyat Malaysia dan mula dipertontonkan di seluruh pelusuk negara tidak kira melalui
persembahan pentas malah disiarkan juga di dalam media utama negara. Namun demikian Dikir Barat
dipentaskan dalam bentuk pertandingan bagi peringkat pelajar sekolah menengah dan walaupun begitu,
tidak ada satu keselarasan justifikasi pentaksiran terhadap penjurian dan tidak ada satu landasan
teori yang kukuh terhadap elemen-eleman penjurian. Dengan ini, satu kerangka konsep penilaian yang
berasaskan teori yang kukuh perlu dibangunkan untuk digunakan dalam penilaian pertandingan
Dikir Barat di peringkat sekolah. Oleh itu kajian ini menggunakan rekabentuk
kajian kualitatif yang mana menggunakan pemerhatian, analisis dokumen dan temubual.
Grounded Theory diaplikasikan dalam membentuk kerangka konsep pentaksiran penjurian Dikir Barat
ini. Kajian ini telah menghasilkan satu kerangka konsep penjurian pertandingan Dikir Barat
dan dapatan akhirnya terbentuk satu Borang Penjurian Dikir Barat yang menepati semua
elemen dan sub elemen yang perlu ada dalam pertandingan tersebut. Hasil dari kajian ini
mampu memberi panduan dan rujukan kepada kumpulan Dikir Barat terhadap penekanan elemen
yang tepat untuk dinilai semasa pertandingan Dikir Barat. Malah juri pertandingan
dapat menilai dengan jelas dan tepat bagi mengukuhkan lagi martabat seni
budaya warisan ini.
|
References |
Arsaythamby V. (2011). Keupayaan teori dan pelaksanaan pentaksiran dalam pembelajaran. Universiti Utara Malaysia.
Azizi Ahmad. (2010). Pentaksiran pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chua Y.P. (2014). Kaedah penyelidikan (3rd ed.). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education (Malaysia).
Cokroaminoto (2011). Pendekatan grounded theory dalam penelitian kualitatif. dalam Menulis Proposal Penelitian. (http://www.menulisproposalpenelitian.com/2011/01/ pendekatan-grounded- theory- dalam.html) diakses pada 22 Mei 2018.
Corbin, J., & Strauss, A. (2008). Basics of qualitative research: Techniques and procedures for developing grounded theory (3rd ed.). Sage Publications, Inc. https://doi.org/10.4135/9781452230153 diakses pada 23 Mei 2018.
Fariza Khalid. (2016). Kerangka konsep. UKM. https://www.farizakhalid.com/research-support/kerangka-konsep diakses pada 20 Nov 2020.
Hashim Awang. (1987). Glosari Mini Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Kamarudin Yusoff. (2008). Teknik permainan serunai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran muzik tradisional wayang kulit Kelantan: satu kajian kes. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2012). Panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lim S.T. & Mohd Sulhie Yusuf. (2016). Tak lerai di asak zaman: dikir barat seni hiburan rakyat. Kedah: UUM Press.
Maridah Alias. (2013). Definisi pentaksiran, pengujian dan penilaian. (http://drmaridah.blogspot.my/2013/06/definisi-pentaksiran-pengujian- dan.html) diakses pada 21 Mei 2018.
Mas Azieani Mustari. (2017). Pentaksiran sebagai pembelajaran. dalam Nota Cikgu Mas. (http://notacikgumas.blogspot.com/2017/11/pentaksiran- pembelajaran.html) diakses pada 23 Mei 2018.
Norsiah Baluan. (2020). Bab 1 konsep asas pentaksiran. dalam Academia. (https://www.academia.edu/17147286/BAB_1_Konsep_Asas_PENTAKSIRA es pada 20 Nov 2020.
Wahi Sanusi. (2010). Kaedah pengajaran jurulatih (pancaragam) yang cemerlang dalam membentuk pasukan pancaragam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara, Marang Terengganu: satu kajian kes. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zalmizy Hussin. (2014). Aplikasi pendekatan grounded theory dan pengekodan (coding) dalam analisis dan interprestasi data kualitatif. Sosial Sciences Postgraduate International Seminar, Universiti Sains Malaysia.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |