UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Main Author :Nura'tikah Mohd Razali
Title :Faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran al-Quran terhadap pelajar disleksia daripada perspektif guru pendidikan khas kajian kes di negeri Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2020
Notes :pedagogi
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran al- Quran terhadap pelajar disleksia daripada perspektif guru pendidikan khas di negeri Perak.   Pengkaji  memilih  reka  bentuk  kajian  kes  dengan  menggunakan  model  Ibnu Khaldun sebagai  teori asas mengenai pengajaran al-Quran yang menekankan tentang pengetahuan, kaedah pengajaran dan  kemampuan pelajar. Seramai tiga guru pendidikan khas yang mengajar al-Quran kepada pelajar  disleksia serta tiga pelajar disleksia dipilih sebagai  peserta  kajian  daripada  dua  buah   sekolah  di  negeri  Perak.  Data  dikumpul dengan menggunakan instrumen ujian dan temu bual. Data  temu bual telah dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil ujian menunjukkan penguasaan bacaan  al-Quran dalam  kalangan  pelajar  disleksia  berada  pada  tahap  sederhana  lemah.  Temu  bual  terhadap  murid  mendapati  murid  lebih  cenderung  meminati  subjek  yang  mudah. Kaedah  pengajaran guru yang disukai oleh pelajar disleksia tersebut adalah pengajaran yang menggunakan  Bahan Bantu Mengajar yang menarik, penulisan yang besar, dan pengajaran yang menyeronokkan. Tema  yang muncul daripada temu bual pelajar adalah pengajaran  yang mudah  dan menyeronokkan. Dapatan  kualitatif daripada temu bual guru pula menunjukkan beberapa tema yang muncul seperti pengetahuan  tentang cara pembelajaran   pelajar   disleksia,   penguasaan   kaedah   pengajaran   al-Quran    yang menggunakan  teknik  multi-sensori,  serta  teknik  pengulangan  yang  perlu  diamalkan oleh  pelajar untuk meningkatkan penguasaan al-Quran. Dapatan ini menyokong model Ibnu  Khaldun  yang   menekankan  kepada  pengetahuan  dan  kaedah  pengajaran  yang sesuai.  Faktor  lain  yang   mengekang  penguasaan  al-Quran  dalam  kalangan  pelajar disleksia  adalah  faktor  masa  yang   terhad  untuk  pelajar  mempelajari  al-Quran  serta kekurangan  sokongan  ibu  bapa  di  rumah.   Kesimpulannya,  dapatan  utama  kajian  ini menunjukkan  bahawa  pengetahuan  tentang  disleksia,   cara  pengajaran  menggunakan teknik   multi-sensori,   penggunaan   bahan   bantu   mengajar    yang   menarik   serta pengulangan   adalah   penting   untuk   meningkatkan   keberkesanan    pengajaran   dan pembelajaran   al-Quran   dalam   kalangan   pelajar   disleksia.       Implikasinya,   guru pendidikan    khas    perlu    didedahkan    dengan    cara    pengajaran     al-Quran    yang menggunakan  multi-sensori  dan  pembinaan  bahan  bantu  mengajar  yang  menarik  supaya  pelajar  disleksia  dapat  meningkatkan  pengetahuan  dan  kemahiran  mereka dalam  mendalami al-Quran supaya kadar bilangan buta huruf al-Quran dalam kalangan pelajar disleksia dapat dikurangkan.  

References

Abdul Hafiz Haji Abdullah, Husin Salamon, Azmi Shah Suratman, Sulaiman Shakib

Moh   Noor,   Kamarul   Azmi   Jasmi,   Abdul   Basit   Samat@Darawi.   (2005). SISTEM PEMBELAJARAN 

DAN Kaedah Hafazan AlQuran Yang Efektif : Satu  Kajian  Di  Kuala  Lumpur  dan  Terengganu.  Kuala  

Lumpur:  Universiti Teknologi Malaysia .

 

Akhiar  Pardi  &  Shamsina  Shamsuddin.  (2011).  Pengantar  Penyelidikan  Tindakan dalam 

Penyelidikan Pendidikan . Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

 

Anggun Nofitasari, Nur Ernawati & Warsiyanti. (n.d.). Teori dan Metode Pengajaran Pada Anak 

Dyslexia. Strategi Mengatasi Kesulitan Belajar Ketika Murid Anda Seorang Disleksia (p. 175). 

Indonesia : Universitas PGRI Yogyakarta.

 

Azizi  Jaafar,  Abd.  Razak  Abdul  Kadir  &  Awang  Abdullah.  (2015).  Falsafah  & Pendidikan 

Malaysia. Selangor: Pelangi Professional Publishing.

 

Azizi Yahaya, Peter Voo, Ismail Maakip & Mohd Dahlan A. Malek. (2018). Kaedah Penyelidikan Dalam 

Pendidikan . Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

 

Darusalam, G. (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

Dewi, K. (n.d.). Disleksia . Strategi Mengatasi Kesulitan Belajar ketika Murid Anda Seorang 

Disleksia, (p. 10). Indonesia.

 

Dr. Afaf Abdul Ghafoor Hameed, Dr. Adel M.Abdulaziz, Dr. Mohamed Abdullahi Nur & Muhammad Mustaqim 

Mohd Zarif. (2005). Isu Semasa Pengajian Al-Quran dan Sunnah. In K. A. Syed Ahmad Tarmizi bin Syed 

Omar, Tahfiz Al-Quran : Sejarah  Dan  Perkembangannya  (p.  47).  Kuala  Lumpur:  Fakulti  

Pengajian Quran dan Sunnah.

 

Dr.Afaf Abdul Ghafor Hameed, Dr. Adel M.Abdulaziz, Dr. Mohamed Abdullahi Nur, Muhammad  Mustaqim  

Mohd  Zarif.  (2005).  Isu  Semasa  Pengajian  Al-Quran Dan  Sunnah.  In  Z.  R.  Razak,  Peranan  

Bahasa  Arab  Dalam  Pengajaran  Al- Quran (p. 75). Kuala Lumpur: MES ENTERPRISE SDN. BHD.

 

Esa, A. P. (2007). Kerjasam Ibu Bapa Dengan Sekolah Dalam Pembelajaran Pelajar.

Pendidikan Khas , 71.

 

Faizah, J. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)  Di  Sekolah  

Menengah  Kebangsaan  (SMK)  Daerah  Pontian.  Johor: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

 

Hakim,   R.   (2011).   Adab   kepada   Al-Quran   :   Belajar-Mengajar-Membaca   dan

Menghafaznya. Selangor: Jasmin Publication.

 

Halimatussaadiah Salleh, Badrul Hisham Ismail, Ahmed Nasir Abdul Muthalif & Izzah Abu  Bakar.  

(2015).  Murid  &  Alam  Belajar.  Selangor:  Pelangi  Professional Publishing sdn. Bhd.

 

Haniza, S. N. (2017). Penggunaan Kit Asas Membaca Bahasa Melayu Untuk Kanak- kanak Pemulihan Khas. 

Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

 

Hazis, I. B. (2009). Impak Beban Tugas dan Hubungannya Dengan Kepuasan /kerja Guru-Guru  Pendidikan 

 Khas  Bermasalah  Pembelajaran  Di  Kawasan  Kinta Utara, Perak : Satu Kajian Kes. Pendidikan 

Khas, 19.

 

Husniza  Husni  &  Zulikha  Jamaludin.  (2015).  Masalah  Pembacaan  Kanak-Kanak Disleksia  

Bagaimana  Teknologi  Boleh  Membantu?  Kuala  Lumpur:  Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

 

Idris, H. (2009). Impak Beban Tugas Dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Guru- Guru  Pendididkan  

Khas  Bermasalah  Pembelajaran  Di  Kawasan  Kinta  Utara, Perak : Satu Kajian Kes. Tanjung Malim: 

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

 

Ishak H, Majid LA, Zulkafli NS, Mohd Saad M.F, Zainal SK & Mohd Aderi Che Noh. (2020).  

Investigating  Teacher's  Readiness  for  Teaching  the  Quran  Special Children. TEST : 

Engineering & Management, 14679.

 

Ishak H, Mohd Saad, M.F, Mohamad, S, Mohd Aderi Che Noh. (2020). Challenges In Implementation  Of  

Islamic  Education  For  Students  With  Special  Needs. International Journal of Advanced Science 

and Technology, 3544

 

Kamarul  Azmi  Jasmi,  Mohd  Faeez  Ilias,  Ab.  Halim  Tamuri  &  Mohd  Izham  Mohd Hamzah. 

(2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam 

Sekolah Menengah Di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 69.

 

Kamus Dewan Edisi keempat . (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khairuddin,   H.   B.   

(2009).   Keberkesanan   Penaksiran   Instrumen   Senarai   Semak

Disleksia Di Program Rintis Disleksia. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan

Sultan Idris .

 

Kristiantini,  D.  (n.d.).  Disleksia.  Strategi  Mengatasi  Kesulitan Belajar  ketika  Murid Anda 

seorang Disleksia, (p. 10). Indonesia.

 

Liyana Ahmad Afip, Nurul Fatihah Hanapi & Khuzaiton Zakaria. (n.d.). Persepsi dan Pengalaman Guru 

Pendidikan Khas dalam Menghadapi Permasalahan Disleksia dalam  Kemahiran  Literasi.  (p.  2).  

Kelantan:  Pusat  Pengajian  Bahasa  dan Pembangunan Insaniah.

 

Mega   Aisyah   Nirmala   &   Muhamad   Risqi   Utama   Saputra.   (2015).   LEXIPAL, APLIKASI 

BELAJAR MEMBACA PERMULAAN UNTUK ANAK-ANAK

DISLEKSIA. Seminar Nasional PGSD UPY (p. 22). Indonesia: ResearchGate.

 

Misnan Jemali, Ab. Halim Tamuri & Azmil Hashim. (2014). Kaedah Pengajaran Al- Quran Sekolah 

Menengah Kebangsaan di Negeri Perak. International Journal of Islamic studies and Arabic Language 

Education, 35-44.

 

Mohd  Zahirwan  Halim  Zainal  Abidin,  Pisol  Maidin,  Muhammad  Yusri Yusof,  Paiz Hassan, Hamdi 

Rahman Mohd Yaacob, Abd Munir Mohd Noh & Muhammad Imran   Abd   Razak.   (2017).   Pandangan   Ibnu 

Khaldun   Berkaitan   Kaedah Pendidikan Dalam Kitab Al-Muqaddimah. Pendidikan, 26-35

Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. (2011). Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang: Universiti 

Sains Malaysia.

 

Mohd,  M.  (2010  ).  Hubungan  Di  Antara  Tahap  Kemahiran  Belajar  Al-Quran Menggunakan  Kaedah 

Iqra'  Dengan  Kemahiran  Membaca  Al-Quran  :  Satu Kajian Murid Tahun Dua Di Tiga Buah Sekolah 

Rendah Agama Daerah Hulu Selangor. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris .

 

Munirah abd Razak, Liyana Nadzirah Md Saril, Nor Hizwani Ahmad Thohir, Nik Mohd Zaim  Ab  Rahim.  

(2014).  Strategi  Pengajaran  dan  Pembelajaran  Al-Quran Melalui  Program  Televisyen  :  Kajian  

di  Tv  Al-Hijrah.  The  4th  Annual International Qur'anic Conference 2014 (p. 13). Universiti 

Malaya: Centre of Quranic Research.

 

Murni,   M.   (2010).   Hubungan   Di   Antara   Tahap   Kemahiran   Belajar   Al-Quran Menggunakan 

Kaedah Iqra' Dengan Kemahiran Membaca Al-Quran : Sebagai Satu kajian Murid Tahun Dua Di Tiga Buah 

Sekolah Rendah Agama Daerah Hulu Selangor . Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

 

Nata, A. (1993). Al-Quran dan Hadits. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada.

Noor  Aina  Dani  &  Vijayaletchumy Subramaniam  .  (2004).  Disleksia  Dalam  Aspek Bahasa Melayu. 

Jurnal Bahasa, 685.

 

Nurulaini,  M.  &.  (2017).  Keberkesanan  Teori  Malakah  Dan  Tadrij  Dalam  Amalan Pengajaran    

Guru    Pendidikan    Islam    Di    Sekolah    Pedalaman.    Seminar Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan 

Islam Di Sekolah Pedalaman (p. 31). Selangor: Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

 

Nurul  Farhanah  Bakar  &  Mohd  Jasmy  Abd  Rahman  .  (2018).  Prevalence  Murid Berisiko   

Disleksia   Dalam   Kalangan   Kanak-Kanak   Prasekolah.   Prosiding Seminar  Kebangsaan  Majlis  

Dekan  Pendidikan  Universiti  Awam  (p.  1248). Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin.

 

Patton,  M.  (1990).  Qualitative  Evaluation  and  Research  Methods.  London:  Sage Publications.

 

Ramasamy, R. (2008). Masalah Disleksia Dalam Kalangan Murid-Murid Pemulihan Di Sekolah Rendah, 

Pulau Pinang. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia .

 

Rohaty Mohd Majzub & Shafie Mohd Nor. (2005). Simptom Disleksia Kanak-kanak Prasekolah. Jurnal 

Pendidikan , 15.

 

Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah

Alias. (2011). Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas Untuk Kanak- Kanak Disleksia. Jurnal 

Teknologi Pendidikan Malaysia , 27.

 

Samsudin, N. H. (2017). PENGGUNAAN KIT ASAS MEMBACA BAHASA MELAYU

UNTUK  KANAK-KANAK  PEMULIHAN  KHAS.  Kuala  Lumpur:  Universiti Malaya.

Sapura, A. (2010). Masalah Disleksia D Kalangan Murid-Murid Sekolah Rendah Satu Tinjauan   Tentang  

Pengetahuan   Guru-Guru   Pemulihan   Di   Daerah   Hulu Selangor. Pendidikan Khas, 12.

 

Shamsina,  A.  d.  (2011).  Pengantar  Penyelidikan  Tindakan.  Penerbitan  Multimedia Sdn. Bhd.

 

Sheila  Devaraj  &  Samsilah  Roslan  .  (2006).  Apa  Itu  Disleksia.  Selangor:  PTS Professional 

Publishing.

 

Siti  Suriyani,  S.  (2018).  Kaedah  Hafazan  :  Suatu  Tinjauan  Ringkas.  E-Journal  of Islamic 

Thought and Understanding, 56.

 

Tg. Iffah & See Soo Yin. (2015). Pemahaman Ibu Bapa Terhadap Masalah Disleksia : Jeli, Kelantan. 

Seminar Antarabangsa Pendidikan Dan Keusahawanan Sosial Islam (p. 5). Kelantan: Universiti Malaysia 

Kelantan.

 

Viyayaletchumy, S. (2003). Disleksia Dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu. Selangor: Universiti Putra 

Malaysia.

 

Yusof, M. (2010). Hubungan Di Antara Tahap Kemahiran Belajar aL-Quran. Tanjung Malim: Universiti 

Pendididkan Sultan Idris.

 

Zainal Kassan & Suhaila Abdullah . (2015). Pendidikan Disleksia. Selangor: Sasbadi. Zakaria, D. G. 

(2003). Prinsip-prinsip Pendidikan Islam. Pahang: PTS Publications &

Distributor Sdn. Bhd.

 

Zaliza Zubir, Mahfuzah Md Daud & Ahmad Hifzurrahman Ridzuan. (n.d.). Disleksia Dalam Aspek Ejaan 

Bacaan Bahasa Melayu. Pendidikan, 2.

 

Zharulnizam Shah, Z. (2010). Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: Utusan 

Publications & Distributors.

 

Zuhri, D. H. (1990). Ihya' Ulumuddin (Jilid 1). Semarang: ASY SYIFA' SEMARAK. 

 

Zuraini, L. (2011). Tahap Penguasaan Ilmu Tajwid Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar

Tingkatan Dua Daerah Kuala Kangsar. Pendidikan, 3.

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.