UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan Program Pendidikan Perakaunan Unversiti Pendidikan Sultan Idris dengan penghasilan guru efektif

AVAILABLE Thesis 2438 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Hubungan Program Pendidikan Perakaunan Unversiti Pendidikan Sultan Idris dengan penghasilan guru efektif
Type
Thesis
Main Author
Nor Fadzlin Jamaluddin
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2013
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk. meneliti hubungan pelaksanaan program akademik terhadap penghasilan guru efektif di Jabatan Perakaunan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Reka bentuk kajian adalah kajian secara tinjauan iaitu data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik. Jumlah sampel kajian adalah seramai 82 orang guru pelatib daripada Jabatan Perakaunan. Analisis deskriptif digunakan untuk mencari taburan frekuensi bagi faktor-faktor demografi. Analisis kolerasi digunakan untuk menentukan hubungan antara elemen-elemen dalam kurikulum Program Pendidikan Perakaunan dengan penghasilan guru efektif. Dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara subjek bagi kursus universiti, kursus pendidikan dan kursus major dengan penghasilan guru efektif. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan dalam salah satu eiri guru efektif iaitu jangkaan guru terhadap pelajar bagi subjek kursus pendidikan dan major. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan penghasilan guru efektif. Ini menunjukkan seorang guru pelatib yang mempunyai sikap yang positif terhadap bidang pendidikan dapat menghasilkan guru efektif. Kajian yang lebih menyeluruh dengan sampel yang lebih besar perIu dilaksanakan bagi membantu memantapkan kursus-kursus yang ditawarkan untuk membantu melahirkan guru efektif pada masa depan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.