UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran program
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di sebuah IPTS di Kuantan Pahang. Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik
5 skala untuk mengumpul data daripada 176 orang responden iaitu pelajar Diploma Pendidikan
Awal Kanak- Kanak. Lima orang tenaga pengajar berpengalaman ditemubual untuk mendapatkan data
bagi tujuan meningkatkan kredibiliti dapatan. Pembinaan instrumen kajian berdasarkan model
penilaian Context, Input, Process, Product. Item di dalam penilaian konteks adalah matlamat dan
kemudahan institusi, item penilaian input adalah pengetahuan, kemahiran, dan strategi pensyarah.
Item penilaian proses adalah penyertaan pelajar dan penjadualan kelas. Item di dalam
penilaian produk adalah hasil pembelajaran pelajar. Data kuantitatif dianalisis dengan
menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu Analisis Korelasi Pearson
menggunakan perisian SPSS bagi melihat hubungan antara dimensi. Data temubual dianalisis
menggunakan teknik bertema. Dapatan min dimensi konteks berada pada tahap sederhana tinggi
(min=3.85) dengan item kemudahan pelajar menunjukkan min paling rendah (min=3.75). Tema utama yang
bagi dimensi konteks ialah persekitaran dan kemudahan kurang sesuai. Dapatan min dimensi input
berada pada tahap tinggi (min=4.16) dengan item paling tinggi adalah pengetahuan pensyarah
(min=4.26). Tema utama bagi dimensi input menunjukkan kemahiran pensyarah boleh ditingkatkan.
Dapatan min dimensi proses berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.97) dengan item paling tinggi
adalah penyertaan pelajar (min=4.22). Tema utama bagi dimensi proses menunjukkan penyertaan pelajar
bergantung kepada jenis aktiviti. Hasil dapatan min dimensi produk berada pada tahap tinggi
(min=4.26). Tema utama bagi dimensi produk ialah pencapaian matlamat. Terdapat hubungan
yang kuat bagi dimensi input dengan dimensi produk (r=0.61), dimensi proses dengan
dimensi produk (r=0.60). Mankala terdapat hubungan yang sederhana bagi dimensi konteks
dengan dimensi produk (r=0.45). Sebagai kesimpulan, terdapat dimensi yang memuaskan dan
kurang memuaskan di dalam penilaian aktiviti pengajaran. Implikasi kajian menunjukkan bahawa
penilaian program harus memberi fokus kepada dimensi yang dikaji
bagi menambahbaik aktiviti pengajaran dan pembelajaran
|
References |
Abdullah, Maizatulakma & Abdul Wahab, Ainol. (2018). Faktor yang Mempengaruhi Penilaian Pelajar terhadap Prestasi Pengajaran Pensyarah (Factors Influencing Students’ Evaluation on Lecturer’s Teaching Performance). 21. 1-9.
Abdul Ghafar Mohammad (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur:Utusan Distributors Sdn Bhd.
Abd Murad Salleh, Marohaini Yusoff, & Mohd Mokhtar Mohamad Hassan. (2006). Pertimbangan Dalam Penggunaan Pendekatan Kajian Kaedah Gabungan. In Seminar Kebangsaan Kedua Penyelidikan Kualitatif.
Ahamad bin Rahim, & Sidek bin Said. (2012). Pelaksanaan kurikulum sejarah menengah rendah di malaysia – satu penilaian. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012.
Ahamad Rahim, Abdul Razaq Ahmad, & Anuar Ahmad. (2010). Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum Mata Pelajaran Sejarah Menengah Rendah Tingkatan 2 di Sekolah-sekolah Menengah Semenanjung Malaysia. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM.
Ahmad, A., & Jinggan, N. (2017). PENGARUH KOMPETENSI KEMAHIRAN GURU DALAM PENGAJARAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik.
Alias Mahmud. (2012). Konsep dan Penilaian Dalam Pelaksanaan Kurikulum. Prosididng Seminar Penyelidikan Pendidikan Dan Pembangunan Sumber Manusia (PPPSM 2013). https://doi.org/10.13140/RG.2.1.1752.2000
Aman, M., Zakaria, Z. M., Kamaruddin, I., Ibrahim, A., & Idris, A. R. (2014). Persepsi Guru Pembimbing Terhadap Kemahiran Generik Guru-Guru Pelatih UTM. Sains Humanika, 2(4), 123–126.
Angell, B., & Townsend, L. (2011). Designing and Conducting Mixed Methods Studies. Workshop for the 2011 Society for Social Work and Research Annual Meeting.
Azizi Yahaya. (2001). The Using of Model Context . Input , Process and Products ( CIPP ) In Learning Programs Assessment . International Conference on Challenges and Prospects in Teacher Education.
Azizi Yahaya, Jamaluddin Ramli, & Shahrin Hashim. (2008). Sejaumanakah Model Stufflebeam ( KIPP ) boleh Membantu dalam Penilaian Program Pembelajaran ? Isu-Isu Psikologi Pembangunan Diri.
Chan, S. G., & Rodziah, M. N. (2012). Kecerdasan emosi dan hubungannya dengan perilaku dan prestasi akademik pelajar sekolah menengah di Bachok , Kelantan. Akademika 82(2).
Chinta, R., Kebritchi, M., & Ellias, J. (2016). A conceptual framework for evaluating higher education institutions. International Journal of Educational Management. https://doi.org/http://dx.doi.org/10.1108/IJEM-09-2015-0120 Downloaded
Chinta, Ravi, Kebritchi, M., & Elias, J. (2016). A conceptual framework for evaluating higher education institutions. International Journal of Educational Management. https://doi.org/10.1108/IJEM-09-2015-0120
Datta, L. (2007). Evaluation Theory, Models, and Applications, book review. American Journal of Evaluation. https://doi.org/10.1177/1098214007308902
Dey, A., Choudhury, M. M., Mollah, S., and Kim M. H. (2015), Evaluation of Teaching Methods on Students’ Academic Performance in the University of Dhaka, AE International Journal of Multidisciplinary Research, 3(4), 1-15.
Farsi, M., & Sharif, M. (2014). Stufflebeam ’ S Cipp Model & Program Theory : A Systematic Review. International Journal of Language Learning and Applied Linguistics World (IJLLALW).
Gee, N. C. (2018). The Impact of Lecturers’ Competencies on Students’ Satisfaction. Social Sciences, 1(2), 13.
Hanapi, Z., & Nordin, M. S. (2014). Unemployment among Malaysia Graduates: Graduates’Attributes, Lecturers’ Competency and Quality of Education. Procedia - Social and Behavioral Sciences. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.01.1269
Ishak, R. (2014). Kajian Keberkesanan Program Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA): Satu Penilaian di Sekolah Rendah (Study of Evaluation Program of Practical Skill Assessment (PEKA): Assessment in Primary School). Jurnal Pendidikan Malaysia.
Ismail, M. H. (2012). Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia : Tinjauan dari Perspektif Majikan Study on Employability of Graduates in Malaysia : A Survey of Employer Perspectives. Prosiding PERKEM VII. https://doi.org/2231-962
Jasmi, Kamarul Azmi. (2016). Pengajaran dan Pembelajaran. In Kamarul Azmi Jasmi (Ed.), Ensiklopedia Pendidikan Islam (Edisi Pertama ed., pp. 120). Skudai Johor: Fakulti Tamadun Islam,
Universiti Teknologi Malaysia & Persatuan Cendekiawan Pendidikan Islam [Malaysia] (AIES). ISBN: 978-967-0194-66-0.
Leal Filho, W., & Kovaleva, M. (2015). Research methods. In Environmental Science and Engineering (Subseries: Environmental Science). https://doi.org/10.1007/978-3-319-10906-0_5
Lippe, M., & Carter, P. (2018). Using the CIPP Model to Assess Nursing Education Program Quality and Merit. Teaching and Learning in Nursing. https://doi.org/10.1016/j.teln.2017.09.008
Mahmud, Alias. (2015). KONSEP DAN MODEL PENILAIAN DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM. 10.13140/RG.2.1.1752.2000.
Makhbul, Z. M., Ishak, Y., & Abd Hair, A. (2015). Antara realiti dan harapan – Kajian empirikal persepsi majikan terhadap prestasi graduan tempatan. Malaysian Journal of Society and Space 11.
Md Johan, Othman and Nong Chik, Syarina Azura (2011) Penilaian pengajaran pensyarah program Kemahiran Hidup, Fakulti Pendidikan,UTM berdasarkan persepsi pelajar 4 SPH (Perdana). Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8.
Mohamad Zahir Zainudin, Roziah Omar, M. F. K. (2016). KAEDAH GABUNGAN (MIXED METHODS) DALAM KAJIAN PEMBASMIAN KEMISKINAN DI MALAYSIA DAN INDONESIA: PENGALAMAN PENYELIDIKAN. Pusat Bahasa Dan Pembangunan Insan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Malaysia. https://doi.org/10.6056/dkyqt201601023
Neyazi, N., Arab, P. M., Farzianpour, F., & Mahmoudi Majdabadi, M. (2016). Evaluation of selected faculties at Tehran University of Medical Sciences using CIPP model in students and graduates point of view. Evaluation and Program Planning. https://doi.org/10.1016/j.evalprogplan.2016.06.013
Noor Afizah Binti Atan, Mohd Amin bin Zakaria, F. binti S. (2015). Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar Semester Akhir Diploma Hotel dan Katering: Kajian Kes. Tourism and Hospitality Essentials (THE) Journal, Vol.V No.2(2), 947–954.
Nooraini, O., & Khairul Anuar, A. R. (2010). Hubungan antara kompetensi pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar. Http://Eprints.Utm.My/10547/.
Noraini Idris. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Mc Graw Hill Education. https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004
Norfaezah Mohd Hamidin, Siti Nurhajariah Md Isa, Awatif Abdul Rahman, & Idi Hamdi. (2017). Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Pakk) Di Malaysia: Kajian Literatur. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial&Kemanusiaan.
Nurzatil Ismah Azizan, Zanariah Dimon, Nazneen Ismail, & Sahlawati Abu Bakar. (2015). Faktor-faktor yang mendorong pemilihan institusi pengajian tinggi di kalangan pelajar. E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,.
Patil, Y., & Kalekar, S. (2015). CIPP MODEL FOR SCHOOL EVALUATION. JUNE- JULY.
Rahim, R. A., Daud, K., Abd Rahim, R., & Daud, K. (2014). Penggunaan Model CIPP Terhadap Penilaian Kurikulum Subjek Matematik Di Institut Kemahiran Mara (IKM). Jurnal Pendidikan & Latihan / MARA Innovation Journal.
Rezaee, R., & Shokrpour, N. (2011). Performance Assessment of Academic Departments: CIPP Model. European Journal of Social Science.
Stufflebeam, D. (2001a). Evaluation models. New Directions for Evaluation. https://doi.org/10.1002/ev.3
Stufflebeam, D. (2001b). Evaluation values and criteria checklist. Evaluation.
Stufflebeam, D. L. (1971). The relevance of the CIPP evaluation model for educational accountability. The Relevance of the CIPP Evaluation Model for Educational Accountability. https://doi.org/ED 062385
Stufflebeam, D L. (2007). CIPP Evaluation model checklist: A tool for applying the CIPP Model to assess long-term enterprises. Evaluation Checklists Project.
Stufflebeam, Daniel L. (2001). Evaluation Models. New Directions for Evaluation. https://doi.org/10.1002/ev.1
Syed Ismail Syed Mustapa. (2012). Amalan bimbingan pengajaran pensyarah dan guru pembimbing dalam program mentoring praktikum serta impaknya terhadap kualiti guru pelatih. Jurnal Pendidikan Malaysia.
Tseng, K., Diez, C. R., Lou, S., Tsai, H., & Tsai, T. (2010). Using the Context , Input , Process and Product model to assess an engineering curriculum. World Transactions on Engineering and Technology Education.
Yussof, I., & Ismail, R. (2012). Analisis perbandingan persepsi majikan sektor awam dan swasta terhadap prestasi graduan UKM. Jurnal Ekonomi Malaysia.
Zhang, G., Zeller, N., Griffith, R., Metcalf, D., Williams, J., Shea, C., & Misulis, K. (2011). Using the Context, Input, Process, and Product Evaluation Model (CIPP) as a Comprehensive Framework to Guide the Planning, Implementation, and Assessment of Service-learning Programs. Journal of Higher Education Outreach and Engagement. https://doi.org/10.1002/9781405198431.wbeal0966
Zulkifli, C. M., Omar, C., & Rajoo, S. (2016). Unemployment Among Graduates in Malaysia. International Journal of Economics, Commerce and Management United Kingdom.
Zuraidah Ahmad ,Sapinah Hadi, Nurulzamrina Ahmad. 2018. Persepsi pelajar terhadap amalan penilaian pensyarah- satu tinjauan awal. NaREC2018. 2 Oktober.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |