UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Analisis keperluan penting dalam membangunkan sesuatu produk bagi memastikan produk yang dibina dapat memenuhi keperluan pengguna. Kajian ini dilakukan bagi menganalisis keperluan dan spesifikasi modul berdasarkan kaedah Pembelajaran Berasaskan Challenge (PBC) untuk murid tingkatan 4. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah melibatkan 39 orang guru yang mengajar matematik tingkatan 4 di seluruh Malaysia. Instrumen kajian ini ialah Soal Selidik Analisis Keperluan Kaedah PBC.
Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu frekuensi dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan 81.5% guru memerlukan modul pembelajaran berasaskan challenge bagi pembelajaran Matematik tingkatan 4. Selain itu, 95.7% guru telah memilih Matematik Pengguna: Pengurusan Kewangan sebagai tajuk pilihan. Kesimpulannya, terdapat keperluan membangunkan modul kaedah pembelajaran berasaskan challenge ini bagi tajuk Matematik Pengguna: Pengurusan Kewangan. Dapatan kajian juga menunjukkan ciri-ciri bagi aspek isi kandungan, aktiviti, bahan dan pentaksiran perlu dipertimbangkan dalam membangunkan modul PBC. Oleh itu, diharap modul kaedah pembelajaran berasaskan challenge ini dapat membantu guru dalam penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran.
|
References |
Apple Inc. (2008). Apple classroom of tomorrow - Today learning in the 21st century. Cupertino, California: Apple Inc. Aliza, A. & Zamri, M. (2017). Analisis keperluan terhadap pengguna sasaran modul pendekatan berasaskan bermain bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa kanak-kanak prasekolah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(1), 1-8. Ajzen, I. (1991). The theory of planned behavior. Organizational behavior and human decision processes, 50, 179-211. Armitage, C. J. & Conner, M. (2001). Efficacy of the theory of planned behaviour: A meta-analytic review. British Journal of Social Psychology, 40, 471–499. Binder, F. V., Nichols, M., Reinehr, S. & Malucelli, A. (2017). Challenge based learning applied to mobile software development teaching. Software Engineering Education and Training (CSEE&T), 2017 IEEE 30th Conference on pp 57-64. Darhim, Prabawanto, S., & Susilo, B. E. (2020). The effect of problem-based learning and Mathematical problem posing in improving student’s critical thinking skills. International Journal of Instruction, 13(4), 103-116. https://doi.org/10.29333/iji.2020.1347 Fengfeng, K., Xie, K., & Xie, Y. (2015). Game-based learning engagement: A theory- and data-driven exploration. British Journal of Educational Technology, 47(6), 1-19. DOI: 10.1111/bjet.12314 Hayatun Nufus, M Duskri & Bahrun, (2018). Mathematical creative thinking and student self-confidence in the challenge-based learning approach. JRAMathEdu (Journal of Research and Advances in Mathematics Education) 3(2), 57-62. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Laporan TIMSS 2015-Trends in International Mathematics and Science Study. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP) Matematik Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Johnson, L. F., Smith, R. S., Smythe, J. T., & Varon, R. K. (2009). Challenge-based learning: An approach for our time. Austin, Texas: The New Media Consortium. McKillip, J. (1987). Need analysis: Tools for the human services and education. SAGE Publications Inc. United States: Thousand Oaks. Mohd Rashidi, O., Nor Azizah, S., & Saniah, M. S. (2014). Metodologi pengajaran dan pembelajaran menurut perspektif Islam: Kebitaraan Rasulullah sebagai pendidik. Konvensyen Kebitaraan Junjungan Mulia 2014 (INSAN2014). Rafiee, J. & Hafsah, T. (2020). Analisis Keperluan kebolehgunaan aplikasi mudah alih terhadap sikap, minat dan pengetahuan asas matematik tahun 4. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 10 (1), 9- 15. Richey, R. C., & Klein, J. (2007). Design and development research: Methods, strategies, and issues. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates. Saedah, S., Norlidah, A., Dorothy, D. W., & Zaharah, H. (2013). Design and developmental research: Emergent trends in educational research. Kuala Lumpur: Pearson. Setambah, M. A. B. (2017). Pembangunan dan penilaian modul pengajaran berasaskan adventure terhadap kemahiran berfikir kritis dan kemahiran kepimpinan. (Tesis PhD Yang Tidak Diterbitkan). Tanjong Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Setambah, M. A. B., Tajudin, N. M., Yaakob, M. F. M., & Saad, M. I. M. (2019). Adventure Learning in Basics Statistics: Impact on students critical thinking. International Journal of Instruction, 12(3), 151-166. https://doi.org/10.29333/iji.2019.12310 Sidek, M. N., & Jamaludin, A. (2005). Pembinaan modul: Bagaimana membina modul latihan dan modul akademik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Suhaila, I., Mohd Yusof, A., & Faridah Hanim, I. (2019). Pengaruh penguasaan pengetahuan, pedagogi dan isi kandungan guru terhadap kemerosotan skor Matematik TIMSS di Melaka. Jurnal Kesidang, 4(1), 23- 27. Sulton, N. (2017). Developing of module challenge-based learning in environmental material to empower the critical thinking ability. Jurnal Inovasi Pendidikan IPA, 3(2), 212-223.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |