UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Kaedah Gabung Bunyi
Kata (KGBK) terhadap pencapaian kemahiran membaca dan minat membaca murid Pemulihan Khas
di sekolah rendah. KGBK diilhamkan oleh Profesor Emeritus Dato Dr. Isahak Haron pada
tahun 1979. KGBK digunakan dalam kajian ini dengan pengubahsuaian dari aspek pemilihan dan
penambahan huruf mengikut kebolehan belajar sampel kajian. Kajian dijalankan di dua buah sekolah
rendah dalam daerah Tanah Merah, Kelantan. Seramai 30 murid Pemulihan Khas terlibat dalam
kajian iaitu 15 orang daripada kumpulan eksperimen yang belajar menggunakan KGBK manakala
15 murid lagi adalah kumpulan kawalan yang belajar menggunakan kaedah konvensional. Kedua- dua
kumpulan sampel kajian tidak menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka. Kajian ini
menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang menggunakan instrumen Membaca Saringan 1 dan 2
(LINUS) sebagai ujian pra dan pos. Soalan Kaji Selidik juga digunakan untuk mengetahui minat
membaca murid selepas belajar menggunakan KGBK. Hasil analisis statistik inferensi
ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan {t (30) = 3.567, p > 0.05} antara
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam pencapaian kemahiran membaca. Hasil analisis
ujian-t terhadap minat membaca juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan {t
(15) =-17.833, p = 0.002 < 0.05). Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan KGBK
boleh meningkatkan pencapaian kemahiran membaca murid Pemulihan Khas serta berjaya
menarik minat murid membaca. Kesimpulannya, KGBK merupakan kaedah yang berkesan dan
sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran membaca kepada murid Pemulihan Khas. Kaedah ini berjaya
menarik minat murid membaca dan menguasai kemahiran membaca lebih cepat berbanding kaedah
konvensional. Penggunaan KGBK boleh diperluaskan kepada program Pemulihan Khas, Pra Sekolah,
Tadika dan kelas Pendidikan Khas dalam usaha membantu murid menguasai dan meningkat penguasaan
membaca dalam Bahasa Melayu.
|
References |
Abdul Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Abdul Jalil Othman, Norzan Normarini, Ghazali Darusalam & Saedah Siraj. (2011). Cabaran Guru Program LINUS Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Masalah Pendidikan, 34, 37-51.
Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1-12.
Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2016). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 3(2), 49-63.
Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar. Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2 – 4 Jun 2008.
Ahmad Hashim. (2015) Pengujian Pengukuran Dan Penilaian Pendidikan Jasmani: Selangor: Dobook Press Sdn Bhd
Aliza Ali & Zamri Mahmod. (2015). Pembangunan Modul Pendekatan Bermain Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Bahasa Kanak-kanak Prasekolah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(1), 1-8.
Arniza Mokhtar & Zamri Mahamod. (2018). Kemahiran bernilai tambah: Teori dan Amali. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azah Hazwa & Suziyani Mohamed. (2019). Pelaksanaan Pendekatan Belajar Melalui Bermain terhadap Pencapaian Kemahiran Asas Membaca Murid-Murid Prasekolah. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019, 24-25 April 2019 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. eISBN: 978-967-2122-71-5
Azhar Ahmad. (2006). Strategi Pembelajaran dan Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam Dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bengkel Pedagogi untuk Guru-guru Pemulihan Khas Daerah Tanah Merah: Kaedah Gabung Bunyi Kata (KGBK). (2018). Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah: 26 hingga 27 OGOS 2018.
Bolling, C. J. (2008). 'Reading success in the intervention classroom'. NY: McGraw.
Boily, É. Ouellet, C., & Turcotte, C. (2015). Effects of an Assisted Repeated Reading Program on Student Fluency in a Large Class in Burkina Faso. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 174, 244–250.
Charlie Anak Ungang. (2008). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas Membaca di Kelas Pemulihan: Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian. Jurnal Penyelidikan IPBL, 8, 80-96.
Chee Sook Ching, Mahzan Arshad & Adenan Ayob. (2018). Penilaian Semula Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pembacaan Awal. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 3(10), 1-8.
Chew, F. P. (2015). Pelaksanaan program literasi dan numerasi (LINUS) di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu; Malay Language Education MyLEJ), 5(2), 1-11. ISSN 2180-4842.
Chua, Y. P. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah penyelidikan buku 1 (Edisi kedua). Selangor: McGraw- Hill (Malaysia)
Creswell, J. W. (2012). Reka Bentuk Kajian Pendekatan Kualitatif, Kuantitatif dan Mixed (Cetakan ke-2). Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
Dayang Norhafizah Abang Shamat. (2012). Latih Tubi Bacaan Dalam membantu Murid Pemulihan Menguasai Kemahiran Huruf Vokal Awalan. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Pemulihan amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.153-167
Farhana Abdullah Asuhaimi, Amalia Ahmad, Helyawati Baharuddin & Shakirah Mohd Sofi. (2018). Kajian Awal Penggunaan Teknik Fonik Fonik Dalam Pembangunan Aplikasi Mobil Fonik: Bacalah Sayang. 5?? International Research Management & Innovation Conference (5th IRMIC 2018), Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018.
Feagens, L. V., Kainz, K., Amendum, S., Ginsberg, M., Wood, T., & Bock, M. (2012). Targeted Reading Intervention: A coaching model to help classroom teacher with struggling readers. Learning Disability Quartley, 35(2), 102-114.
Fuziati Misbah. (2012). Kajian Tindakan Meningkatkan Penguasaan Membaca Murid Tahun Satu (LINUS) Menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi Kata dengan Teknik Latih Tubi. SK Sri Suria 2, Tanah Merah, Kelantan.
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
Greany, K., & Arrow, A. (2012). Phonological Based Assessment and Teaching Within a First Year Reading Program in New Zealand. Australian Journal of Language Literacy, 35(1), 9-32.
Gupta, R. (2013). More than ABC: Instructional Practices and Children’s Understanding of Literacy Through English. Contemporary Education Dialogue, 10(1), 37-65. Doi: 0.1177/0973184912465160.
Hasnalee Tubah. (2012). Tahap Keberkesanan Kaedah Pengajaran Guru Bahasa Melayu Terhadap Kemahiran Membaca dan Memahami Dari Perspektif Teori Psikososial Vygotsky (1935). Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pemantapan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Bahasa Melayu, 16-20 September, Kuching, Sawarak.
Hoffman, J. L. (2010). Looking back and looking forward: Lessons learned from early reading first. Childhood Education, 87(1), 8-16.
Isahak Haron. (2012). Literasi 2M. Membaca dan Menulis Bahasa Melayu KSSR (Program Linus) Tahap 1. Petaling Jaya: Penerbitan Ilmu Bakti Sdn. Bhd.
Isahak Haron. (2004). Beberapa Kaedah Mengajar Murid-murid Membaca Bahasa Malaysia di Peringkat Awal. Kertas kerja dibentangkan di KOMPEN IV, Persatuan Suluh Budiman, Kuantan.Jabatan Pendidikan Khas.
Isahak Haron. (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim: UPSI
Garis panduan pelaksanaan Program Pemulihan Khas. (2012). Diperoleh daripada www.moe.gov.my/cms/ upload_files/.../ circularfile_file_000074.pdf.Jabatan Pendidikan Khas. (2012).
Garis panduan pelaksanaan Program Pemulihan Khas (2012). Diperoleh daripada www.moe.gov.my/cms/ upload_files/.../ circularfile_file_000074.pdf
Jamaluddin Abdul Rahman. (2013). Pengajaran Bacaan Awal Bahasa Melayu Menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi Kata Kepada Pelajar Pemulihan KhasSekolah Menengah. Diperoleh daripada https://prodtas.blogspot.com /2013/01/pengajaran-bacaan-awal-bahasa melayu.html.
Kamisah Buang. (2013). Pembangunan dan pengujian modul intervensi membaca Bahasa Melayu prasekolah berbantukan multimedia. Tesis Dr. Falsafah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (2016). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lmupur.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Malaysia Education Blueprint 2013-2025 (Malaysia Education Blueprint 2012-2025).
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Laporan Tahunan 2018: Data Murid Pemulihan Khas, Jun 2018. Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK), KPM.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Laporan Tahunan 2017: Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Laporan Tahunan 2015: Data Murid Pemulihan Khas, Jun 2015. Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK), KPM.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Laporan Tahunan 2015: Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012-2015). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Laporan Kajian Pelaksanaan Pemulihan Khas di Sekolah Rendah. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD).
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2020. Kuala Lumpur: KPM.
Khadijah & Zalizan Mohd Jelas. (2010). Satu Tinjauan ‘Prevalence’ Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran pada Tahap 1 Sekolah Rendah Mengikut Persepsi Guru”.
Layang Ugek & Jamaludin Badusah. (2018). Amalan Dan Masalah Pengajaran Literasi Bahasa Guru Bahasa Melayu Ketika Mengajar Murid Penan (Practice and Problems for Malay Language Teachers’ in Literacy Teaching during Teaching Penan Students). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(3), 25-38.
Mahzan Arshad. (2013). Pendidikan Literasi Awal Kanak-kanak: Teori dan Amali. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Manisah Mohd Ali & Muhammad Nazeri Saiden. (2015). The Use of Reading Materials for Children with Reading Difficulties. Procedia Social and Behavioural Sciences 191, 2631-2633
Mohd Isa Abd Razak. (2009). Kaedah Pengajaran Bacaan Asas: Kaedah abjad. blogspot.com
Mohd. Majid Konting. (2009). Instructional Efficiency of the Integration of Graphing Calculators Inteaching and learning Mathematics. International Journal of Instruction, 2(2).
Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Saiful Haq Hussin, Nik Hafizah Ab. Rahman & Agus Syahrani. (2012). Pengajaran Dan Pembelajaran Membaca Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Tamil: ‘Kaedah Gabung Bunyi Kata’. Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra, 12(1).
Nani Menon. (2000). Keberkesanan kaedah gabung Bunyi Kata dalam Kebolehan Awal Bacaan di kalangan kanak-kanak pra sekolah. Universiti Putra Malaysia
Nazariyah Sani. (2014). Pelaksanaan program Literasi dan Numerasi (LINUS): Satu analisis. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Malaya.
Nickel, J. (2011). Early Childhood Education Students’ Emergent Skills in Literacy Scaffolding. Canadian Children, 36(1), 13-19.
Noratiqah Satari, Hasnah Toran & Suziyani Mohamed. (2017). Aplikasi Modul Membaca Fonik Khas Dalam Kalangan Murid Yang Mengalami Autisme. Selangor: UKM.
Noratiqah Satari, Hasnah Toran & Suziyani Mohamed. (2017). Aplikasi modul membaca fonik khas bagi meningkatkan kemahiran asas membaca murid-murid autism. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risale-I Nur (SPRiN2017).
Norfairos Hadzir, Ani Munirah Alias, Aimi Liyana Kamaruzaman & HM. Mohd Yusof. (2016). Teachers’ perception on literacy, numeracy and screening (LINUS2. 0) assessment features based on year 1 students’ performance. Research Journal of English Language and Literature (RJELAL), 4(1), 2321-3108.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid Dan Alam Belajar, Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Norlaila Kuslan. (2014). Aktiviti Pemulihan Bacaan di Sebuah Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes. Tesis PhD. Universiti Malaya.
Nur Shakirah Azizan & Muhammad Saiful Haq Hussin. (2017). Penguasaan Asas Membaca Bahasa Melayu Melalui Program LINUS di Utara Semenanjung Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu 28, 135-163
Nurul Haniza Samsudin. (2017). Pengaplikasian Model Awal Kit Asas Membaca Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Pemulihan Khas. Jabatan Bahasa dan Lingusitik Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid & Nur Azimah Mohd Bukhari. (2018). Pembelajaran Bahasa Kanak-kanak Pemulihan Khas. Kuala Lumpur: ITBN.
Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid & Salmah Ja’afar. (2017). Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-kanak Pemulihan Khas: Pembinaan Bahan Bantu Mengajar. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Jurnal bahasa Melayu, 28.
O'Connor, R. E., White, A., & Swanson, H. L. (2008). Repeated reading versus continuous reading: Influences on reading fluency. Teaching Exceptional Children, 40(3), 76-84.
Othman Talib. (2013). Asas Penulisan Tesis Penyelidikan dan Statistik. Penerbit Universiti Putera Malaysia, Serdang.
Pavlov, I. P. (1957). Experimental psychology and other essays. New York, NY: Philosophical Library.
Peng, C. (2015). Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(2), 1-11. ISSN: 2180-4842
Piaget, J. (1936). Origins of intelligence in the child. London: Routledge.
Podhajski, B., Mather, N., Nathan, J., & Sammons, J. (2015). Professional Development in Scientifically Based Reading Instruction: Teacher Knowledge and Reading Outcomes. Journal of learning disabilities, 42(5), 403–417.
Puteri Roslina Abdul Wahid, Nur Azimah Bukhari & Nurul Haniza Samsudin. (2017). Pembelajaran Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (Lambat Belajar). Institut Terjemahan dan Buku Malaysia: Kuala Lumpur.
Ragbir, K. J. S. (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Ragbir, K. J. S. (2012). Konsep dan Teori-teori Motivasi Berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Ramlah Jantan. (2013). Faedah bermain dalam kalangan kanak-kanak (4-6 tahun): Trend dan Isu Pengajaran dan Pembelajaran (Volume 1. No. 2, ms 59-69). Tg. Malim. Penerbit UPSI.
Ramlah Jantan, Nor Afni Resad & Siti Fathimah Az-Zahra Mohd. Fauzi. (2016). Aktiviti Didik Hibur Dalam Kalangan Guru Pra Sekolah di Daerah Gombak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 5, 19-29.
Ratna Mohd Razali & Adenan Ayob. (2018). Keberkesanan Penggunaan Modul Interaktif Terhadap Pencapaian Membaca Murid Pemulihan. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 3(19), 34-56
Ruhaiza Rusmin. (2014). Perlu pengalaman dan kaedah mantap. Harian Metro, 20 Januari: V4.
Roslan Chin & Nurahimah Yusoff. (2017). Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa untuk Menguasai Kemahiran Membaca dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas. Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Malaysia Universiti Utara Malaysia.
Saadon Awang. (2010). Sistem Pendidikan Baru Malaysia: Suatu Pendekatan Holistik- Komprehensif. College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia JGD – Journal of Governance and Development 69(6), 69-82.
Sekaran, U. (1992). Research methods for bussiness: a skill-building approach. New York: John Wiley & Sons, Inc.
Sharipah Amalhayaty. (2015). Penggunaan Kaedah Fonik Dalam Pengajaran Kemahiran Bacaan Awal Kanak-Kanak Prasekolah. Selangor: UPSI
Siti Dahlia Said. (2017). Perbandingan Kaedah Pengajaran Berasaskan Tema Dengan Kaedah Konvensional Dalam Pembelajaran Kefahaman Membaca Bahasa Inggeris. UTM.
Siti Fadzilah. (2016). ‘Permainan Ting-Ting Minda meningkatkan Kemahiran Membaca Gabungan Suku Kata Jawi Dan Minat Murid Terhadap Pelajaran Jawi Tahun 2”. Universiti Sains Islam Malaysia.
Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep & Amalan dalam Pengukuran dan Penilaian. Bangi: Pusat Pembangunan Akademik UKM.
Sprague, C. (2015). Phonics. Research Starters Education, 1 – 7.
Suraya Tarasat. (2014). Kesan Penggunaan Perisian Asas Membaca Terhadap Pencapaian Membaca Murid Peringkat Pra Sekolah. Tesis Sarjana.Universiti Brunei.
Suryani Talib. (2015). Hubungan Antara Gaya Kogntif dengan Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah Luar Bandar. Disertasi M.Ed. (Psikologi Pendidikan). Tg. Malim: UPSI.
Tamam Timbang, Zamri Mahamod & Afendi Hamat. (2011). Faktor dan Kesan Masalah Membaca dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 89-107. ISSN: 2180- 4842.
Tiong Leh Ling & Zaidatun Nasir. (2008). Pendekatan pembelajaran kemahiran membaca menerusi lagu dan muzik berasaskan komputer bagi murid Tahun Satu. Jurnal Penyelidikan IPBL, 8, 65-72.
Tuzana Mohamad. (2014). Keberkesanan Modul Bacaan Bergred Bagi Membantu Murid Linus Tegar Dalam kemahiran Membaca KVKV. Universiti Sains Malaysia.
Vikneswari, M. (2014). Masalah Membaca Dalam Kalangan Murid Tahun Satu dan Penglibatan Program LINUS Dalam Masalah Membaca. Tesis Master. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Vygotsky L. S. (1935). Mind in Society. The Development of Higher Psychological Processes. Cambridge: Harvard University Press.
Wan Nurzuliana Wan Ahmad & Zamri Mahamod. (2016). Amalan guru dalam Pelaksanan Kemahiran Literasi Bahasa Melayu bagi Program LINUS di Sekolah Rendah. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu dan Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Ke-5, 315-330. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. ISBN: 978- 983-2267-49-2.
Yahya Othman, Aisah Md Daud, Azmey Othman, Dk. Siti Ardiah Pg. Mohiddin & Maszuraimah Muizz Sulaiman. (2012). Pelaksanaan Pengajaran Membaca Menggunakan Kaedah Fonik Peringkat Prasekolah di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 93-109.
Yahya Othman, Roselan Baki & Naffi Mat. (2009). Pemerkasaan Pendidikan Bahasa Melayu: Teori ke Praktik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
Zahanim Ahmad. (2016). Perlaksanaan Literasi dan Numerasi di Sekolah Rendah.
Zainiah Mohd Isa. (2013). Keberkesanan Kaedah Pembacaan Buku Cerita Terhadap Kemahiran Kemunculan Literasi Kanak-kanak Pra Sekolah. Tesis PhD. UPSI
Zalizan Mohd Jelas. (2010). Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan Amalan. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zamri ahamod. (2014). Inovasi P & P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |