UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kemahiran membundar merupakan kemahiran asas dalam konsep nombor yang mula dipelajari dari Tahun 1 dengan nombor 2-digit yang dibundarkan kepada puluh yang terdekat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar KOBUNA dalam kemahiran membundar murid sekolah rendah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang mengaplikasikan model Kemmis & McTaggart (1988). Seramai 31 orang murid Tahun 1 di sebuah sekolah rendah di Zon Keramat, Kuala Lumpur terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah set ujian pra dan pasca serta temubual untuk mengenal pasti keberkesanan sebelum dan selepas penggunaan KOBUNA dalam mempelajari kemahiran membundar.
Dapatan kajian menunjukkan lebih ramai murid masih belum mencapai tahap minimum dalam ujian pra manakala semua murid telah mencapai tahap lebih daripada tahap minimum dalam ujian pasca. Terdapat perbezaan yang signifikan antara markah ujian pra dan pasca selepas menggunakan KOBUNA dalam kemahiran membundar. Melalui temubual, murid menyatakan keseronokan dan minat mereka untuk terus menggunakan KOBUNA. Penggunaan KOBUNA telah membantu meningkatkan penguasaan murid sekolah rendah dalam kemahiran membundar. Pengunaan KOBUNA ini boleh ditambah baik dengan bilangan digit nombor dan nilai tempat yang dibundarkan yang lebih besar menjadikan penggunaannya lebih menyeluruh kepada murid-murid lain pada tahap yang lebih tinggi.
|
References |
Ainun Rahmah, I., Zamri, M., & Wan Muna Ruzanna, W. M. (2017). Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian bahasa melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2), 77-88. Amat Ujali Lan, & Affero, I. (2016, 19 - 20 September 2016). Minat pelajar dalam subjek matematik sekolah rendah daerah Pontian. Paper presented at the Seminar Pendidikan Johor 2016, KSL Hotel & Resort Johor. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). Kurikulum standard sekolah rendah dokumen standard kurikulum dan pentaksiran matematik tahun lima. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia Bonett, D. G., & Wright, T. A. (2015). Cronbach's alpha reliability: Interval estimation, hypothesis testing, and sample size planning. Journal of Organizational Behavior, 36(1), 3-15. Harizon, S. (2014). Amalan pemilihan dan penggunaan contoh guru matematik sekolah rendah: Kajian kes. (Doktor Falsafah), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Jimmy Achaw. (2005). Batu permata yang perlu digilap. Paper presented at the Koleksi Laporan Penyelidikan Tindakan tahun 2005, Serian, Sarawak. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia Kemmis, S., McTaggart, R., & Nixon, R. (2013). The Action Research Planner: Doing Critical Participatory Action Research. New York: Springer Science & Business Media. Kilgour, P. W., Reynaud, D., Northcote, M. T., & Shields, M. (2015). Role-playing as a tool to facilitate learning, self reflection and social awareness in teacher education. International Journal of Innovative Interdisciplinary Research, 2(4), 8-20. Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2016). Sistem Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia Retrieved from https://sapsnkra.moe.gov.my/dokumen/GRED.pdf Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2019). Pelaporan pentaksiran sekolah rendah 2019. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia Liew, V. K. (2007). ICT in education-an action learning approach using soft system methodology. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 17(02), 17-37. Major, K. (2012). The development of an assessment tool: Student knowledge of the concept of place value. In L.P. C. S. F. N. J. Dindyal (Ed.), Mathematics education: Expanding horizons (Proceedings of the 35th annual conference of the Mathematics Education Research Group of Australasia). (pp. 481 - 488). Singapore: Mathematics Education Research Group of Australasia Inc. Mohd Afifi, B. S. (2019). Meningkatkan kemahiran penambahan dan penolakan pecahan pelajar tahun 4 melalui Fraction Cipher. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 9(1), 26-35. Mohd Suhaimi, O., Noor Shah, S., & Mohd Uzi, D. (2017). Penggunaan bahan bantu mengajar guru matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia (JPSMM UPSI), 7(1), 32-46. Mohd. Faizal, M. (2012). Faktor yang berkaitan dengan pencapaian matematik pelajar Melayu sekolah menengah agama daerah Pontian. (Sarjana), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Nor Salhana, M. A. (2015). Meningkatkan kemahiran membundar dengan kaedah Jabal (Bukit). Kajian Tindakan. Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam. Nor’ain Mohd Tajudin, M. P., Adnan, M., Abdullah, M. F. N. L., & Ibrahim, A. (2015). Persepsi dan amalan pengajaran guru Matematik dalam penyelesaian masalah algebra. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 5(2), 12-22. Norazlin, M. R. (2019). Meningkatkan keupayaan murid membundar nombor menggunakan teknik Lin's Cute Bug. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru, 14, 32 - 43. Nur Syafiqah, I., & Nurul Nazirah, M. I. M. (2018). Keberkesanan penggunaan grafik berkomputer sebagai alat bahan bantu mengajar dalam kalangan pelajar reka bentuk dan teknologi. Sains Humanika, 10(3-3), 81-87. Nurabidah, M. A. (2014). Hubungan antara pendekatan pengajaran pensyarah terhadap pendekatan pembelajaran serta kesan efikasi kendiri sebagai faktor moderator dalam kalangan pelajar pascasiswazah di Universiti Teknologi Malaysia. (Sarjana), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Nurul Nashrah, S., Noor Hasimah, H., & Nur Aida, A. H. (2015). Matematik dan kemahiran abad ke-21: perspektif pelajar. Jurnal Pendidikan Matematik, 3(1), 24-36. Reney, P. (2016, 25-27 October 2016). Penggunaan teknik nyanyian dalam meningkatkan kefahaman murid tahun dua dalam topik pembundaran. Paper presented at the International Seminar on Generating Knowledge Through Research, Universiti Utara Malaysia, Malaysia. Siti Rahaimah, A. (2017). Analysis of numerical understanding analysis for primary school. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(10), 713-728. Yusairi, O. (2009). Meningkatkan kemahiran membundarkan nombor bulat, nombor perpuluhan dan wang bagi 15 orang murid tahun 5 melalui teknik ‘D’ dan rajah tulang ikan. Paper presented at the Konvensyen Kajian Tindakan Negeri Perak 2009, Hotel Grand Kampar, Kampar, Perak. Yusairi, O., & Nor Razana, I. (2018, 10-12 Julai 2018). Papan magnetik BUGANO meningkatkan kemahiran murid membundar nombor. Paper presented at the Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Penang, Malaysia.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |