UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Pedofilia merupakan satu jenayah yang membimbangkan apabila melibatkan golongan kanak-kanak. Peningkatan jenayah ini telah menganggu kesejahteraan dan kehidupan kanak-kanak. Pelbagai usaha perlu dijalankan oleh semua pihak untuk membenteras jenayah ini daripada terus berlaku. Berdasarkan jenayah tersebut, satu kajian dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kesedaran dan sikap ibu bapa mengenai jenayah pedofilia. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang penduduk di kawasan Batu Kurau, Perak. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif berdasarkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawaian. Dapatan kajian menunjukkan ibu bapa mengetahui bahawa kanak-kanak terdedah kepada unsur seksual melalui media sosial, internet dan sebagainya dengan min 4.52.
Tahap kesedaran ibu bapa terhadap pedofilia yang merupakan jenayah yang berat dan tidak boleh diabaikan oleh masyarakat mempunyai min yang tinggi iaitu 4.81. Dapatan untuk sikap ibu bapa ialah mereka perlu meningkatkan pemahaman dan mengajar anak-anak tentang tubuh badan terutama bahagian sensitif dengan min 4.63. Implikasi kajian ini sangat berguna kepada ibu bapa dalam menangani masalah ini dengan memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak. Kajian ini juga memberi kefahaman, kesedaran dan sikap yang lebih mendalam kepada ibu bapa untuk memastikan anak-anak tidak menjadi mangsa jenayah pedofilia.
|
References |
Abdul Munir Ismail, & Mohd Daud. (2014). Suatu analisis pendekatan Abdullah Nasih Ulwan dalam menangani penyelewengan terhadap pendidikan anak-anak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 3, 14-35. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/776 Bell, A. (2007). Designing and testing questionnaires for children. Journal of Research in Nursing, 12(5), 461–469. Berlin, F. S. (2014). Pedophilia and DSM-5: The importance of clearly defining the nature of a pedophilic disorder. Acad Psychiatry Law, 42, 404-7. Capra, G. A., Forresi, B., & Caffo, E. (2014). Current scientific research on paedophilia: A review. Journal of Psychopathology, 20, 17-26. Dewar, B. (2013). Cultivating compassionate care. Nursing Standard, 27(34), 48-55. D'iachenko, A. P. & Tsymbal, E. I. (2013). The specific deviant behavior of pedophiles. Sociological Research, 52(4), 84-93. https://doi.org/10.2753/SOR1061-0154520403 Eher, R., Olver, M. E., Heurix, I., Schilling, F., & Rettenberger, M. (2015). Predicting reoffense in pedophilic child molesters by clinical diagnoses and risk assessment. Law and Human Behavior, 39(6), 571-580. https://doi.org/10.1037/lhb0000144 Eshak, Z., & Zain, A. (2020). Kaedah Fuzzy Delphi: Reka bentuk pembangunan modul seksualiti pekasa berasaskan latihan mempertahankan diri untuk prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9(2), 12-22. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/3710 Ismail, H. (2019), Bukan generasi remote contro. Kata-Pilar. Khaliq, N., & Yousaf, Q. (2018). Clinical attributes of pedophilia- A mental illness and psychopharmacological approaches to hit pedophiles. Clin Med Biochem, 4(141). https://doi.org/10.4172/2471-2663.1000141 Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610. Magendran, R. (2017). Nilai murni senjata tangani gejala sosial-TPM. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/345062/nilai-murni-senjata-tangani-gejala-sosialtpm McCartan, K. (2008). Current understandings of paedophilia and the resulting crisis in modern society. In J. M.Caroll, & M. K. Alena (Eds.), Psychological Sexual Dysfunctions, 51-84. Nova Biomedical Mohd Dahlan A. Malek, & Ida Shafinaz Mohamed Kamil. (2010). Jenayah dan masalah sosial di kalangan remaja: Cabaran dan realiti dunia siber. In: Program Jenayah Cyber dan Isu Pemerdagangan Manusia di Malaysia, 26 Aug 2010, Resital Hall, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. (Unpublished) Nor, K. M. T., Zaidatul, N. A. Y., Nurul, N. A. A., Roslina, A., & Siti, H. A. (2018). Influences of paedophilic and family environmental factors on paedophilia: A preliminary study. Proceeding 6th Putrayaja International Conference on Children, Women, Elderly and People with Disabilities (PICCWED 6). Putrajaya: Zes Rokman Resources. 63-69. Nur Saadah Mohamad Aun, & Siti Aishah Mohd Yusof. (2017). Pengetahuan ibu bapa di kawasan Dengkil berkenaan pedofilia terhadap kanak-kanak. Journal of Social Sciences and Humanities. Ryan C. W., Hall, M. D., Richard C. W., & Hall, M. D. (2007). A profile of pedophilia: Definition, characteristics of offenders, recidivism, treatment outcomes, and forensic issues. Mayo Clin Proc, 82(4), 457-71. https://doi.org/10.4065/82.4.457 Zanariah Noor. (2015). Penderaan kanak-kanak oleh ibu bapa atau penjaga dan implikasinya mengikut Undangundang Sivil dan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Perspektif: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7(2), 66 - 80. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1709 Zarina, E., & Azizah, Z. (2019). The importance of sexuality education to preschool children. 13th ICLEHI 2019, Osaka, 058-049.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |