UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :G Geography (General)
Main Author :Azimah Abd Rahman
Title :Pengaruh sumber makanan terhadap taburan habitat populasi burung hijrah di Malaysia
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2020
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Hutan paya bakau menjadi tumpuan habitat bagi pelbagai spesies marin termasuk burung hijrah yang mengunjungi kawasan paya bakau secara bermusim. Di Malaysia, kedatangan burung hijrah membuka potensi yang besar kepada bidang penyelidikan dan perkembangan ekopelancongan. Oleh itu, persekitaran habitat yang sempurna adalah penting bagi menjamin kedatangan spesies burung ini secara berterusan. Persekitaran habitat yang baik menyediakan ruang yang selamat dan aman serta bekalan makanan yang mencukupi kepada spesies burung hijrah sepanjang tempoh migrasi. Sumber makanan dalam bentuk bijirin, buah-buahan dan pelbagai spesies serangga diperlukan dalam diet burung hijrah. Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti keperluan sumber makanan burung hijrah sekitar kawasan hutan paya laut matang di Perak yang menjadi salah satu destinasi tumpuan burung hijrah sepanjang tempoh migrasi. Pendekatan teknologi geografi melalui penggunaan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) digunakan dalam kajian ini. Hubungan antara sumber makanan dengan taburan populasi burung hijrah di analisis mengenalpasti sumber makanan yang terpenting dan amat diperlukan oleh spesies burung ini. Hasil kajian ini menunjukkan taburan sumber makanan yang tersedia di sekitar kawasan kajian adalah terdiri daripada spesies serangga diikuti dengan cacing serta pelbagai spesies moluska yang diperlukan oleh spesies burung hijrah. Analisis yang dihasilkan juga menunjukkan kawasan yang mempunyai sumber makanan yang tinggi menjadi tumpuan utama burung hijrah seperti Kuala Kelumpang, Kuala Selinsing, dan Kuala Gula. Maklumat yang diperolehi melalui kajian ini membantu dalam pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan sekitar Hutan Paya Laut Matang yang lebih berkesan bagi memastikan kawasan ini terus menjadi kunjungan burung hijrah pada setiap tahun.  

References

Moore, F.R., Woodrey, M.S., Buler, J. J.,Woltmann, S., Simons,T.R. (2005). Understanding the Stopover of Migratory Birds: A Scale Dependent Approach.USDA Forest Service Gen. Tech. Rep. PSW-GTR-19.

Wang, Y., & Finch, D.M. (2002). Consistency Of Mist Netting And Point Counts In Assessing Landbird Species Richness And Relative Abundance During Migration. The Condor. 104(1), 59-72.

Rahman, F., & Ismail, A. (2018). Waterbirds: An important bio-indicator of ecosystem. Pertanika Journal of Scholarly Research Reviews, 4(1).

BirdLife International (2010). IUCN Red List for birds. Retrieved on 10 September 2010 from http://www.birdlife.org

Hakim, L., Siswanto, D., & Makagoshi, N. (2017). Mangrove conservation in East Java: the ecotourism development perspectives. Journal of Tropical Life Science, 7(3), 277-285.

Sustaita, D., Rico-Guevara, A., & Hertel, F. (2018). Foraging Behavior. Ornithology: Foundation, Analysis, and Application, 439-492.

Mu, T., & Wilcove, D. S. (2020). Upper tidal flats are disproportionately important for the conservation of migratory shorebirds. Proceedings of the Royal Society B, 287(1928), 20200278.

Mayor, S. J., Guralnick, R. P., Tingley, M. W., Otegui, J., Withey, J. C., Elmendorf, S.C., ... & Schneider, D. C. (2017). Increasing phenological asynchrony between spring green-up and arrival of migratory birds. Scientific Reports, 7(1), 1-10.

Singh, N. S., Bamon, I., Dixit, A. S., & Sougrakpam, R. (2015). Structural variations and their adaptive significances in the bones of some migratory and resident

birds. The Journal of Basic & Applied Zoology, 70, 33-40.

Munira, A., Salmi, A. N., Anuar, M. S., Muin, M. M. A., Abdul, M., Amirrudin, A., &

Juliani, S. N. (2014). Diversity and temporal distribution of birds in ricegrowing landscape, Northern Peninsular Malaysia. Sains Malaysiana, 43(4), 513-520.

Tattoni, C., Soardi, E., Prosser, F., Odasso, M., Zatelli, P., & Ciolli, M. (2019). Fruit availability for migratory birds: a GIS approach. PeerJ, 7, e6394.

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.