UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan mengenal pasti proses sosialisasi dalam kalangan keluarga
penenun serta masyarakat di Mukim Losong, Kuala Terengganu. Terdapat segelintir
penenun yang masih aktif dan mewarisi kemahiran bidang kraf songket ini menerusi
sosialisasi. Penyelidik turut menjelaskan penyampaian ilmu kemahiran kraf yang
berlaku dalam konteks pembelajaran tidak formal melalui ejen sosialisasi seperti
institusi keluarga dan institusi pendidikan dalam keluarga penenun. Kajian ini
menggunakan reka bentuk kajian kes. Data-data diperolehi melalui kaedah
pemerhatian, temu bual bersama informan, rakaman visual dan dokumentasi. Dapatan
data di lapangan dianalisis secara berterusan menggunakan model Interaktif Miles dan
Huberman. Hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa proses sosialisasi dalam
menurunkan ilmu kemahiran menenun yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran,
luaran dan dalaman telah memberi impak kepada golongan penenun di Mukim
Losong, Kuala Terengganu sama ada dalam proses pembuatan mahupun penciptaan
motif tenunan. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa proses sosialisasi
secara tidak langsung memberi kesan khususnya terhadap persekitaran seharian dan
keluarga penenun. Implikasi penyelidikan ini secara amnya menunjukkan pendedahan
dan peralihan ilmu kemahiran kraf songket menerusi sosialisasi keluarga dan
masyarakat setempat serta memainkan peranan penting dalam meneruskan warisan
tenunan songket di Terengganu. |
References |
A. Aziz Deraman. (1985). Dasar Kebudayaan Kebangsaan Ciri Dan Kepentingan (National Cultural Policy: Its Characteristics and Importance) : Penerbit petikan dari jurnal Alju Suci
A.Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. New Jersey: Prentice Hall.
Bogman dan Biklen. (1982). Qualitative Research for. Education: An Introduction to Theory and Methods. Allyn and. Bacon, Inc.: Boston London.
Chua Yan Piaw. (2006). Asas statistik penyelidikan. Kaedah dan statistik penyelidikan. Penerbit McGraw-Hill.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Buku 1. Kaedah. Penyelidikan. Edisi Kedua. Mc Graw Hill. Kuala Lumpur.
Creswell. (1994). Research Design Qualitative and Quantitative Approaches. Thousand Oaks. CA Sage.
Creswell & Clark. (2011). Designing and Conducting Mixed Methods Research. 2nd Edition. Sage Publications, Los Angeles.
Creswell, J. W. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed methods Approaches. Ch 8
Creswell. (2008). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches, 3rd Edition.
Drs. Ary H. Gunawan. (2000). SOSIOLOGI PENDIDIKAN Suatu Analisis Sosiologi Tentang Pelbagai Problem Pendidikan. PT Rineka Cipta, Jakarta.
Fine dan Sandstorm. (1988). Knowing Children, Vol. 15. SAGE Publications.
Gay & Airasian. (2000). Educational Research: Competencies for Analysis and Application. Edition. Penerbit Merrill.
Giddens. (1993). Sociology Edition, 2nd ed. Cambridge. Polity Press. Jary & Jary. (1995). Collins Dictionary of Sociology Collins Dictionary of Series. Edition, 2. Glasgow. Publisher.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lofland & Lofland. (1995). Analyzing Social Settings: A Guide to Qualitative Observation and Analysis. (4th Ed.) .Belmont, CA: Wadsworth Thomson Penerbit LONGMAN.
Merriam. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. Penerbit Jossey-Bass: San Francisco.
Miles, M. B. & Huberman, A. M. (1992). Qualitative Data Analysis. Beverly Hill CA: Sage Publication, Inc.
Mohd. Majid. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Penerbit, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Majid. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Moore, S.A. (1998). Time To Performance.
Nasikun. (1984). Sistem Sosial Indonesia. Jakarta : CV Rajawali
Nor Azlin Hamidon. (2002). Seni Rupa Melayu karya dalam buku "Kesenian Melayu". Kuala Lumpur Akademi Pengajian Melayu.
Norazit Selat. (1989). Konsep asas antropologi. Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Norwani Mohd Nawawi. (2002). Songket Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Othman Lebar. (2009). Penyelidikan kualitatif : pengenalan kepada teori dan metode.
Peter Dormer. (1997). The Culture of Craft: Status and Future (Studies in Design and Material Culture). Amazon's Book Store.
Rahmah Bujang dan Nor Azlin Hamidon. (2002). Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Kuala Lumpur.
Robyn Maxwell dalam Norwani (2002), Songket Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Penerbit Prentice Hall/Pearson Malaysia.
Sarwono. (2004). Sosiologi Kesehatan, Rineka Cipta, Jakarta.
Selvanayagam, Grace Impam. (1991). Songket Malaysia's Woven Treasure, Penerbit Oxford University Press Pte Ltd, Singapore.
Siti Hanim. (2014). Pendidikan Sosiobudaya Dalam Konteks Pengembangan dan Pengekalan Kraf Tekat Di Daerah Kuala Kangsar.UPSI.
Siti Hayati. (2011). Pendekatan Sosial Dalam Pendidikan Seni:Strategi & Pelaksanaan Di Malaysia. Dipetik daripada: http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/ 2011/08.
Siti Zainon Ismail. (1986), Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Siti Zainon Ismail. (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, p.174-175.
Siti Zainon Ismail. (1991). Makna Seni Tampak-Seni Halus: Pendekatan Sosio-Budaya dan Tradisi Kesinambungan dalam Seni Lukis Sezaman, INTI, Jurnal Perintis Pendidikan Seni lukis dan Senireka, Institut Teknologi Mara, Shah Alam.
Syed Ahmad Jamal. (1992), Rupa dan Jiwa, Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Tjeptjep Rohendi Rohidi. (1994). Pendekatan Sistem Sosial Budaya dalam Pendidikan. Semarang: IKIP Semarang Press.
Tjetjep Rohendi Rohidi dan Halim Husain. (2015). Metodologi Penyelidikan Seni (pertama). Perak: Malim Sarjana.
Yahaya, A. (2006). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan: Teori, Analisis & Interpretasi Data. (Irma Indayu Omar, Ed.) (pertama). Selangor: PTS Professional.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |