UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan adaptasi konsep identiti budaya setempat dalam reka bentuk landskap sekolah. Ini kerana ruang landskap merupakan salah satu elemen yang berpotensi untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Objektif kajian ini adalah untuk memahami konsep identiti budaya setempat untuk diadaptasikan pada ruang landskap sekolah dan menilai keberkesanan adaptasi identiti budaya dalam reka bentuk landskap. Kajian ini dijalankan secara diskriptif mengunakan kaedah kualitatif dengan melibatkan kajian kes di sebuah sekolah. Kajian ini melibatkan 20 orang peserta termasuk lima orang guru, lima orang komuniti dan 10 orang murid. Data dikumpul sewaktu kajian lapangan dijalankan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Data dianalisis secara manual melalui dokumentasi proses pembangunan landskap. Seterusnya, data dikategorikan mengikut tema yang telah dibangunkan selari dengan objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan adaptasi konsep identiti budaya dalam membangunkan landskap di sekolah memberi konsep yang baru dalam reka bentuk landskap sekolah. Seterusnya, kolaborasi antara guru dan peserta dalam kajian ini berjaya mengadaptasikan replika alat muzik kulundi, perisai, motif anyaman dan ukiran kayu pada ruang landskap sekolah. Kesimpulannya, kajian ini dapat memberi panduan kepada guru dan masyarakat untuk merekabentuk landskap yang berkonsepkan identiti budaya setempat.
|
References |
Abd Hakim Mohad., & Ros Aiza Mohd Mokhtar. (2017). Agama dan budaya berpisah tiada: Tinjauan terhadap masyarakat Murut Tahol di Sabah. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 5(2). Abdul Halim Husain. (2007). Identiti visual seni arca moden Malaysia dalam konteks kebudayaan. Thesis Doktor Falsafah: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Chua Yan Piew. (2014). Kaedah penyelidikan. Selangor: McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd. Cho Minsung., & Puteri Roslina Abdul Wahid. (2016). Penterjemahan budaya bukan kebendaan dalam teks terjemahan bahasa korea-bahasa Melayu. Jurnal Melayu Bil. 15(2). Egmal Adin. (2017). Ekspresi seni murid Penan dalam Pendidikan Seni Visual berasaskan kebudayaan di Baram. Tesis Doktor Falsafah (Pendidikan Seni) Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ghazali Darusalam., & Sufean Hussin. (2018). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan amalan dan analisis kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hazreena Hussein., & Md Nasir Daud. (2013). Taman sensori untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Julaihi Wahid. (2014). Urbanisasi dan Perumahan di Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Intan Khasumarlina Mohd Khalid. (2014). “Healing Garden” sebagai Asas merekabentuk landskap masa kini. Jurnal Seni dan Pendidikan Seni ISSN 2289-4640 / Vol. 2. Ismail Ibrahim. (2015). Warisan motif dan corak Murut edisi ke tiga. Sabah: Universiti Malaysia Sabah. Jacqueline Pugh Kitingan. (2019). Sama’ Bajau influences in makiang musical culture. Borneo Research Journal, Special Issue 2019, 121-138. Kntayyah M., & Paul Porodong. (2012). Murut dan pelbagai etnik kecil lain di Sabah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan buku Malaysia. Lauri Macmillan Johnson., Kim Duffek., & James Richards. (2008). Creating outdoor classrooms schoolyard habitats and Gardens for the Southwest. United states of America: Universiti of texas press. Mohd Redzauddin Ismail. (2008). Hubungan rekabentuk landskap sekolah dengan pencapaian prestasi akaoemik pelajar sekolah menengah besut Terengganu. Thesis Sarjana: Universiti Putra Malaysia. Mohd Kher, H., Noorizan, M., & Mustafa Kamal, M. S. (2008). Pengenalan kepada asas seni bina landskap. Serdang:Universiti Putra Malaysia Naeemah Yusof., & Shahada Sharuddin. (2013). Mencari identiti taman Malaysia. Negeri Sembilan: Kolej Komuniti Jempol. Othman Lebar. (2017). Nipis tapi kritis panduan mudah menulis soratan literatur kritis. Selangor: MPWS Rich Publications Sdn. Bhd Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2012). Pendidikan Pra Sekolah hingga lepas Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia. Saidatul Nornis Mahali. (2017). Pumpunan budaya peribumi di Sabah: Sabah: Universiti Malaysia Sabah. Salina, Mohamed Ali., Katiman Rostam., & Abd. Hair Awang. (2014). Ciri-ciri senibina landskap sekolah di Lembah Klang-Langat: Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 1 (118 - 129) 118 © 2014, ISSN 2180-2491. Sariefudin Abdullah., Mansor Nor., Rizal Yusof., & Faridah Husain. (2017). Konsep komuniti dan perkembangannya: Suatu tinjauan kritikal terhadap penggunaannya: Journal of social sciences and humanities vol 12 no 3. UKM. Siti Uzairiah Mohd Tobi. (2018). Kajian kualitatif dan analisis temu bual. Reezqi Publication: Kuala Lumpur
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |