UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi masyarakat Iban terhadap tenunan pua sungkit di Batang Ai. Tiga objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti pua sungkit di kawasan Batang Ai, meneliti fungsi pua sungkit dalam kehidupan masyarakat Iban dan melihat perubahan dalam pembuatan pua sungkit yang melibatkan sepuluh buah rumah panjang di Batang Ai, Lubok Antu. Untuk mencapai objektif berkenaan, pengkaji melaksanakan kaedah kepustakaan dan kaedah lapangan dengan mengaplikasikan teori budaya dan teori seni. Teori budaya berkaitan dengan tradisi dan aktiviti seharian yang dilakukan, manakala teori seni memperlihatkan warisan dan kraftangan yang dihasilkan oleh masyarakat Iban. Sesi temubual dan soal selidik yang dijalankan melibatkan seramai lima puluh orang responden dan empat belas orang informan untuk menerangkan hubungkait di antara penghasilan pua sungkit ini dengan budaya masyarakat Iban. Sesi temubual mendapati beberapa orang informan yang masih sihat sanggup untuk menjadi tenaga pengajar, yang selebihnya tidak mahu kerana telah uzur. Sesi soal selidik pula menunjukkan majoriti daripada responden bersetuju bahawa pua sungkit adalah sebagai pengganti pua kumbu. Dapatan kajian menunjukkan masih ramai dalam kalangan masyarakat Iban yang berminat dan mahir bertenun serta menghasilkan pua sungkit, golongan wanita Iban yang muda kini berikhtiar untuk belajar menenun. Kesimpulannya, warisan tenunan masih relevan dan terpelihara kerana fungsi-fungsi pua sungkit sebagai kelengkapan pakaian tradisional wanita yang unik, sebagai kain khas yang digunakan dalam upacara-upacara ritual keagamaan, sebagai hantaran perkahwinan dan sebagai alat hiasan di rumah. Implikasinya ialah tercetusnya cadangan untuk mewujudkan tempat-tempat latihan menenun, membina laman sesawang sebagai platform pemasaran pua sungkit tempatan, dan menjadikan seni tenunan pua sungkit sebagai salah satu subjek ERT (Ekonomi Rumah Tangga) di sekolah bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya tenunan
|
References |
Augustine Anggat Ganjing. (1991). Asas Ukiran Iban Satu Pengenalan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Barbara Leigh. (2000). The Changing Face Of Malaysian Crafts Identity, Industry, And Ingenuity. Singapore. Oxford University Press. Dalilah Mohd Rubi, Suriani Mohamed, Ridzwan Che’ Ros, Nor Asimah Zakaria. (2012). Pola Pemilihan Rekaan Dan Produk Batik Malaysia Dalam Kalangan Remaja: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Datin Amar Margaret Linggi. (2001). Ties that Bind:Iban ikat weaving.(2nd ed.). Kuching: The Tun Jugah Foundation. David Kaplan., & Albert A. Manners. (1999). Teori Budaya. Yogyakarta. Pustaka Pelajar. Devourie Gail., & Lorita Jeros. (2007). Motif Iban Dalam Pengaplikasian Seni Tampak Di Malaysia. Kuching: Universiti Malaysia Sarawak. Dewan Bahasa Dan Pustaka. (1989). Kamus Bahasa Iban – Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan.(Edisi Keempat). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Edric Ong. (1996). Pua Iban Weavings Of Sarawak. Kuching. Society Atelier Sarawak. Grant Pooke., & Diana Newall. (2008). Art History The Basics. New York. Routledge. Heidi Munan. (1989). Images Of Asia Sarawak Crafts Methods, Materials, And Motifs. Singapore. Oxford University Press. Heribert Amann. (2013). Textiles From Borneo: Iban Kantu Ketungau and Mualang Peoples. Milan: 5 Continents Editions. Janet Rata Noel. (2016). "Pua Kumbu And The Politics Of Heritage" dlm Ngingit (Isssue 7 February). Kuching: The Tun Jugah Foundation. Jimbun Tawai. (2013). Ngepan Asal Iban. Kuching. Yayasan Kebudayaan Dayak. Joseph Fischer. (1979). Threads Of Tradition: Textiles Of Indonesia And Sarawak. California: University Of California. Karol Berger. (2000). A Theory Of Art. New York. Oxford University Press. Kim Jane Saunders. (1997). Contemporary Tie And Dye Textiles Of Indonesia. Singapore: Oxford University Press. Lydia Van Gelder. (1980). Ikat. New York: Watson-Guptill Publications. Nalong Buda., & Johnny Chuat. (2009). Iban Pegai Rajah Brooke. Bintulu. Pegari Iban Production. Noria Tugang. (2014). Pua Identiti Dan Budaya Masyarakat Iban. Kota Samarahan: Penerbit Universiti Malaysia Sarawak. Norwani Mohd. Nawawi. (1994). Malaysian Songket. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Zahuri Khairani, Mohammad Rusdi Mohd Nasir. (2012). Repositioning Pua Kumbu And Batik Through Artistic Practice : Globalising The Local By Drawing Upon Diverse Malaysian Cultural Forms: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohd Zahuri Khairani. (2011). Contemporary Art, Craft And Hybridity: Malaysian Encounters And Responses: Sheffield Hallam University. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. (1999). A Malaysian Touch Textiles For The New Millenium An Inaugural Edition. Kuala Lumpur. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Philip Langie. (2016). "Kategori Indu Iban Dulu Menya" dlm Ngingit (Issue 7 February). Kuching: The Tun Jugah Foundation. Rafeah Buang. (2008). Kain tenun Pahang. Pahang Darul Makmur: Lembaga Muzium Negeri Pahang. Robert Williams. (2009). Art Theory An Historical Introduction. (2nd Ed.). United Kingdom. Wiley-Blackwell. Roger M. Keesing (1974). Theories Of Culture. Canberra: Institute Of Advanced Studies Australia. Savitri Suwansathit. (2002). "Thai Textiles: An Asean Cultural Heritage" dlm From Loom To Computer. COCI: Asean Committee On Culture And Information. Shirley Vilin Ikok. (2016). "Nentuka Nama Enggau Pejuluk Buah Pua Kumbu" dlm Ngingit (Issue 7 February). Kuching: The Tun Jugah Foundation. Sumandiyo Hadi (2012). Mapping Teori Seni. Yogyakarta: Institut Seni Indonesia. Suwati Kartiwa. (1986). Kain Songket Indonesia Songket Weaving In Indonesia. Jakarta: Penerbit Djambatan. Suwati Kartiwa. (1989). Tenun Ikat Indonesian Ikats. (2nd ed.) Jakarta: Penerbit Djambatan. Sylvia Fraser-Lu. (1988). Handwoven Textiles Of South – East Asia. Singapore. Oxford University Press. The E.M. Bakwin Collection At The Art Institute Of Chicago. (2007). The Art Of Indonesian Textiles. Chicago: The Art Institute Of Chicago. Traude Gavin. (2004). Iban Ritual Textiles. Singapore: Singapore University Press. Tun Jugah Foundation. (1994). Handy Reference Dictionary Of Iban And English. Kuching. Tun Jugah Foundation Publication Series. Wendy Mee. (2010). A Traffic In Songket: Translocal Malay Identities In Sambas. Singapore: The National University Of Singapore.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |