UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan untuk menyelidiki hubungankait yang komplex di antara nilai (values) dan pembelajaran guru pelatih. Penyelidikan ini mempunyai tujuan untuk memastikan apakah nilai (values), pendekatan pembelajaran (approaches to learning) guru pelatih membawa ke pengajian tinggi, apakah impak nilai (values) terhadap cara-cara guru pelatih mendekati pembelajaran mereka dan hasil pembelajaran mereka dari segi kemanjuran pengajaran (teaching self-efficacy). Analisis menunjukkan hubungankait di antara nilai (values) dan pendekatan pembelajaran (approaches to learning) tetapi tidak dapat memastikan sebabsebabnya. Guru pelatih yang mempunyai nilai Self-transcendence (rangsangan dari segi - tidak mempunyai kepentingan diri, nilai berkongsi di antara rakan, dan murah hati) juga mempunyai pendekatan pembelajaran yang mendalam (deep approaches to learning) dan ini mempunyai pengaruh terhadap kemanjuran pengajaran yang positif (positive teaching self efficacy). Walaupun agak susah untuk manipulasikan nilai (values) seseorang guru pelatih, pensyarah-pensyarah guru pelatih boleh memastikan dan mewujudkan satu suasana persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berunsurkan pelajar (student-centered) untuk membina dan membangkitkan pembelajaran yang mendalam (deep approaches to learning) dari mula pelajar masuk ke universiti. Dapatan dari kajian ini merupakan pendekatan cross-sectional dan bukan satu kajian longitudinal, jadi sebab-sebab causal tidak dapat dipastikan. Tetapi, faktor-faktor yang mungkin mewujudkan pembelajaran yang mendalam (deep approaches to learning) adalah pembelajaran yang berunsurkan masalah, pengajaran yang kreatif, pembelajaran aktif, pembelajaran koperasi, masa yang cukup dan lain-lain lagi haras diselidiki dengan lebih lanjut. Kajian ini haras menjadi satu peringatan bahawa nilai (values), pendekatan pembelajaran (approaches to learning) dan cara-cara pendekatan pembelajaran ini dapat mempengaruhi kemanjuran pengajaran (teaching self efficacy) dan haras diberi pertimbangan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |