UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Artikel ini adalah tentang komoditi getah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) antara tahun 1900-1941. Getah merupakan komoditi utama dalam kegiatan ekonomi pada zaman kolonial British di NNMB. Kajian ini dihasilkan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah ini menekankan analisis dokumen dan manuskrip ke atas sumber primer seperti laporan tahunan dan fail-fail kerajaan British. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti pertanian sudah menjadi rutin masyarakat tempatan, khususnya orang Melayu di NNMB. Tanaman yang menjadi pilihan masyarakat tempatan adalah seperti ubi kayu, lada, kopi dan gambir. Salah satu daripada tanaman penting sepanjang penjajahan di Tanah Melayu yang berkembang pesat adalah tanaman getah. Tanaman ini memberi keuntungan ekonomi ke atas British dan boleh dibuktikan melalui penjadualan harga eksport dan import tanaman getah di peringkat antarabangsa. Secara kesimpulannya, artikel ini memperlihatkan kepentingan tanaman getah khususnya ke atas pihak yang berkepentingan (stakeholder) selain daripada pihak British dalam proses pembinaan ekonomi di Tanah Melayu. Pada akhir tahapnya, artikel ini akan menilai sejauh mana getah dapat meningkatkan ekonomi British untuk terus utuh di Tanah Melayu.
|
References |
Aiken, S. R. (1994). Pembangunan dan persekitaran di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Allen, D. F. (1953). Reports in the minor ports of Malaya. Singapore: Government Printers. Amarjit Kaur. (1992). Perkembangan ekonomi Selangor: Suatu tinjauan sejarah. Kuala Lumpur: United Selangor Press Sdn Bhd. Department of Agricultural Straits Settlements and Federated Malay States. (1939). Malayan agricultural statistics, 1938. Kuala Lumpur: Caxton Press Ltd. Eaton, B. J., & Day, W. F. (1917). Investigation on sulphur in vulcanized rubber. The Agricultural Bulletin of Federated Malay States. No. 2, vol. 6. Federation of Malaya. (1958). Report of inquiry into the port of Port Swettenham. Kuala Lumpur: Government Printers. F.M.S Government. (1915). Annual report on the Trade Department Port Swettenham for the year 1914-1915. Kuala Lumpur: Government Printing Office. F.M.S Government. (1917). Annual report on the trade of Custom Department Port Swettenham for the year 1916-1917. Kuala Lumpur: Government Printing Office. F.M.S Government. (1918). Annual report of Federated Malay States railways 1914-1918. Kuala Lumpur: Government Printing Office. Gullick, J. M. (2000). A history of Kuala Lumpur, 1857-1939. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). Gullick, J. M. (2003). A history of Negri Sembilan. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). Gullick, J. M., & Gale, B. (1986). Malaysia: Its political and economic development. Petaling Jaya: Pelanduk Publication. Hagan, J, & Wells, A. (2005). The British and rubber in Malaya, c1890-1940. https://ro.ouw.edu.au/artspapers/1602 [Muat naik pada 20 Februari 2020]. Jen, L. D. (1982). British Malaya: An economic analysis. Kuala Lumpur: Institut Analisa Sosial (INSAN). Jin-Bee, O. (1968). Bumi, pendudok dan ekonomi di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jin-Bee, O. (1976). Peninsular Malaysia. New edition of land, people and economy in Malaysia. New York: Longman. Lim, T. G. (1974). Malayan peasant small holders and the Stevenson Restriction Scheme, 1922-1928. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 47(2), 105-22. Lim, T. G. (1977). Peasant and their agricultural economy in colonial Malaya 1874-1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Masziah, M. (2009). Sejarah pertanian komersial di Selangor: Dengan perhatian kepada kopi, getah, padi dan kelapa, 1900-1941. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Radhakrishnan, P. (1974). The role of rubber in the West Malaysian economy. Tesis Doktor Falsafah. California: Stanford University. Selangor Government Gazzette. (1906). Report on Klang District 1905. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia (ANM). Tan, E. L. (1961). The Chinese banks incorporated in Singapore and the Federation of Malaya. dalam T.H. Silcock (ed.). Readings in Malayan Economics. Singapore: Eastern Universities Press. Tan, T. J., Ho, W. F, & Tan, J. L. (2005). The Chinese Malaysian contribution. Kuala Lumpur: Centre for Malaysian Chinese Studies. Tempany, H. A. (1934). Annual report of the Department of Agricultural, S. S and F. M. S for the year 1934. Kuala Lumpur: Printed at the Federated of Malay States Government Press. The Federated Malay States Government Gazette. (1914). Report on posts and telegraphs department for the year 1914. Kuala Lumpur: Government Printing Office. The Federated Malay States Government Gazette. (1924). Report on the posts and telegraphs department for the year 1924. Kuala Lumpur: Government Printing Office. Wright, A., & Cartwright, H. A. (1989). Tweintieth century impressions of British Malaya: Its history, people, commerce, industries, and resources. Singapore: Graham Brash pte.ltd.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |