UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Implementasi elemen sinografi dalam penciptaan karya kreatif dan artistik saling
berdampingan dan juga merupakan komponen penting dalam proses teaterikal sesebuah
produksi teater. Ini kerana komponen sinografi menggabungkan elemen rekaan visual dan
idea kreatif dalam bentuk abstrak, realistik dan eksperimental mengikut konsep dan tema
naskah yang dipentaskan. Kajian ini dijalankan menerusi kaedah kualitatif yang berpandukan
data yang ditemukan karya teater produksi kesenian menengah atas dan kurikulum
pengajaran dan pembelajaran elemen sinografi ke atas 20 orang pelajar dan 2 orang guru.
Justeru kajian memperlihatkan peranan sinografi dalam menghasilkan suatu pementasan
produksi teater di Sekolah Seni Malaysia, Johor yang berkesan dengan penerapan corak
pengajaran dan pembelajaran yang memberi fokus kepada pembinaan kemahiran pemikiran
kreatif dan inovatif melalui aktiviti eksplorasi untuk menghasilkan idea serta daya cipta yang
berkualiti. Selain itu ia turut memperlihatkan faktor-faktor yang mempengaruhi permasalahan
pengajaran dan pembelajaran sinografi dalam produksi. Hasil kajian ini memperlihatkan
kepentingan sinografi melalui pendekatan eksplorasi bagi memastikan pemahaman
pengolahan elemen sinografi dalam kalangan tenaga pengajar dan pelajar didedahkan pada
peringkat awal dalam sesebuah produksi teater. |
References |
Aronson, A. (2017). The routledge companion to scenography. New York: The Routledge
Gardner, H. (1983). Frames of mind: a theory of multiple intelligences. New York: Basic Books.
Pamela, H. (2009). What is scenography. London: Routledge.
Pantouvaki, S. (2010). Visualising theatre studies: scenography from concept to design realisation mapping minds. Monika Raech: IDP |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |