UPSI Digital Repository (UDRep)

Implementasi elemen sinografi dalam penciptaan karya kreatif pelajar menengah atas menerusi produksi teater di Sekolah Seni Malaysia, Johor

AVAILABLE Research Report 778 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Implementasi elemen sinografi dalam penciptaan karya kreatif pelajar menengah atas menerusi produksi teater di Sekolah Seni Malaysia, Johor
Type
Research Report
Main Author
Zolkipli Abdullah
Additional Authors
  • Muhammad Fazli Taib Saearani
  • Syahrul Azlina Sikandar
Subject
PN Literature (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2018
Degree Type
Others
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Implementasi elemen sinografi dalam penciptaan karya kreatif dan artistik saling berdampingan dan juga merupakan komponen penting dalam proses teaterikal sesebuah produksi teater. Ini kerana komponen sinografi menggabungkan elemen rekaan visual dan idea kreatif dalam bentuk abstrak, realistik dan eksperimental mengikut konsep dan tema naskah yang dipentaskan. Kajian ini dijalankan menerusi kaedah kualitatif yang berpandukan data yang ditemukan karya teater produksi kesenian menengah atas dan kurikulum pengajaran dan pembelajaran elemen sinografi ke atas 20 orang pelajar dan 2 orang guru. Justeru kajian memperlihatkan peranan sinografi dalam menghasilkan suatu pementasan produksi teater di Sekolah Seni Malaysia, Johor yang berkesan dengan penerapan corak pengajaran dan pembelajaran yang memberi fokus kepada pembinaan kemahiran pemikiran kreatif dan inovatif melalui aktiviti eksplorasi untuk menghasilkan idea serta daya cipta yang berkualiti. Selain itu ia turut memperlihatkan faktor-faktor yang mempengaruhi permasalahan pengajaran dan pembelajaran sinografi dalam produksi. Hasil kajian ini memperlihatkan kepentingan sinografi melalui pendekatan eksplorasi bagi memastikan pemahaman pengolahan elemen sinografi dalam kalangan tenaga pengajar dan pelajar didedahkan pada peringkat awal dalam sesebuah produksi teater.

References

Aronson, A. (2017). The routledge companion to scenography. New York: The Routledge

 

Gardner, H. (1983). Frames of mind: a theory of multiple intelligences. New

York: Basic Books.

 

Pamela, H. (2009). What is scenography. London: Routledge.

 

Pantouvaki, S. (2010). Visualising theatre studies: scenography from concept

to design realisation mapping minds. Monika Raech: IDP


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.