UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan Modul Kesediaan Global Kanak-kanak
Prasekolah berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Proses pembangunan modul
melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis elemen keperluan modul, fasa pembangunan modul dan
fasa pelaksanaan dan penilaian modul. Modul Kesediaan Global yang dibangunkan ini
merangkumi aspek (a) kemahiran komunikasi dan kebolehan berbahasa pelbagai (b) kemahiran
ICT (c) kepelbagaian dan multikulturalisme (d) kemahiran berfikir aras tinggi (e) kemahiran
pemeliharaan alam sekitar (f) kemahiran literasi kewangan dan (g) kemahiran asas keselamatan
serta pertahanan diri. Kajian secara kualitatif menggunakan teknik temu bual, pemerhatian dan
analisis dokumen melibatkan 10 orang guru prasekolah di sekitar negeri Kedah, Pulau Pinang
dan Perak. Dapatan kajian dalam fasa pertama telah mengenalpasti elemen keperluan modul
berasaskan tujuk aspek yang telah dinyatakan. Dalam fasa kedua iaitu fasa pembangunan modul,
penambaikan telah dibuat berdasarkan komen daripada pakar dalam bidang pendidikan awal
kanak-kanak. Dapatan daripada fasa akhir iaitu pelaksanaan dan penilaian mendapati modul ini
dapat dilaksanakan dengan berkesan dan guru . mempunyai pengetahuan dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran berasaskan KBAT di prasekolah. Dapatan juga mendapati modul
berjaya menerapkan unsur global dalam kalangan kanak-kanak dengan menggunakan kemahiran
KBAT bagi memastikan kanak-kanak mempunyai kemahiran untuk menyesuaikan diri dengan
senario yang sentiasa berubah di peringkat global. Impilkasi kajian ini menunjukkan modul yang
tersusun dan berkesan perlu dibangunkan sebagai garis panduan kepada guru dalam merancang
pengajaran bagi menerapkan pengajaran Pendidikan Kesediaan Global Kanak-Kanak Prasekolah
melalui KBAT. |
References |
Carnoy, M., (1999). Globalization and educational reform: What planners need to know. Paris: UNESCO.
David, T., (2010). Curriculum in the early years in Pugh Gillian Contemporary issues in early years. London: Sage Publications.
Fan, S.P., Liberman, Z., Keysar, B., & Kinzler, K.D. (2015). The exposure advantage: early exposure to a multilingual environment promotes effective communication. Psychological Science, 26 (7), 1090–1097.
Kate, C. and D. Cuthbert, 2014. Global childhoods issues & debates. Los Angeles: Sage Publications.
Oltman, M. (2012). Natural Wonders. A Guide to Early Childhood for Environmental Educators. Minnesota Children’s Museum and the Minnesota Office of Environmental Assistance. Minnesota: Minnesota Children’s Museum.
Mohd Zohir Ahmad & Nordin Abd Razak. (2007). Pendidikan alam sekitar di sekolah: Komitmen Guru. Pendidikan Lestari. DP Jilid 7(2):74-81.
Puchta, H. (2012) Developing Thinking Skills in the Young Learners’ Classroom . Cambridge: Cambridge University Press.
Rohaty Mohd Mahzub. (2012). Identiti Guru : Cabaran dan Hala Tuju. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan (110-121). Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |