UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Alam pembelajaran kanak-kanak bermula dengan tercetusnya satu pengalaman. Membesar dalam kemajuan pembangunan teknologi dan perisian evolusi abad ke 21 mencabar proses perkembangan intelek kanak-kanak. Intelligent Quotient (IQ), iaitu kecerdasan akal semata-mata tidak menjanjikan keseimbangan dan kejayaan dalam pengurusan kehidupan Kekaguman dan ketinggian intelek yang terkandung di dalamnya mempamerkan kerelevanan dalam upayanya mengendalikan daya intelek dan imaginasi kanak-kanak. Terdahulu, kanak-kanak leka dengan sastera lisannya tetapi gaya hidup kini mengubah kehidupan semula jadi kanak-kanak melalui ledakan informasi pembangunan teknologi yang berupaya mempengaruhi minda kanak-kanak dengan maklumat kurang tepat dan mengelirukan. Dengan menggunakan bahan tontonan kartun animasi Upin dan Ipin, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis bagaimana kanak-kanak menguruskan daya intelek dalam episod “Cari dan Simpan”. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan Prinsip Kepimpinan yang terkandung dalam Pendekatan Pengurusan (Mohammad Mokhtar Abu Hassan, 2013). Pemaparan episod Upin dan Ipin ini memperlihatkan pengurusan daya intelek dan rangsangan imaginasi kanak-kanak dalam menguruskan kehidupan tanpa sengaja, tiada paksaan dan tiada kekasaran yang hanya akan menghentikan proses pembelajaran kanak-kanak. Hasil daripada kajian ini menjelaskan dalam proses kanak-kanak mencari logik, mereka banyak menggunakan daya intelek dan rangsangan imaginasi bagi membentuk realiti dalam kehidupan dengan memikirkan cara menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu, dapatan kajian ini juga dapat memberikan sumbangan dari segi penambahan kajian-kajian berkaitan dengan pengurusan kehidupan kanak-kanak.
|
References |
A. Aziz Deraman. (2005). Intelektualisme budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Budaya. Ahmad Esa, Baharom Mohamad & Siti Nasrah Mukhtar. (2007). Peranan multimedia di dalam pembelajaran kanakkanak. Johor Bharu: UTHM. Arbai’e Sujud, Nik Rafidah Nik Muhammad, Affendi & Asiah Abdul Rahman. (2001). Sastera Melayu suatu pengantar edisi baharu. Kuala Lumpur: Tinta Press Sdn Bhd. Bandura, A. (1997). Social learning theory. Amarika: New Jersey. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2005). Animasi dari helaian kertas ke skrin digital. Selangor: Ventor Publishing. Lambert. L, (2010). Keupayaan kepimpinan untuk pembangunan sekolah yang berterusan. (Balasandran A. Raliah, Nor Asikin Salleh dan Junaidah Abdul Jamil, Penterjemah). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad dan Institut Aminuddin Baki. Maira Akbal. Pengaruh animasi dalam perkembangan tutur kata dan pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Diperoleh daripada http://www.academia.edu/11740185/PENGARUH_ANIMASI_DALAM_PERKEMBANGAN_TUTUR_KATA_DAN_PEMBENTUKKAN_TINGKAH_LAKU_KANAK-KANAK_ BAB_1_. Mescon, M.A. & Khedouri, F. (1985). Management: Individual and organizational effectivenss. New York: Harper& Rom. Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Hassan. (2015). Hikayat Awang Sulung Merah Muda dari perspektif Pendekatan Pengurusan. Jurnal Pengajian Melayu, 26, 95-116. Muhammad Mokhtar Abu Hassan. (2013). Pendekatan Pengurusan: Satu metode dalam Kritikan Sastera. Himpunan Ilmuan Sastera Melayu Malaysia Kedua Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4-5 Oktober, 2013. Perloff, R. (1997). Mass media effects. Amarika Syarikat: Universiti Virgin. Shahbuddin Hashim & Noor Miza Abdul Rahman. (2014). Pendidikan sosioemosi kanak-kanak. Pahang: PTS Publication & Distributors. Soekarso & Iskandar Putong. (2015). Kepimpinan: Kajian teoritis dan praktis. Putong: Karya Iskandar. Sofian Ibrahim. (1999). Prinsip Pengurusan. Skudai: Muapakat Jaya Percetakan Sdn. Bhd. Tenas Effendy. (2000). Pemimpin dalam ungkapan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Anita Wan Abas & Azizah Hamzah. (2013). Media dalam kehidupan dan perkembangan kanak-kanak. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 15(2). 27-39. Yusliza Yakimir Abd Talib. (2011). EQ asas pembelajaran Tadika Bintang Pintar. Diperoleh daripada http://www.majalahpama.my/mobile/kanak-kanak/eq-asas-pembelajaran-tadika-bintang-pintar-1.10121. Zulzaidi Mahmud. (2008). Pengaruh televisyen terhadap minda kanak-kanak. Diperoleh daripada https://zulzaidi.wordpress.com/2008/03/18/pengaruh-televesyen-terhadap-perkembangan-minda-kanakkanak/.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |