UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
ISSN :2682-7727
Main Author :Marlenny Deenerwan
Additional Authors :Haneem Said
Title :Peranan Kuala Lumpur sebagai bandar kreatif dalam pembentukan penggiat dan penonton kesenian Bangsawan
Place of Production :UNIVERSITI MALAYA
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2021
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Sejak era kegemilangan Bangsawan di Tanah Melayu sekitar tahun 1920-an, kesenian ini telah dikategorikan sebagai sebuah teater urban berikutan proses urbanisasi yang pesat di bandar-bandar tempat kesenian Bangsawan berkembang. Isu ini jarang dibincangkan dengan mendalam kerana penyelidikan sedia ada lebih memberikan tumpuan ke atas elemen seni persembahan yang terkandung dalam kesenian ini. Kajian bertujuan menganalisis peranan Kuala Lumpur sebagai sebuah faktor penting dalam pertumbuhan kumpulan Bangsawan dan juga kelompok penontonnya di Malaysia. Peranan ini seterusnya mengangkat kepentingan Kuala Lumpur sebagai sebuah kota kreatif dalam konteks pembangunan seni dan budaya. Kajian menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Data kajian terhasil daripada temu bual dan juga analisis dokumen. Analisis kandungan dijalankan dengan mengaplikasikan model eksperimental Yokohama yang mengemukakan prinsip-prinsip pembangunan bandar kreatif seni dan budaya. Hasil kajian menemui peranan Kuala Lumpur yang berfungsi sebagai pusat pembangunan kegiatan Bangsawan terutamanya selepas merdeka. Kegiatan ini berhasil melahirkan begitu banyak kumpulan Bangsawan yang dianggotai oleh generasi muda dengan pendekatan yang lebih kontemporari dan kemunculan kelompok penonton yang lebih besar. Aplikasi model eksperimental Yokohama sebagai kerangka petunjuk dalam kajian ini menyerlahkan ciri-ciri Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar kreatif seni dan budaya. Penilaian dilakukan berdasarkan inisiatif dan komitmen yang dicapai menerusi kegiatan Bangsawan. Menerusi tiga prinsip model yang dibincangkan, kesenian Bangsawan dan bandar raya Kuala Lumpur telah mencipta sinergi yang membentuk identiti Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar kreatif seni dan budaya. Kegiatan Bangsawan berhasil membangunkan persekitaran kreatif serta menghimpun individu artistik dan kreatif di Kuala Lumpur. Program-program pementasan Bangsawan turut membina kluster industri kreatif yang mencetuskan aktiviti ekonomi. Pada masa yang sama, warga Kuala Lumpur turut berperanan dalam mencapai visi menghidupkan Kuala Lumpur sebagai bandar kreatif seni dan budaya. Hasilnya, Kuala Lumpur menjadi faktor utama dalam projek pemulihan semula ke atas seni tradisional paling berjaya yang pernah berlaku di Malaysia

References

Abdul Samat Salleh. (2006). Acting aspect in bangsawan theatre. Kuala Lumpur, National Culture and Art Dept., Ministry of Culture, Arts and Heritage Malaysia (KEKKWA).

Abi. (1987). Filem Melayu dahulu dan sekarang. Mantin, Negeri Sembilan, Marwilis. 

Aswara Malaysia. (2021). Latar belakang ASWARA. http://www.aswara.edu.my/webportal/ms/latarbelakang/

Camoens, Cantius Leo. (1981). The Wayang Parsi, Tiruan Wayang Parsi, Komedi Melayu and the Bangsawan, 1887-1895. Malaysia in History, 25, 1-20.

Cohen, Matthew Isaac. (2006). The Komedie Stamboel: Popular theater in colonial Indonesia, 1891-1903 . Athens. Ohio University Press.

Edrus, A.H. (1960) Persuratan Melayu: Drama dan perkembangan bahasa Melayu (Malay literature: Drama and the development of the Malay language), Singapore, Qalam Printers.

Fischer-Lichte, Erika. (1996). Interculturism in contemporary theatre. Intercultural Performance Reader, London and NY, Routledge.

Ghulam Sarwar-Yousof. (2002). The Penang story. International Conference 2002 18-21 April 2002, The City Bayview Hotel, Penang, Malaysia Organisers: The Penang Heritage Trust & STAR Publications.

Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Muhammad Hazim Abdul Ghani, Zainun Abidin Baharum. (2014). Kuala Lumpur dan cabaran baru pembangunan berterusan. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 10(6), 75-85.

Marlenny Deenerwan. (2016). Positioning Bangsawan for a contemporary Malaysian audience with a new framework for transmitting Rahman B's conventions (PhD dissertation). Retrieved from Centre for Theatre and Performance, Monash University.

Marlenny Deenerwan, Nur Afifah Abdullah. (2020). Bangsawan Panji Asmara dalam konvensi persembahan bangsawan Rahman B. Tirai Panggung Jurnal Seni Persembahan 16.

Marlenny Deenerwan, Sabzali Musa Kahn. (2018). Semarak bangsawan: The invigoration project in Malaysia. Asian Theatre Journal, 35(1), 154-173.

Masayuki Sasaki. (2010). Urban regeneration through cultural creativity and social inclusion: Rethinking creative city theory through a Japanese case study. ScienceDirect, 27, S3-S9.

Mohd Effindi Samsuddin, Rahmah Bujang. (2013). Creative patterns in productions. Asian Theatre Journal, 30(1), 122-144.

Nur Afifah Vanitha Abdullah. (2009). Perkembangan dan perubahan persembahan bangsawan di Sarawak, 1914-2004 (PhD thesis). Universiti Sains Malaysia.

Rais Yatim.(2009). Culture and nation-building. In Malaysian culture: An introduction (ed. Eddin Khoo and Norliza Rofli). Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Rahmah Bujang. (2016). Perkembangan drama bangsawan (Edisi Kedua). Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahmah Bujang. (1975). Sejarah perkembangan drama bangsawan di Tanah Melayu dan Singapura. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahmah Bujang. (1989). Seni persembahan bangsawan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tan Sooi Beng. (1993). Bangsawan: A social and stylistic history of popular Malay opera. Singapore, Oxford University Press.

Wan Abdul Kadir. (1988). Budaya popular dalam masyarakat Melayu bandaran. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

2010. Dasar Industri Kreatif Negara. Kuala Lumpur, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.